Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Kisah Dongeng :(


Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

*suka Stacy sebab suara dia tak ada nak melenggok-lenggok manja lunak semacam, serak-serak kasar tapi ada kelembutan juga :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:)

Malam ni, aku nampak dia tak online. :)

Aku senyum, tapi sekejap kemudian senyum aku dah makin pahit.

Tengok kalendar pada skrin laptop, aku tau

Kemungkinan wish aku tinggal wish sekali lagi :)

Aku tak pernah dengar dia wish hb dekat aku.

All these three years sejak aku kenal dia.

Dan tahun ni, salah ke aku harapkan lagi sekali?

Dia wish ex-senior aku, awal bulan ni.

Aku nak dengar, just once.

Or maybe, baca.

Aku tau kak aku memang tak mampu kot nak wish aku rasanya.

And aku sangat sedih ... kemungkinan besar both of people yang aku wish sangat sangat nak dengar wish daripada diorang TAKKAN wish aku this year.

Ya, ujian.

Kena sabar.

Ya Allah ... tolong kuatkan aku.

Aku nak sangat dua orang itu wish aku ... kalau tak kak aku dia sorang pun jadila.

:)

Yeah I'm smiling but deep inside I'm dying.
Here in the screen I keep enjoying.
Right front the screen tears come along.
Please, after all those tears all these years.
Make me smile because of you.
Cause I'm no more strong to bear the pain :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Dongeng & Again (Mixture)

Berulang kali terjadi
kisah dongeng yang stereotaip
satu masa dulu
jadi peneman tidur hingga kini
buat anak kecil yang tak mengerti

Bagi yang dewasa
mengenal realiti juga mimpi
fatamorgana itu dah tak bererti
tetapi
kadangkala
mereka mencipta mimpi semula
yang bakal jadi idaman semua

Dan jika apa yang termimpi
akan kekal mimpi
bila tersedar
pahitnya akan lebih dari kegembiraan sebuah mimpi
tak lagi bermakna
bila menyedari
mimpi indah takkan bertukar nyata

Manusia
kadangkala tak pernah serik
nekad berpegang pada janji
nekad mengharap pada khayalan
walaupun
semua itu palsu
telah terbukti sakitnya
tak pernah juga mahu sedar

S0metimes pain let us cry yet make us smile :)

Again, when I feel the pain ... the same pain ...
I might cry ... but the pain is still there ...
Even when I'm okay again ... I'm still the same ...
Still the one who had always been loving you all these years

Kill me, if you want me to leave
Cause even if you don't
I've been already killed inside
On the day you left, you pushed me away, resisted me from your life
No matter how much I try
I can never let you go
Fake a smile telling you I'm okay, yeah thats my pride
I'm regretting it now

Again, you killed me inside

*Mixture of English and BM. :D
*Saja suka-suka :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amnesia Ke Apa? -.-

Lately, aku baru terperasan sesuatu yang berubah pasal diri aku.
Baru aku sedar, banyak sangat rupanya yang aku mula lupa.
Especially things that hurt.
Aku macam tak dapat nak imbas kembali.
Macam pelik pun ada.
I'm just like ... I can feel the pain, feel that the hurt is still there ...
but its quite hard to recall the reason.
Separuh daripadanya, baik juga.
At least aku boleh hidup tenang tak payah recall pun mungkin tak apa.

Aku ada tengok cerita Souls baru-baru ni (first korean drama aku layan).
Tu pun sebab terminat OST dia, Lies by T-Ara.
Ada sebelum ni aku post lirik lagu tu, sekali dengan video aku sumbat.
Dalam tu ada part watak Shin Ryu gunakan kepakaran psikologinya,
untuk buat Ha Na hilang ingatan.
Supaya tak menyakitkan Ha Na lagi.
Pada hakikatnya, Ha Na tu memang hilang ingatannya pada masa lalu.
Masa kecilnya ada cerita yang sangat menyedihkan.
Sangat tragis dan boleh bawa trauma.
Pakar psikologi tu pernah kata

'She's resisting the memories, maybe because its too painful.'

Sentap jugak aku baca sarikata tu.
Aku macam tu ke bila aku macam tak berapa ingat some painful things?
Aku dulu nak sangat paksa diri lupakan, tapi aku nak lupakan pain tu.
Bukan semua sekali.
Ini pain aku tak lupa, tapi aku lupa reasons of the pain.

But its okay.

Everybody's got something
they had to leave behind
one regret from yesterday
that just seems to grow with me

There's no use looking back or wondering
how it could now or might have been

Somewhere in my memory
I've lost all sense of time~

*Semua ni petikan lirik Never Had A Dream Come True nyanyian S Club 7 yang aku ambil part tertentu ikut suka hati :D I've been liking this song since form 2 or 3. Nice lyrics. :)

Yeah, mungkin aku tak ingat pun tak apa.
Ada hikmah Allah biarkan aku terlupa semua tu.

Sometimes, past hurts, and should be thrown away

May Allah bless~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Pelangi? Terimalah Hujan :)

Selepas hujan, datang pelangi. Di situ terlihatnya pengajaran. :)
Kesedihan itu didatangkan sebagai ujian dan disusuli cahaya pelangi yang indah berwarna-warni. Sangat menarik.

Kehidupan kita pun, tak sentiasa cerah. Tangga ke arah kebahagiaan dan kejayaan juga air mata. Macam hujan yang membawa kepada pelangi. Subhanallah. Cantik ketetapan-Nya.

Hakikatnya, nak berjaya kena ada sakit. Nak bahagia kena ada sedih. Mungkin sekali, mungkin berkali-kali. Tapi, kadangkala kita ni kena belajar sakit dan sedih, baru pandai nak belajar hargai kebahagiaan dan kejayaan. Kalau sentiasa berjaya, tak pernah gagal ... kadang-kadang kurang sikit manisnya.

*Perhatian. Bukan nak ajak semua orang gagal dulu baru berjaya ya! -.-

Hendak berjaya? Korban sedikit dulu masa dan usaha.
Hendak bahagia? Harung dulu sedih dan sakit.

Insya-Allah, di hujung kesulitan ada kemudahan.

Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan (Al Insyirah:5,6)

Dua kali diulang dalam Al-Quran, maka adakah lagi kesangsian? Subhanallah. Allah ingin tenangkan pembaca Al-Quran dengan kalam-Nya.

Jangan pernah takut memburu kejayaan kerana takutkan kegagalan.
Jangan pernah takut memburu kebahagiaan kerana takutkan kesedihan.
Sebab gagal, sakit dan sedih umpama hujan,

Dan bahagia umpama pelangi~

Nak pelangi ? Terimalah hujan :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersyukur :)

Aku syukur ... sebab akhirnya aku dah dapat sedikit sebanyak atasi masalah aku selama ni. Perkara yang aku dah lama tak tahu penyelesaiannya. Yang buat aku renggang dengan saudara-saudara aku. Alhamdulillah, semuanya tak sesukar mana jika hati sudah terbuka.

Aku akui silap aku sendiri sebab tak pandai nak menghampiri saudara-saudara sendiri. Dulu aku bersetuju dengan bicara Hlovate dalam Rooftop Rant,

There are times family are like strangers,
and strangers are like family.

Sekarang, alhamdulillah dah tak lagi. Aku sedar semuanya dah semakin baik. Aku dah usaha sedaya upaya untuk menguatkan diri aku untuk pecahkan dinding di sekeliling aku selama ini. Pernah aku kata kan ?

I always put walls around myself.

Dan aku sedar, aku tak patut bersikap macam tu. Rasanya saudara kami semuanya hampir sama. Lambat rapat dengan orang. Pendiam. Dan itu bukan salah sesiapa. Aku tak patut pun kecil hati.

Aku kerap balik hanya setahun dua ini saja. Sebelum ni kami tak pernah duduk berbual berkumpul berseronok as what a family should be. Aku, aku yang tak banyak bersama dengan mereka. Its not their fault. Dah kami jarang jumpa nak mesra macam mana?

Mereka rapat sesama mereka. Ya, mereka sangat rapat. Aku suka tengok mereka. Aku sangat teringin nak rasa macam tu. Terus terang aku katakan, aku sedikit kecil hati dan sedih apabila aku tak dapat pun rapat dengan mereka macam mereka sesama mereka. It feels hurt sebab aku pun saudara.

Dan pada masa itu, aku rasa sebab we aren't real siblings. :(
And it did make me cry. Terasa.

Sesuatu tanggapan yang amat negatif dan aku rasa amat-amat bersalah sampai sekarang. Ya Allah, I shouldn't have think that way!

Hakikatnya, dah memang mereka jarang jumpa aku. Payahlah sikit nak rapat. Mereka tu sejak lahir dah saling mengenali. Sejak bayi mereka diasuh dan dijaga oleh sepupu dan ibu bapa saudara.

Bukan salah mereka. :)

Sesungguhnya aku tak pernah faham betapa rapatnya mereka dalam hidup. Aku rasa sangat bodoh. Aku patut faham keadaan, dan cuba betulkan keadaan secara lembut. Aku yang kena berubah untuk masuk dalam mereka.

One must change for all, its hard to make it all change for one.

Syukur alhamdulillah, akhirnya Allah tunjukkan aku perkara sebenar. Allah berikan aku petunjuk untuk masuk ke dalam mereka. Ada satu peristiwa yang takkan dapat aku ceritakan. Semuanya kedengaran amat kecil, terjadi secara kebetulan. Tapi bagi aku, itulah yang membuka hati aku dan mengangkat hijab antara kami. Ya, kami belum rapat sepenuhnya. Mereka mungkin tak tahu betapa aku teringin sangat-sangat nak rapat dengan mereka. Tapi aku mencuba secara halus. Tak ingin memaksa. Perlahan-lahan. Dan semuanya semakin baik. Semua bermula dari satu peristiwa :)

Sometimes a few words can brighten a whole lifetime.

Sangat bersyukur. Alhamdulillah~

Ya Allah, dekatkanlah aku dengan saudaraku :)

Agar aku tak lagi rasa kesendirian dalam hati aku. Sejak kecil aku tak ada real siblings. Cousins aku semua dah tak rapat sangat apabila semua dah dewasa. Semua dah remaja. Semua dah berbeza. Tetapi aku yakin semua akan baik-baik saja.

I think and I feel that, this is the time to correct it all.

Rasa semakin tenang, dan semakin matang apabila dapat membetulkan satu demi satu kesilapan diri.

Again, Alhamdulillah. All praises to Allah. :)

May Allah bless~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajarlah Memberi Peluang :)

Assalamualaikum~

Baru-baru ini saya selalu sangat lihat dan dengar macam-macam cerita daripada kawan-kawan. Dan dari pengalaman sendiri pun ada juga belajar. Berdasarkan semua yang saya alami dan kawan saya cerita, saya cuma letakkan pendapat di sini sebab saya tak pandai nak sampaikan sendiri. Low communication skill.

Belajar memberi peluang :)

Hari-hari kita jumpa macam-macam jenis orang dan ada tanggapan macam-macam pada orang. Kita ada kenalan daripada pelbagai karakter. Dan tipulah kalau kita tak pernah langsung terlintas rasa tak suka dengan sesiapa. Pasti pernah juga terdetik rasa tak suka, terutama dalam kalangan kawan dan kenalan yang kita tak berapa rapat.

People can be different from what we see,
cause what we see is actually what they want us to see on them~

Setiap orang tu ada kelemahan, dan ada sifat yang bezakan dia dengan orang lain. Memanglah banyak juga orang yang tipikal. Kita tengok A dan B, kita boleh cop terus mereka golongan apa. Tapi mereka juga ada perbezaan satu sama lain.

Pernah tak kita terfikir ...
kalau sebenarnya mereka yang kita nampak jahat tu sebenarnya baik?
Tapi mereka yang tak suka nampak baik?
Atau mungkin mereka tak pandai nak tunjukkan kebaikan mereka dalam kata-kata?
Atau mungkin mereka nampak sombong ke apa sebab mereka cuma tak suka diganggu?
Kalau semua yang kita fikir tu hanya sangka buruk?


Memang, bila kita berkawan, benda yang lebih kita kenal dan ingat ialah benda buruk. Semua orang pun ada sifat macam tu. Nobody's perfect. Jadi memang ada sifat buruk yang kita tak senang pada seseorang tak kira baik macam mana pun orang tu. Cuma bezanya, ada sifat buruk yang orang boleh terima dan ada yang tak boleh.

Tapi, jika kita belajar beri peluang, insya-Allah keadaan bertambah baik. Contohnya, kita mungkin tak suka sikap buruk seseorang tu, tapi kita boleh cuba beri peluang.

*Satu peluang pada diri dia untuk menyerlahkan sikap baiknya yang ada, mungkin tersimpan.
*Satu peluang pada diri kita untuk membuka hati terima baik buruknya.

Tambahan bagi yang remaja, kita masih dalam proses nak bina karakter diri, kuatkan kematangan diri. Jadi kadangkala perangai buruk itu sebenarnya timbul ketika kematangan diri kita belum kukuh.

Pada diri setiap orang itu ada kebaikan dan keburukan. Siapa tahu, orang yang kita rasa ganas dan kasar serta tak tahu menjaga hati orang lain itu juga, pada sisi baiknya ialah seorang yang jujur dan tak suka tikam belakang? Do not be judgemental.

Carilah satu sisi baik pada kawan yang kita tak suka, supaya perlahan kita dapat terima hakikat dia kawan kita. Mungkin lama masanya untuk kita mendalami semua itu, tapi insya-Allah tidak mustahil. Kemudian, perlahan kita luruskan mana yang bengkok pada sahabat kita. :)

Daripada menutup hati terus untuk tidak suka dan benci kepada seseorang, ada baiknya perlahan kita belajar menyesuaikan diri, belajar menerima sahabat seadanya. Siapa tahu, yang kita benci dapat jadi kawan baik setelah kita terima kelemahannya?

Meminggirkan yang salah, bukan penyelesaian.
Mengungkit kelemahan, sekadar menambahkan beban.
Menyakiti, hanya menyalakan perbalahan.

Insya-Allah, jika ada memberi dan menerima, ukhuwah mampu terbina walaupun antara dua kenalan yang saling membenci atau mungkin tak pernah saling berbicara~ :)

*Sahabat yang baik tak akan selalu mengiyakan,
tapi dia akan menidakkan perbuatan kita saat kita ternyata salah.
*Sahabat yang baik tak akan selalu memapah,
tapi dia akan mengajar kita bangun bila kita jatuh.
*Sahabat yang baik tak akan selalu mengikuti,
tapi dia akan tarik kita ke jalan yang betul waktu kita sesat.
*Sahabat yang baik tak akan sentiasa buat kita tertawa,
tapi dia akan buat kita menangis ketika kita layak menangis.
*Dan Sahabat yang baik tak akan sentiasa seiring,
tapi dia akan sentiasa cuba membawa kita ke jalan terbaik :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Total Makeover, :D

Kali ini proses mengubah reka letak blog tak mengambil masa yang lama. Sudah masak dengan cara-caranyalah konon. hehe. Kebetulan cepat jumpa dengan template yang disukai. Alhamdulillah :)

Habis semua ditukar sampaikan header pun dah tukar. Rasanya lepas ni ubah link sekali. Hmm ... tapi takut susah orang nak cari bila semua dah bertukar.

Apa-apapun, harap layout sekarang nampak better daripada layout lama. Sebenarnya sayang dengan template lama! Huhu. Tapi sebab dah lama tak tukar, tukar sajalah. Hidup kena gerak. :)

Itu saja nak ditulis sekarang. :)
Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yakinkah?

Ya Allah,
bila aku mencintainya,
dapatkah aku menanggung sebuah amanah,
dapatkah aku mendepani soalan-Mu di sana?

Apakah aku telah menjaga imanku dan imannya?
Apakah aku mendekatkannya kepada redha-Mu?
Apakah aku sempat menariknya pergi dari jurang neraka?

Sedangkan ...
Soalan untuk diriku saja belum mampu kulepasi

Ya Allah,
bila aku mencintainya,
dapatkah aku meyakini Engkau pertama dia kemudian?
dapatkah aku meyakini aku tak melekakannya?
dapatkah aku meyakini dia juga tak tersasar?

Sedangkan ...
Dalam sendiri pun aku tak daya menongkah dunia

Ya Allah,
bila aku mencintainya,
dapatkah aku menyenangkan hatinya menyejuk matanya?
dapatkah aku meredakan resahnya?
dapatkah aku ingatkannya kepada-Mu bila saja dia tak terdaya?

Sedangkan ...
Mencintaiku saja sudah mampu membawa resah pada dirinya

Ya Allah,
bila aku mencintainya,
mampukah aku pasakkan iman di tengah kami?
mampukah aku bertahan tak tergugah bila syaitan membisik?

Sedangkan ...
Boleh jadi cinta ini satu bisikan nafsu dan syaitan

Ya Allah,
bila aku mencintainya,
yakinkah aku dia takkan mengecewakanku?
yakinkah aku dia takkan merobek aku?
yakinkah aku semua ini membahagiakan?

Sedangkan ...
Hati manusia Engkau yang pegang

Ya Allah,
bila hati terasa ingin meluahkan
padahal sedar kesediaan tak berada di pihakku
serasa ini cinta yang dicari
serasa dia pembimbing sampai bertemu dengan-Mu
segalanya bagaikan satu harapan...

Sedangkan,
andai syariat dibelakangkan,
maka,
yakinkah?


*Peringatan buat hati-hati yang ingin mengerti :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa, Wish ~

Besday aku dah dekat ... dan aku tak terasa nak harap hadiah ke apa.
I just wish for two things.
Aku doakan dua perkara untuk ceriakan besday aku.

Aku nak dengar wish besday daripada 2 orang itu.
My sis. dan dia. :)

Supaya ketika sapa pun wish aku,
aku takkan tahan sedih dalam hati,
n berfikir, kenapa orang2 yg aku harapkan tak wish pun?

Supaya ketika sapa pun wish aku,
aku takkan fake a happy smile, atau bagi senyuman pahit bergula.

Impossible kah?

Ya Allah, jika Engkau takdirkan semuanya possible.
Itu ja aku harap untuk besday aku kali ni.
Sekian~

*Untuk kesekian kalinya, aku sebak semasa menaip. T__T dan sungguh, aku belum terlepas dari dugaan kali ni, even berapa kali aku katakan aku ok. :|

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komplot Kita , Insya-Allah Ada

Saya buat entri ini setelah semak kembali ruangan 'stats' dan juga 'traffic views' saya di blog ini. Saya ada juga semak rekod di 'google search'. Baru saya sedar rupanya ada pembaca Komplot Kita yang cuba cari entri terbaru di Google, yang membawa kepada link blog saya. Dan saya tahu semua yang mencari hampa sebab saya tidak letak siri baru di blog.

Mulanya saya letakkan siri Komplot Kita di blog, kemudian saya bawa ke laman web. Jadi apabila sudah dimuatnaik ke sana, saya tidak kemaskini yang di sini. Lagipun saya lihat pembaca di laman web pun tidaklah ramai sangat. Jadi waktu itu saya anggap tidak mengapa.

Sampailah saya letak 'traffic views' dan semak 'stats' barulah sedar ada orang cari entri itu.-.-

Asif.Maaf.Sorry.

Lagipun, Komplot Kita genre cinta orang dewasa, mulanya saya sedikit segan kalau diketahui orang saya yang tulis. Terutamanya kawan-kawan. :)

Untuk memudahkan pembaca yang cari entri, selepas ini saya akan letakkan semua  pautan entri Komplot Kita di blog ini, atau copy dan paste terus ke sebuah blog khas untuk Komplot Kita. Hmm... yang mana ya ? Perlukan pandangan. -.-

Nampaknya saya akan letak poll :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Unstable~ Jangan Baca Jika Tak Dapat Terima Seadanya Post Ini

Maaf, maaf dan maaf. Kali ini entri saya agak teruk. Seperti yang tertulis di atas, jangan baca jika tak dapat terima. Sebabnya, post kali ini hanyalah curahan peribadi dan agak emosional. Mungkin bukan agak tapi sangat. Saya tak stabil. Bahasa campur sajalah elok ke tidak... huhu, dengan erti kata lain, rojak.

Saya dah separuh gila.

To be sincere, aku rasa dah hilang semangat sangat-sangat. Too much crazy stuffs yang aku memang tak dapat nak accept. I'm trying to redha and tawakkal, but I can't help but to cry after all these nonsense.

Aku memang dah tak larat dah nak fikir semuanya. Aku tak nak fikir, tapi bila benda-benda ni dah melibatkan orang-orang yang aku sayang, of course aku fikir. :(

Aku sedih sangat. I lose my sister, brother, younger sisters and brothers, some beloved seniors, best friend, buddies n the one yang aku sayang dalam satu masa. Mananya aku tak tension? Aku sekarang rasa kosong sangat. Rasa macam dah tak ada sapa dah dalam hidup aku. Tak ada dah sandaran. Huhu

Aku sedih sebab aku rasa jauh dari orang-orang yang aku sayang. Mungkin sebab kekalutan dan kesibukan aku jadi renggang dengan kawan-kawan. Kitaorang cam tak berapa rapat, tak banyak masa nak mesej, chat ke apa. Bukan salah sesiapa. Aku sibuk diorang pun sibuk. Tapi yang sedihnya bila aku dah tak banyak peluang nak spend time dgn diorang. Rasa jauh. Lagipun sibuk tak sibuk, masalah tetap nak jugak datang stay dalam hati aku ni. Dah tu? Masalah ada, tapi tempat nak luahkan cam tak ada. Sedih. Sebab rasa kawan dah tak ada dengan aku.

Kedua, best friend aku pun dah jadi haru-biru. Tak boleh ke dia faham kalau aku dah cakap I dun like things yg dia cakap? Still nak kena cakap jugak ke benda yang aku tak suka. Serius, friend, kau pangkah aku depan kawan kita dan puji dia habisan. Kau puji dia melangit, siap kata tak macam aku, depan-depan aku pulak tu. Okey, kalau kau rasa dia tu best friend kau, and kau tak perlu aku, tak payah hang out dengan aku. Enough la. Aku terasa tau tak. Dahlah kau kalau ulang macam-macam aku dengar dan sabar. Tapi kau? Fikir sendiri la respon kau kalau aku ulang something more than twice. Banyak benda kau spilt dengan orang lain instead of aku dgn alasan cuak nak cakap certain things dengan aku. Serius aku rasa macam aku ni dah tak relevan dalam hidup kau. Fine :|


Ketiga, sister aku. Ya Allah, berbulan aku cari dia rupanya dah ada pun kat sini. Aku dah tak boleh nak kira air mata aku jatuh banyak mana bila dapat tau cerita sebenar. Aku kesiankan dia, pada masa yang aku sedih sebab dia pinggir kawan2, tak nak contact lagi. Mungkin dia terluka. Aku faham. Best friend dia la orang yang dah hancurkan masa depan dia. Sumpah aku tak tahan dengar semua derita dia. Aku sayang dia sangat! Sis, I love you. Huhu. Dalam kes dia, aku sikit pun tak salahkan dia bila dia bawak diri dah tak contact aku, tak jumpa aku, even tak bagitau aku dia ada kat Malaysia. Aku sedih, tapi aku faham. Aku sendiri mungkin jadi lebih teruk dari tu kalau aku di tempat dia. Hidup dia menderita. Kalau aku story kat sini pun silap-silap ada yang ikut nangis macam aku. Dugaan tak pernah nak hilang. Sebab Allah sayang dia :) I miss you sis :|

Keempat, sisters aku. Aku rasa cam further away from them. Tak tahu sama ada aku letak wall around myself ataupun mungkin semua ni kebetulan tak disengajakan. Pertama, kerana kesibukan. Kedua, kerana aku tak tahu bila sepatutnya aku cari mereka. Ketiga, sebab aku tau orang lain pun ada masalah bukan aku sorang. Pernah seorang kakak merajuk sebab aku tak cerita masalah kat dia. Tapi akak, bukan maksud kami nak sakitkan hati akak. Sis, not everyone can accept me for what I am. And not everyone can accept the story of me. Kami tak nak akak marah kami, atau fikir negatif kat kami. Because I love my family! And yet, distance tears me apart T_T

Mata aku berkaca taip semua ni. Tapi still aku kena juga luahkan. Aku tak nak benda ni membarah dalam kepala aku dah. Aku sampai dah rasa macam mayat hidup ja. Bangun tidur, pergi sekolah, fake a smile, try to get a laugh for half a day, bila ada masalah tension, marah orang, create some more distance (yeah, stupid!), stadi, balik tak boleh ada hal sikit, nangis je sorang2 sebab tak dapat lepaskan hakikat yg aku rasa. :(

My brother, better said as tak wujudlah. Dia akan dengar bila aku bersuara, tapi kenapa tak boleh nak start conversation dgn aku? I hate it. Rasa macam aku sorang yg masih ingat dia. Ya, aku ni demanding. Tapi dalam hati aku sebagai anak tunggal, I want a sister, brother in a real meaning, not just a nominal one. Aku tau aku tak patut macam ni, tapi aku kalau boleh tak nak rasai sebelah pihak. I mean aku je sayang orang tapi orang tak ingat n tak peduli dah pun kat aku. Again, dia juga orang jauh, and distance getting even further. =.=

My buddies, aku banyak sakitkan hati diorang. Classmates segala. Aku rasa teruk sangat. Sebab aku ni jahat. Aku tension sebenarnya. Habis semua orang aku marah sesuka hati. Habis semua orang aku kacau. Aku sebenarnya cari weeping pillow whom I can trust. Aku tak tau nak cakap apa dah. Aku banyak buat salah dengan diorang sampai aku takut kalau diorang benci aku macam ex-classmates aku. Aku tak nak satu hari nanti aku jadi macam dulu, dipergunakan. Dulu, benda tu tak punca dari aku, kali ini kalau sejarah berulang, itu punca dari aku. Tapi seriously, benda lama banyak pengaruhi aku.

I cried because of the past
I cling to the past
Everything about the past killing me inside
And keep me moving on :)

Dia, sama dengan abang aku. Better said as tak wujud. Even aku rasa he erased me from his life already. Aku cakap betul, aku sayang dia, even tak ada sebarang relationship. Aku cakap betul, aku memang selalu letak walls around me, tapi kalau aku sayang seseorang it will be a real hardy one. Aku benci dia :( Tapi benci adalah sesuatu yg sangat dekat dgn sayang. Tapi dia tak pernah tau sebab aku nak jaga iman dia. Yeah, more to nak jaga dia instead of myself. Sebab aku ni memang dah tau dah tak baik sangat. Huhu.  Tak nak rosakkan dia sebabkan aku. And aku still ingat hukum tuhan. Aku takkan bercouple before nikah, insya-Allah. Dia tak pernah tahu, di sebalik setiap kejayaan dia selama ni, ada seorang yg tak pernah jemu doakan kejayaan itu ...

Dan perlahan dia lupakan orang tu, sebab dia tak sedar kewujudannya :)

Tapi aku masih doakan

Tuhan tolong aku
tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia :|

Adik-adik angkat aku, akak mintak maaf sangat dengan korang sebab akak tak dapat jadi sis yg baik utk korang macam dulu. Akak pun ada masalah. Sometimes akak kesian dekat korang sebab ada kakak macam ni yg tak dapat memberi, malah sometimes (always sebenarnya) spill out masalah dengan korang pula. Rasa useless. Malah sekarang, akak pun distance dgn korang. Sebab akak takut bila akak tension akak pergi dekat korang akak akan sakitkan hati korang.Susahkan korang. Faham laa akak eh ? Huhu T_T Feeling useless.

Sisters brothers besties buddies
everyone is a big piece of the puzzle inside me
without any of you
I'm simply no more myself

Kadang terfikir, next year, no more all my kakaks...
I'm the kakak
hope to be a good one, simply like the way my beloved seniors treated me well
teaching me about life.
Tapi, mampu ke aku go on tanpa sandaran lagi? :|

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Islam Bukan Lemah

Di sekolah-sekolah yang mantap akademik dan berbilang bangsa, sama ada sedar ataupun tidak, kedudukan yang atas-atas selalunya dimonopoli golongan bukan Islam. Contohnya, sepuluh terbaik, dan empat daripadanya bukan Islam. Memanglah enam Islam, tetapi jika diingat kembali, berapa ramai sebenarnya pelajar Islam keseluruhannya berbanding bukan Islam yang jelas minoriti?

"Budak bukan Islam ini semua pandai-pandai. Mereka semua pandai, mananya kedudukan kita tak bawah sekali?"adakah pernah keluhan ini wujud ketika kita melihat keputusan peperiksaan dan bandingkan dengan bukan Islam?

Ini jawabnya.

"Macam mana mereka tak pandai, kalau dah hari-hari kita cakap mereka pandai? Doakan mereka setiap masa."

Bunyi macam janggal, tetapi memang selalu kita katakan begitu. Jangan lupa kata itu doa. Cuba kita yakin sedikit dan cakap pula,

"Mereka memang pandai, tetapi aku yakin kita yang Islam ni boleh lebih pandai dengan ikhtiar dan doa, kerana kita ada Allah!"

Lagi satu, kalau kita tengok, sebenarnya mereka yang pandai ini ikhtiar berkali-kali ganda sebenarnya. Saya sendiri menyaksikannya. Bukan saya hendak rendahkan sesiapa, tetapi masalah disiplin lebih banyak dimonopoli oleh pelajar Islam sebenarnya. Bahkan kadang-kadang saya sendiri malu apabila bacaan doa di perhimpunan tidak diendahkan pelajar Islam sendiri, sedangkan ada pelajar bukan Islam yang diam semasa doa dibacakan! Sehinggakan cikgu marah, dan sudahnya? Cikgu pula dikutuk. Mana sensitiviti kita umat Islam? =.=

"Alah, pelajar bukan Islam tu pandai-pandai belaka. Tak terlawanlah kita. Mereka tu rajin, banyak sangat masa nak buat itu ini."

Ini jawabnya.

"Allah beri kita semua 24 jam sehari. Kalau kita belajar, kita mampu. Insya-Allah. Hakikatnya, dahulu tanpa kemudahan lengkap pun, berapa ramai tokoh ilmuan Islam dilahirkan? Malah, kita sebenarnya ada doa, senjata orang mukmin."

Secara jujurnya, jika ditanyakan kepada saya apa yang kurang pada kita, saya hanya ada satu jawapan.

"Kita sepatutnya kuat kerana berkat, tetapi ke mana berkat kita sehari-hari? Mana berkatnya ilmu kita? Hilang berkat, tempang kita dibuatnya. Hilang berkat, terhijab rezeki kita."

Saya sendiri juga sama. Saya pun banyak khilaf. Semua ini ditulis bukan setakat untuk yang membaca tetapi untuk yang menulis ini juga. Saya mengaku keputusan peperiksaan saya pun lebih teruk dari pelajar bukan Islam, bahkan saya yang selalu minta mereka ajar saya. Saya tidak anti mereka. Saya hanya merenungkan khilaf saya sendiri selaku salah seorang umat Islam.

Dulu, umat Islam itu kuat biarpun dagang. Kini, umat Islam bagai buih di lautan, tidak lagi menggentarkan.

Mana silapnya? Renung-renungkan.
Wassalam. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Can't Believe I Love This Song, Coz Its Korean =.=



Lyric (English Translation)

It has to be you, no, no
It can only be you
Why do you push me away?
Why do you try to put my hand down?

How did this happen?
How did it become like this?
I shouldn't do this, I know
I shouldn't do this, I know
But I just can't let you go

Lying that you love me
Lying that you miss me
Lying that you are coming back
All that you say are lies

Lying that you will watch out for me
Lying that you can't live without me
If you were going to leave like this
You were going to leave like this
Why did you promise all these things?

Such pride did I have
That I didn't even grasp you when you left
Such pride did I have
Trying to be cool
That I told you to leave and forget me, yes
Such pride did I have
I said all the things I didn't mean to say
From one to ten
Yes, from beginning to the end
Cause I hated you

Was it like this to start with, cold blooded love?
You are so bad, you are such a bad person
Making me cry like this

Lying that you love me
Lying that you miss me
Lying that you are coming back
All that you say are lies

Lying that you will watch out for me
Lying that you can't live without me
If you were going to leave like this
You were going to leave like this
Why did you promise all these things?

Lying me to leave
Lying to me to not look back
Lying to me to never look for you again
All of them are lies

Lying to me to forget you
Lying to me we are all over
No matter how many times I think it through
I cannot live without you, please come back

Every night, I clench my jaws
I hate you, who throw me away coldly
But what's funny, what's really funny
My longing for you is bigger than my hate for you
One day, two days, no matter how many nights pass
Even though I keep telling myself to forget
I can't seem to erase you cause I cling to the past
Today, without you, is so long.

*******

Terjemahan ke BM
(P/S: Saya buat sendiri, kalau tak suka, tak sedap dibaca, maaf. Faham-fahamlah bahasa budak mentah.^^)

Hanya awak, bukan yang lain
Hanya awak insan itu
Tetapi mengapa pinggirkan saya dari kehidupanmu?
Kenapa leraikan pegangan tangan ini?

Bagaimana semua ini berlaku?
Bagaimana semua berubah begini?
Saya tahu saya tak patut lakukan ini, saya tahu
Saya tahu saya tak patut lakukan ini, saya tahu
Tapi saya tak sanggup relakan awak ...

Awak kata mencintai saya, tapi semuanya dusta
Awak kata merindui saya, tapi semuanya dusta
Awak kata awak akan kembali, tapi semuanya dusta
Semua yang awak katakan itu dusta

Awak katakan awak akan mencari saya, tapi semuanya dusta
Awak katakan tak dapat hidup tanpa saya, tapi semuanya dusta
Jika awak memang tetap akan pergi meninggalkan saya begini,
Awak tetap akan pergi meninggalkan saya begini,
Mengapa perlu awak janjikan semua itu?

Kebanggaan yang kononnya saya miliki
Sampaikan saya tak menghalang bila awak pergi
Kebanggaan yang kononnya saya miliki
Berlagak dingin dan tenang,
Sampaikan saya katakan pada awak, pergi dan lupakan saya, ya (itu yang saya lakukan)
Kebanggaan yang kononnya saya miliki
Saya katakan semua yang saya tidak pernah maksudkan
Dari satu hingga sepuluh
Ya, sejak mula hingga ke akhir,
Kerana saya pernah membenci awak.

Beginikah rasanya bermula dengan cinta yang dingin?
Awak kejam, awak seorang yang kejam,
Membuatkan saya menangis begini ...

Awak kata mencintai saya, tapi semuanya dusta
Awak kata merindui saya, tapi semuanya dusta
Awak kata awak akan kembali, tapi semuanya dusta
Semua yang awak katakan itu dusta

Awak katakan awak akan mencari saya, tapi semuanya dusta
Awak katakan tak dapat hidup tanpa saya, tapi semuanya dusta
Jika awak memang tetap akan pergi meninggalkan saya begini,
Awak tetap akan pergi meninggalkan saya begini,
Mengapa perlu awak janjikan semua itu?

Awak berdusta supaya saya pergi
Awak berdusta supaya saya tak berpaling
Awak berdusta supaya saya tak lagi mencari awak
Semua itu dusta.

Awak berdusta supaya saya lupakan awak
Awak berdusta bahawa kita telah berakhir
Tak kira berapa kalipun saya renungkan, saya tak dapat lepaskan awak, kembalilah...

Setiap malam, saya berkertap rahang sendiri,
Saya benci awak, yang menyingkirkan saya penuh dingin
Tetapi sesuatu yang kelakar, sesuatu yang sangat kelakar,
Keinginan saya terhadap awak lebih besar dari kebencian saya terhadap awak,
Sehari, dua hari, tak kira berapa malam pun yang berlalu,
Saya tak dapat lupakan awak, kerana saya berpaut pada masa lalu,
Hari ini tanpa awak, terasa terlalu panjang.

******

*Secara ikhlas, saya sebak sangat-sangat tengok video berlirik di atas sekali. Liriknya hampir buat saya menangis dan ada yang saya rasa tersangatlah pedas dan pahit untuk ditelan, tetapi itu kenyataan.

*Saya dapat mesej lagu ini, walaupun pedih.

*Saya sebenarnya tak minat K-Pop. Kebetulan terjumpa lagu ini di blog kakak senior saya dan Youtube, dan saya suka lagu ini. :D

*Sememangnya ada bahagian tertentu dalam lagu ini lari dengan Islam, tetapi semua ini sekadar luahan perasaan. Lagipun saya rasa liriknya kadangkala lebih sopan dari sesetengah lirik lagu yang dinyanyikan umat Islam sendiri. Janganlah ada pula yang belajar nak pegang-pegang tangan dengan bukan mahram ya? Kalau dia leraikan, itu awak kena bersyukur sebab dia ingat hukum. :)

*Saya guna ganti diri saya awak dalam entri ini, kenapa ya? Entah. Mungkin teringatkan sesuatu. :)

*Khilaf saya dalam terjemahan ke Bahasa Melayu itu harap dimaafkan. Saya pun sekadar suka-suka sahaja buat terjemahan. Oh ya, kalau rajin komen-komenlah tentang terjemahan yang saya buat itu. :D

*Enjoy it, assalamualaikum :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

So Here's A Piece Of Me

I once wrote in a post that I'd like to try out writing in English just to make myself happy.
Somehow, there are times I prefer to write out what I feel in English.
It's when the words written in Malay, which will be called 'jiwang', and when written in English, people just point it out as 'sweet'.
Fine, my English is not so good. And I'm not gonna say that I don't like my own language which is a part of me since birth. I don't mean it. Get it? I DON'T mean it.
It's just that I like to express myself and my feeling this way.
Is that what-so-called 'gross'?
Let me answer you, say whatever you wanna say, cause its your saliva wasted when I ignore all your cynical words :p

A piece of me~

*I'm just a weirdo person (different from others in many ways that people don't like me, but its okay)

*I'm not perfect

*I'm no good at social skills (not many outsiders can get into my life, there's always a NO ENTRY sign)

*I can be extremely friendly with girls, who I can get along with. So, give me a chance to know better :)

*I love language

*I stand for the right (and that's why some people hate me much when I don't go with the flow)

*I say things randomly (my jokes sometimes hurt. This is due to my weakness in social skills)

*I'm no woman who can be easily dragged here and there without akad (sometimes, I failed in my social management. I'm sorry if sometimes the way I communicate with people seems 'gedik', snobbish, jerk, or whatever. Truly sorry. I didn't mean to hurt anyone T_T)

*I don't care whatever people say about me if I know I'm not doing anything wrong. The simple way I fight back is, make a no-feeling-at-all and I-don't-know-who-are-you-talking-about face. I see you, I smile, and when you give me such angry face, I'll ignore you. Guess that is a winning for me :D

*I'm a little emotional. Fine, that is a jerk!

*I close the door for people approaching me not because of I'm proud of myself. Its because I wanna take care of myself, and the people too. Surely, I also don't want to hurt or get hurt.

*I can be called as 'ketinggalan zaman', but its okay :)

*Always try to take big things as small things. That is how I control most of the annoying things in life :D

*I say things directly when I don't like it or hate it, cause I'm no good at pretending to like things I don't like at all.

*I wanna love and being loved by someone that has Addin in his life, Insya-Allah :)

LOL. Such a weird description I think, connected to the first point, I'm a weirdo. :P

Okay, assalamualaikum~ :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS