Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Hujung Setiap Manusia

Last time this blog was updated was on November 2013.


Sekarang 8 Februari, 2014.
Lama, memang lama. 

Macam-macam dah jadi dalam tempoh ni. 
Sungguh, banyak sangat dah berlaku dalam tempoh aku duduk Kolej MARA Kulim ni,walaupun tak sampai sepuluh bulan. 

Dan , 

Kenapa aku tulis 'Hujung Setiap Manusia' ?

Kerana telah terjadi. 

Tentang Dia.

Mohamed Roseli Bin Zainul Abidin , kini pangkal namanya diseru 'arwah'.

12 Januari 2013. 

Lebih kurang 8.26 malam. 

Hospital Kulim.

Line related sepsis.

Tanpa aku di sebelahnya. 

Cerita Itu

Arwah pergi selepas sebulan berada dalam wad. 
Bunyi sebulan, mesti semua ingat kritikal ?

TAK. 

Asal arwah dimasukkan ke wad kerana tiub dialisis tercabut, dan hanya tunggu appointment untuk buat semula tiub baru. 
Itu sahaja pokok pangkalnya. 

Itulah kalinya abah masuk wad dan tidak melalui keadaan separa sedar, tidak perlu bantuan pernafasan, 

2012 - saya pernah update blog tentang pembedahan mini - tracheosomy. That time was far worse than this. 

Sejak aku masuk matrik, abah tak pernah masuk ICU.

I remembered all the things we have been through. 
Tidur dekat balai pelawat, soal keselamatan tawakkal. 
Bawa tikar duduk dekat wad. 
Makan bersila dekat bawah sebab dah lenguh masing-masing. 
Main 'aci menyorok' dengan guard sebab seorang pesakit hanya boleh ditunggu oleh seorang waris. 
Hampir suku tahun duduk dalam hospital. 

Siapa sangka, akhirnya itu terjadi waktu aku tak ada. 

Ditakdirkan Allah, hari itu ada bacaan surah Al Mulk dan Al Waqiah / As Sajdah di surau lepas maghrib. Selepas tu saya tengok jam - 8.20 malam. 

Dan saya lelap di surau. 
Bangun, dah rakaat pertama jemaah isyak . 
Ambil wuduk dan solat berjemaah. 

Memang tak rasa apa-apa, macam biasa sangat. 

Dan selepas tu,pelajar lelaki stay di sebalik tabir, ada perjumpaan dengan felo. 
Entah kenapa, aku dengan Atiqah Jamdin, rasa terpanggil nak stay di belakang tabir. 

Waktu Cikgu Ilman cakap sepatah dua, baru terasa tak sedap hati semacam. 
Aku ingatkan ada yang tak kena dengan hal MPP. 

Lepas tu terpanggil nak tengok handphone dekat beg. 

5 missed calls. Baca mesej. 

'Siap. Kak Shima pi ambik awak.'

Senyap. Walaupun tak tertulis kenapa Kak Shima ambil aku, hati aku kuat sangat cakap dia dah tak ada. Kuat sangat-sangat. 

Padahal sebelum ni, pernah je ... mama datang ambil kat sekolah sebab abah masuk hospital. 
Bukannya tak biasa. 

Tapi kali itu macam betul-betul kuat isi hati berkata abah dah tak ada. Walaupun akal cuba nak menyangkal . 

Baru lepas baca mesej, kawan dorm datang, 

'Ada dua orang datang cari,'
'Penting ka?'
'Penting.' 

Aku yakin tu Kak Shima. 

And for the very first time, aku tak pedulikan handsock dan stokin belum dipakai, aku pegang dua-dua dan terus pecut je ke belakang kafe @ belakang bilik MPP. 

'Kenapa?'

'Pak Cik Li Meninggal.'

Dan selebih perbualan tu biar aku simpan dalam hati. 
Yang aku tahu, aku tinggal semua barang termasuk laptop dekat surau. 
Kawan dorm yang tolong bawa naik. 

For minutes, I lost my mind, maybe, tangan sejuk kaki sejuk, tapi tak terdaya nak menangis. 
Tak dapat nak mengalir. 
Terkejut. 

Sampai di hospital, aku nak masuk pagar, guard tahan. 
Diorang heran, ingatkan takda kematian. 

I was hoping the guard was right, sumpah. 

Tapi bila diorang call wad, yes there is. Aku naik terus. Usaha nak senyum. 
Bila aku pergi wad, katil dah kosong.

The moment aku nampak mak aku, dan tak lama kemudian aku nampak jenazah abah,

Masa tu baru air mata boleh jatuh. :)

Tak tercakap. 

Atiq yang tolong inform kawan2 pasal tu. 
Tapi di luar sedar, aku inform seorang pasal tu. 
Aku tak tahu dah. 

Mama mintak aku putuskan, nak bawak balik jenazah malam ni atau esok pagi. 
Kalau nak bawak balik, takut tak ada orang nak buat tahlil malam tu. 
Dimintanya aku tolong cari kawan-kawan yang boleh buatkan tahlil malam ni. 

Aku ambik keputusan bawa balik. Ada juga tahlil insyaAllah. 
Kalau nak simpan dalam peti mayat pun nak buat apa. 

Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang datang. 
Aisyah, Atiq, Talhah, Zul, Jue, Syahmi, Yusof Najdi, Arif. 

Urusan tahlil berjalan lancar. 
Esok pagi mandi kebumi. 

Masih Senyum

Aku boleh senyum malam tu, ya aku dapat senyum kadang ketawa. Walaupun ada juga menangis yang ditahan depan mereka. Segan kot, kawan lelaki pun ada.

Sebab arwah pergi amat mudah.
Aku terima yang aku tak dapat ada di situ. 
Kalau aku dapat pergi pun, tak akan sempat dari kolej nak ke katil abah dalam 10 minit abah sesak nafas. 

10 MINIT. 

Katil sekeliling ada orang, semua bercerita pada aku, mudahnya arwah pergi. 

Malam itu, jam dua pagi, aku rapatkan mata arwah. 
Ma kata dia dah buat sebelum tu tapi tak pejam rapat. 
Aku tak reti buat,tapi dengan selawat aku cuba urut mata kanan, kiri dan kanan semula sendiri tanpa ada orang lain. 

Mata itu terpejam rapat, sumpah, riak muka semua tak ubah macam masa arwah tidur dulu :')

Urusan pengebumian arwah lancar, amat lancar. Sampaikan orang kampung cerita.

"Dalam kampung ni, urusan Cikgu paling mudah saya pernah buat."

Syeikh yang uruskan pengebumiannya, kawan lamanya. 
Pun bercerita mudah urusan arwah.

Pagi itu cerah. Cantik sangat-sangat. 

Nak apa lagi?
Itu hadiah terbesar bagi aku. 

Masa mak cakap, arwah dahi berpeluh, aku ingat, aku sujud syukur tengah hospital. 
Kali kedua dalam lif. 

Apa lagi kita nak dalam hidup kalau bukan sebaik-baik mati? 

Syukur, arwah dikebumikan dekat Masjid Kulim, dapat tempat PALING DEKAT dengan kubur arwah ayah dan ibunya. 
Dulu, pernah dengar, abah manja dengan arwah maknya. 

Adik-beradik lain sampai gurau cemburu sebab abang mereka dapat kubur dekat dengan mak ayah diorang.

Nak apa lagi ? 
Semua yang aku hajat dulu termakbul. 

Walau satu yang terjadi, aku tak ditakdirkan ada di situ. 

Hanya Allah tahu rahmat sebaliknya. 
Cuba ubat rasa terkilan. 

Selepas hari itu : Hidup satu amanah

Arwah pergi ketika aku kira aku banyak beza berbanding dulu. 
Ketika aku kira aku lebih mampu uruskan segala urusan yang ada, at least, berbanding dulu. 
Ketika aku dah ada sahabat-sahabat seperjuangan, hubungan dengan kawan-kawan dah okey. 

Ingat dulu arwah bertanya,

'Nurul dah umur berapa?'
'18'
'Bila hang nak kahwin?'
'Abah, baru umur 18 blablabla...'

Rupanya bila aku dah lepas 18 tahun, arwah pun dah nak pergi. 

Ingat dulu kali pertama, 
arwah tak marah kawan lelaki datang rumah,
masa mak tak ada pulak tu -.-
hanya aku dan abah. 

Ingat lagi nazar.

Kalau dapat 4 flat dan MUET Band 6, nak bawak abah datang anugerah akademik kalau ada.  Permata Gemilang. 
Dan memang dua-dua tu aku tak dapat, jarak apa yang aku dapat dengan apa yang aku nazar tak jauh mana. 
Pokoknya, aku tak perlu tunaikan nazar tu, dan tak payah bayar denda. 

Patutlah Allah tak makbul :')

Aku ingat jelas. 

Dan hari ini, hidup masih satu amanah. 
Amanah yang makin besar. 

Semoga kuat. Aamiin.

ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS