Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Semester Dua - Permulaan Baru

Bismillah ... 


Permulaan semester baru. Pastinya banyak perkara baru. 
Pada hari pertama kuliah, tertarik dengan satu kenyataan pensyarah. 

"University is a process." 

Perfect. 
Can't agree more. 

Aku mula semester ini dengan kesyukuran dan semangat alhamdulillah. 
Walaupun minggu pertama lagi dah kena hadapi macam-macam benda. 
Hati kena kuat, dan sentiasa percaya akan ada esok yang lebih baik. 

Semester ini, ada subjek yang lebih berat. 
Ada lebih banyak program. 
Ada lebih banyak cabaran. 

Tetapi yang menggembirakan aku ialah permulaan ini aku nampak lebih positif. 
Especially alhamdulillah on social life. 
Aku dapat lihat impak positif KPSM dalam diri aku. 
Malah kawan rapat ada yang perasan perubahan yang lebih baik. 

Walaupun ada benda yang menyakitkan hati, kena kuat untuk buat lebih baik. 

Belajar, dan terus belajar. 
Memang perlu susah tetapi jiwa yang kuat akan mampu mengatasinya. 
Jiwa yang besar ialah jiwa yang ada Allah. 

Bersangka baiklah dengan Allah. 
Setiap masa.
Sangka baik yang Allah akan hadirkan kegembiraan. 
Sangka baik yang Allah akan beri esok yang lebih baik. 
Sangka baik yang Allah ada dengan kita.
Kita usaha. 
Dengan keyakinan yang Allah itu Maha Pemurah.

InshaAllah, Allah menurut sangkaan hamba-Nya. 

Terus. Jangan henti. Tetaplah usaha untuk tersenyum.
Anggaplah ujian itu kecil,bahkan lebih kecil berbanding kemampuan kita. 

Stay strong. InshaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Azam

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku tahu hari ini sudah 10 Februari dan bukan 1 Januari.
Namun rasanya tak terlewat untuk pasang azam.

Kerana diri terasa seperti dilahirkan semula.

Sihat pinjaman Allah, sakit pinjaman Allah.
Pun begitu, jarang kita syukur nikmat sihat.
Nikmat sihat dan masa lapang itu kita selalu lalai kepadanya.

Berusaha, berdoa dan jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Kita tak pernah tahu di mana rahmat Allah @ miracle itu ada.
Bila-bila saja ... di mana-mana titik kehidupan ... jangan henti berharap.

Setelah kira-kira setahun menjalani hidup ala-ala mayat hidup.
Separuh jiwa rasa melayang.
Setengah tubuh rasa menghilang.
Sakit yang meragut keberanian dan sebahagian kecergasan fizikal.

Memang bukanlah aku ini sembuh sepenuhnya.
Tapi boleh jalani hidup normal setidaknya.

Maaf, walaupun pada yang rapat, aku simpan cerita kesakitan.
Atas rasa hormat dan kebaikan semua aku tak boleh bercerita.

Cukup kita sama tahu aku ini manusia yang pernah diuji dan kemudian sedar baiknya Tuhan. :)

Baiknya Allah ... sebab biar aku merasa sakit yang sementara.
Baiknya Allah ... temukan aku dengan orang-orang yang nak didik orang lain.
Baiknya Allah ... sebab buka hati aku untuk terima kewujudan orang lain.
Baiknya Allah ... tiup dalam mata aku kesanggupan untuk menangis insaf.
Baiknya Allah ... sebab pinjamkan aku ilham untuk bersyukur.

Pada hamba-hamba Allah yang telah membantu aku tanpa mereka sendiri sedar,
mungkin, aku tetap berterima kasih.
Moga Allah rahmati hidup kalian.
Doakan aku dapat hati sebaik kalian untuk bantu orang lain.

Azamku untuk membantu dan mengajak.

Sebab aku tahu berharganya rasa bangkit dari jatuh.
Sebab aku tahu rasanya sakit.
Sebab aku tahu macam mana rasa tercari-cari jalan nak berubah,
tapi yang dapat ialah hentaman dan rasa terpinggir.

Dan aku akan ingat rasa itu.
Kadang kenangan harus ditelan, supaya terlerai dendam dan sayu.
Maafkan diri dan mereka, terimalah diri pun ada celanya.

Aku pun, masih dalam proses belajar dan berubah.
Aku minta maaf untuk masa lalu aku.

Pembelajaran itu kan sepanjang hayat ? :)

******

Seindah Biasa - Dato' Siti Nurhaliza

Jangan pernah takut ku tinggalkan 
Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin 
Hingga pagi tak seindah biasanya 

Takkan mungkin kita bertahan 
Hidup dalam bersendirian 
Panas terit hujan badai 
Kita lalui bersama 

Saat hilang arah tujuan 
Kau tahu ke mana berjalan 
Meski terang meski gelap 
Kita lalui bersama 

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi 
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik 
Agar kita tak pernah menjadi jauh 
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh 

Pernah kita jatuh 
Mencuba berdiri 
Menahan sakit dan menangis 
Tapi erti hidup lebih dari itu 
Dan kita mencuba melawan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Time To Apply, Indeed ?

Sebelum ni, aku isi borang KPSM bukan kerana aku cari borang tu. 
Aku diberi borang tu oleh senior.
Aku isi kerana nakkan ilmu, dan aku nak tambah baik nak tingkatkan prestasi aku dalam kelab yang aku sertai sekarang ni. 

Masa temuduga pun, aku telah cakap, tujuan aku bukan nak jadi MTM. 
Aku nak belajar ... dan tambahbaik pelaksanaan tugas aku dalam kelab. 
Itu apa yang aku target. 

Jadi bila aku dah terlepas temuduga tu dan terpilih masuk KPSM, 
dan alhamdulillah telah menyelesaikan KPSM ...
kata-kata tu masih lagi terpikul atas bahu ini sebagai amanah. 

Ilmu tanpa amal itu kan namanya sia-sia.

Maka dua tiga hari ini aku berusaha work on something to do with the club. 
Cz it stays in my mind how I did work it out on MPP. 
Dengan ilmu yang alhamdulillah semakin dicedok, kenapa aku mesti mengelak daripada tanggungjawab untuk membangunkan kelab?

Ya, aku akui, ada sedikit salah faham awalnya, dan salah faham itu puncanya aku juga. 

Tapi alhamdulillah, apabila kita memang nekad nak buat, kita pun tak dapat duga bila waktunya rahmat Allah boleh tiba-tiba datang. 
Kita cuma perlu yakin dan tetap usaha. 
Aku sendiri tak sangka cubaan aku untuk membuat draf program bertukar menjadi draf penambahbaikan kepada program terdekat, yang mana setakat ini diterima baik oleh semua orang dan inshaAllah aku sudah dipertanggungjawabkan untuk uruskan kertas kerja. 

Sejujurnya aku gementar juga untuk terus ke fasa seterusnya iaitu fasa pelaksanaan. 
Namun bila dah sampai ke tahap ini takkan aku nak patah balik. 
Yalah, aku sudah hampir setahun tidak menguruskan program sejak lepaskan jawatan MPP di Kolej MARA Kulim. 

Mereka belum putuskan pengarah, timbalan dan segalanya tetapi disebabkan aku yang mengeluarkan idea ... kalau ikut plan asal mereka kata tuan punya idea yang kena uruskan projek ini. 
Aku kali ini jujurnya akan terima saja tugas itu kalaupun diberi kepada aku, tujuannya untuk membuktikan bahawa perkara ini boleh dilaksanakan. Juga untuk mengusahakan contoh supaya kempen-kempen akan datang mereka boleh laksanakan, malah mungkin lebih baik daripada apa yang aku buat untuk kali pertama ini. 

Aku mahu percaya yang aku mampu melakukannya. 
InshaAllah aku yakin aku boleh. 
Selama Allah mengizinkannya, inshaAllah aku akan dapat menjayakannya. 

Aku harap projek ini dapat tambah baik keyakinan diri. 
Aku harap projek ini dapat tambah baik kelab. 
Aku harap niat aku terjaga. 

Kempen Anti Valentine , semoga Allah redha. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS