Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Cuci Karat Semula

Aku sudah lama tak menulis. 
Dan ya aku akui, satu kerugian besar bila aku buat begini. 
Sebab, aku mensia-siakan  kebolehan yang Allah beri. 
Sebab, aku lepaskan begitu sahaja aset amal yang Allah beri pada aku. 

Karat. 

Aku cuba nak menulis banyak kali, tapi tak pernah dapat disudahkan. 
Mungkin cara aku kurang sistematik. 
Fasa pra-penulisan yang gagal diuruskan dengan baik. 
Sinopsis umum entah ke mana, sinopsis bab demi bab lagikan tiada. 

Karat. 

Aku nak menulis satu cerpen pun tak termampu. 
Susah nak dapat semula mood macam dulu. 
Novel apatah lagi. 

Karat. 

Samada ia karat ilmu sebab tiada beramal, ataupun karat Jahiliah yang menyekat ilham.
Entah apa-apa. 
Yang penting bukan salah sesiapa melainkan aku sendiri. 

Karat. 

Ini ujian Allah,asbabnya salah aku sendiri. 
Bukan salah orang lain. 
Tabiat sendiri yang menjadi punca. 
Atau mungkin nawaitu aku sudah lari.

Karat. 

Sesuatu yang sudah ada dalam otak dan hati saat ini. 
Meroyan saja tak akan membuangnya.
Doa dan amal jualah yang mampu menjadi ikhtiar untu menjemput keizinan Allah melapangkan dada dan memudahkan urusan. 



Jadi, manakan mungkin aku menyerah mudah-mudah. 

Gambatte. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum 2016

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, baru tiba di Kulim, Kedah.
Selesai semester ketiga.
Lima lagi yang tinggal.

Cepatnya masa berlalu.

2016, azam aku mahu sihat mental dan fizikal.
Sihat jua rohani.

Bila namanya sihat mental, mahu memperbaik pengawalan emosi.
Fikir baik-baik, sangka baik-baik, rasa yang baik-baik.
Positif itu penting.

Bila namanya sihat fizikal, mahu lebih menjaga nikmat tubuh yang Tuhan beri.
Bersenam, jaga pemakanan, jaga rehat dan tidur.
Cergas itu penting.

Bila namanya sihat rohani, mahu lebih menjaga iman.
Banyak ingat Tuhan, banyak menyebut Tuhan, banyak beramal kerana Tuhan.
Amal itu penting.

*******

Selepas dua semester berturut-turut menghadapi masalah kesihatan, aku syukuri sungguh nikmat bertambah sihat.
Aku mahu menghargai nikmat sihat yang aku dapat.
Aku ingin menjaganya.

Syukur ya Allah untuk semuanya.

Pada awal usia 21 tahun ini, aku mula merasakan aku mahu lebih menghargai kehidupan aku.
Aku mahu menghargai usia muda yang aku ada.
Aku mahu jadi manusia yang bahagia dan berjaya.

Like Basmah once said,

"You're still young, so just live your life to the fullest, okay?"

Like Fatihah said,

"Muda lagi, cari lagi pengalaman banyak-banyak."

Dan kini aku rasa benar, itu yang patut aku lakukan.

Aku mahu lebih menghargai orang-orang sekeliling.
Aku mahu menjadi sihat dan cantik.
Aku mahu lebih banyak mencari ilmu dan kemahiran.
Aku mahu menimba lebih banyak pengalaman.

Make the best of the youth ages. Yeah. InshaAllah.

Mudah-mudahan dengan sihat, aku boleh lebih menyumbang dan lebih berguna kepada agamaku.
Aamiin ya rabbal alamin.

Will try best to do my best. InshaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS