Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Kenapa Masih Aktif Di Instagram?

Keaktifan aku ini memang mungkin jauh lari daripada apa yg aku post sebelum ini...

Aku ambil masa dan selidik beberapa perkara sebelum akhirnya decide utk BLOCK semua lelaki dalam instagram aku.
Dan akaun aku diprivatekan.

Tak kisah takde followers sgt.
Sebab tujuan aku cuma berkongsi ala2 blogging, but with simpler method.
Bukan nak cari perhatian lelaki mana nak like gambar aku.

Facebook taklah aku block lelaki sbb gambar sendiri dah private dan aku ada kerja.
Twitter mmg takda gambar dan aku guna nama samaran.

Ada lagi nak share, tapi nanti lah.
Mengantuk sudah.

Assalamualaikum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpang Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Rezeki datang tak terduga.

Memang nak sangat dapat JPA dari dulu, tapi masa tu pointer matrik belum mengizinkan.
Usahlah diungkit lagi sebab musababnya.

Serius aku berair mata bila semak keputusan.
Subhanallah.
Macam tak percaya.

Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Memberi Rezeki.

Batch kami, ramai dari kalangan kawan yang 3.5+ GPA semester satu, untuk  Pembangunan Manusia&Teknologi Maklumat / Pembangunan Manusia&Pengurusan yang dapat tawaran ni.
Syukur alhamdulillah.

Setidaknya kami yang pelajar Sains Sosial ini juga ada masa depan.
Biarlah apa orang kata.
Kami tetap percaya rezeki milik Allah.
Allah Maha Kaya.

Alhamdulillah.

Dan seperkara lagi, aku perlu kekal dengan jurusan ini dan tak boleh tukar ke Pembangunan Manusia.
Sebab terikat dgn perjanjian.
Kalau tukar, tawaran terbatal.

And I know this is a risk since I have no basics in sc comp at all.
Still, I believe Allah has a reason for my struggle. InshaAllah.

Layukallifullahunafsan illawus'aha.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 😊😊😊

Memang seram rasa nak hadapi sem 3 ni.
Amanah yang bertambah-tambah.
Silibus pelajaran yg baru dan pastinya bertambah sukar.
Perlawanan yang perlu disertai.
Urusan merit.
Mengumpul wang untuk tujuan mobiliti dan juga peribadi.

Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Exam VS Ramadhan : Subhanallah

Bagi yang hanya memandang aku pada result, 
mungkin memandang sinis. 

"Kau selalu je cakap kau tak boleh, tapi result kau ok apahal?"

Allahurabbi. 
Sesungguhnya Dia lebih tahu.

Macamana dengan izin Dia jua, semua dimudahkan. 
Masa belajar dalam kelas, blur. 
Hati cuba nak fokus, tapi ke laut. 
Kepala cuba nak faham, tapi blank. 

Astaghfirullahalazim. 

Cuma yang mampu dibuat...

Kerapkan cuba salam tangan lect / cikgu/ ustazah.
Mudah-mudahan dengan kita salam dia, dia sudi doakan kita. 
Terdetik di hati dia pun jadilah. 
Biar kita tak pandai mana, janji kita hormat.

Kalau kita pernah ponteng kelas pun,
janganlah sampai lect/cikgu benci meluat pada kita.
Jumpa mereka di jalanan, paling tak senyumlah.
Bagilah salam. Tundukkan sikit kepala.
Kot ya pun kita segan.

Jauhkan dari umpat lect/cikgu. 
JANGAN benci lect/cikgu. 
Tak suka subjek tak apa lagi, tapi hormat jangan hilang.
Jangan sampai dosa kita dengan mereka jadi hijab. 
Cuba fikir, masa nak minta maaf hujung sem, 

Sanggup tak nak cakap, 
"prof/cikgu, saya minta maaf sebab selalu umpat kutuk prof selama ni..."
"dr/cikgu, saya minta maaf sebab selama sem ni saya simpan perasaan tak suka dekat dr/cikgu"

Astaghfirullahalazim. Allahurabbi.

*****

Ramadhan kali ini, kali pertama aku final exam masa puasa. 
Sesungguhnya memang teruji. 
Antara nak study dengan nak tarawikh. 
Antara nak stay up study dengan nak tidur awal bangun awal.

Study tak habis lagi. Nak nangis pun ada. 


Tapi,mengenangkan yang peluang bertarawikh ni bukan senang nak dapat,
aku pilih bertawakkal dan turun jugak. 
Sebab ... aku percaya Allah pemilik segala bantuan. 
Aku turun demi akhirat aku, dan serahkan semua urusan dunia di tangan Dia. 
Sambil hati percaya, jika Allah izin bagiku, lima minit terakhir sebelum masuk dewan pun mampu aku fahamkan semua. 

Malam sebelum Statistics, aku menangis. 
Sebab ... banyaknya lagi tak faham. 
Banyak lagi tak sudy.

Allahurabbi. 

Ujian kedua untuk aku, bila antara waktu maghrib dan isyak, biasanya nak dekat isyak, tiba-tiba masya-Allah.. senangnya masuk. 
Faham dan ingat serba serbi. 
Sampai terlintas kat hati, nak turun tak tarawikh ni?

Tutup buku dan turun. 

Sambil hati berdoa, moga Allah tambah kefahaman bila aku naik balik nanti. 
Allah ... Allah. 
Cemas dan harap silih berganti. 

******

"... mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat."
"... sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sungguh. 

Hubungan Etnik - aku terstudy benda-benda yang bebetul keluar exam, masa antara azan, dan selepas solat subuh. 

Statistik - aku study dua topik saja asalnya, tapi dengan rahmat Allah aku terhafal jadual yang keluar bebetul sebelum masuk exam. Tajuk yang aku study pula, mewakili 15-18 markah daripada 40 markah keseluruhan. 

Etika - lebih kurang 10 minit study, sebelum solat zuhur. Lepas zuhur gerak ke dewan. Sekali, keluar benda yang dihafal. Nak-nak pula ada dua soalan esei tentang alam sekitar. 

Fisiologi - alhamdulillah, apa aku baca almost semua aku ingat. 
Psikologi punn sama. 

*****

Bukan sebab aku nak menunjuk. 
Cuma aku ucapkan tanda syukur. 
Juga agar yang membaca ini dapat mengambil manfaatnya. 

Never rely on ourselves. Rely on Allah. 

Perkara yang mustahil pun, kalau Allah kata jadi, jadilah. 
Cubalah menyukakan Allah, agar Allah sudi pandang doa kita. 

Memang aku akui, aku sibuk berprogram sana sini. 
Jejak bilik pukul 2,3 pagi. 

Tapi, bila kita jalankan amanah kita sebaiknya, walaupun orang tak nampak, inshaAllah, rezeki kita Allah jaga. Subhanallah. 

Yang penting yakin. Insha-ALLAH. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paradigma Media Sosial

I am a human with social media. 

Kalau tak mustahil kau baca apa yang kau baca sekarang, kan?

Cuma dalam beberapa bulan ini, rasa lain sudah pandangan aku. 
Pandangan aku terhadap perkara yang patut dan tak patut dikongsi dalam media sosial. 
Perkara yang selamat dan kurang selamat. 

Pertama,apa tujuan kita ada media sosial? 

Lain orang lain jawapannya. 
Semoga yang baik-baik saja. 

Kedua, adakah matlamat kita itu selari dengan penggunaan kita?

Lain orang lain jawapannya. 
Muhasabah sama-sama. 

Ketiga, adakah penggunaan kita masih berada dalam batasan wajar?

Dan keempat, adakah niat kita dalam berkongsi sesuatu masih terjaga.

*****

Mungkin ada yang perasan, aku semakin jarang update status berbanding dulu. 
Gambar, sejujurnya kali terakhir ialah masa Debat Diraja 2015. 
Itupun sudah diprivatekan. 

Sebenarnya, semakin lama aku semakin rasa, aku tak cukup ilmu nak banyak bicara dengan kata-kata sendiri. 
Tambah aku bimbang amal tak seiring. 
Malah aku bimbang, makin banyak aku bercerita di media ini, makin banyak aib yang terbuka. 

Kalau tak aib aku, aib orang lain. 

Kata cerminan akhlak. 
Tulisan juga serupa. 

Berkenaan gambar, mulanya sebab aku sedar dia kurang senang. 
Dia tak pernah paksa atau suruh aku padam gambar. 
Dia cuma lebih suka kalau tak upload. Itu saja.
Dia tak kongkong aku. 
 
Memang pada awalnya aku rasa tak salah pun buat begitu. 
Tapi, bila dengar penjelasan dia dan nasihat seorang sahabat, aku sendiri privatekan. 
Aku dalam proses untuk padam gambar-gambar aku di media sosial. 

Walaupun bertutup, ada juga beberapa benda yang perlu diperhatikan. 
Pertama, benarkah gambar itu tidak menarik perhatian?
Sedangkan Allah cipta wanita semua cantik.
Bukankah wanita itu wajarnya tersorok keindahannya?

Teringat kata dia, 

"Biarlah aku tak nak tayang ibu aku di media sosial, sebab dia terlalu berharga untuk aku. Begitu jugak bakal isteri aku, biarlah aku tak tayang dia untuk tatapan semua orang, sebab dia terlalu berharga."

Biarlah orang mengenali idea dan prestasi kita,walau tak berupa. 
Di media sosial. 

Belum cerita kalau gambar kau dijadikan bahan gosip dan umpat. 
Minta simpang. 

******

Berkongsi banyak perkara di media sosial, nikmat percutian, status percintaan melalui status dan sebagainya.

Kadang terlintas, apa perasaan orang yang makan tak cukup, bila tengok gambar orang bercuti?
Ada persepsi orang, bercerita ini seakan-akan menunjuk kitalah yang ada segalanya. 

Akhirnya aku rasa, bila berkata biarlah yang penting atau baik, jika tidak diam sahajalah. 

Share, pun aku tapiskan sekarang. Sebab bimbang ada yang salah. Sebab bimbang ada yang tak baik. 

Lain di blog. Sebab bila kau buka blog orang, maknanya you are ready nak baca cerita hidup dia. Atau pandangan dia. 

Cerita masalah di Facebook? Hati-hatilah. 
Bimbang buka aib orang. Paling slack, buka aib sendiri. 
Bila sedang marah atau sedih, kadang tulisan kita memakan diri. 
 

*****


Aku sedang refresh balik identiti di media sosial. 
Akaun Twitter sudah didelete. 
Aku akan buka yang baru. 
Dengan niat baru, paradigma baru. 
Kerana minat aku yang mendalam terhadap quotes.

Gambar akan dibuang sedikit demi sedikit. 
Gambar baru, akan semakin kurang dan mungkin tak upload pun. 

E-mel address sedang dalam proses dibina semula. 
Sebab emel lama sejak tingkatan dua itu sudah tidak sesuai. 
Username kebudak-budakan. 
Iklan dan spam pun banyak. 

Domain baru yang aku pilih ialah zohomail.com. 
Review? Nanti dulu. 

Juga dalam proses pembinaan website inshaAllah.
Sebab nak daftar akaun zohomail perlukan domain website. 

Tak mustahil aku pindah ke website. 
Tapi blog ini akan aku simpan dan guna untuk personal. 
Website mungkin lebih kepada info atau tujuan bersifat formal.

Instagram? Akan ditapis semula. 
Kalau tak perlu, delete saja. 
Buat masa ini, aku guna instagram untuk survey barangan online. 
Dah lama tak update pun. 

Pendek kata, sedang renew my social media life. 

Menuju ke arah penggunaan yang lebih matang dan bermanfaat. 

InshaAllah.   

 

 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa Lalu ... Relakan

Assalamualaikum. 


Menipu besar, andai aku kata aku tak pernah terjebak masalah hati. 
Menipu besar juga kalau aku kata aku tak pernah luka. 

Tapi, masa lalu tetap masa lalu. 

Meskipun manusia sukar melepaskan ia. 
Hakikat tetap hakikat. 
Yang berlalu tetap berlalu. 

Dan semua pun takdir tuhan. 

Aku tak sempurna, aku pun punya kelemahan. 
Hatta aku inilah manusia yang sukar melepaskan masa lalu. 
Masa yang tak sekejap sangat aku ambil untuk melepaskan masa lalu.
Sampai orang selalu tegur aku, JANGAN fikir lagi. 

Berulang kali ditegur, lama baru mampu lupa.  

Tapi, di akhirnya, kita tetap perlu berdamai dengan masa lalu itu. 
Terimalah hakikat bahawasanya ia satu pengalaman. 
Hikmah yang mendatang, akan buat kamu merasakan syukur untuk masa lalu. 

Tapi lambat, nak nampak hikmah. 

Cuma jangan soalkan takdir Allah. 
Kita tak pandai mana nak pertikai takdir. 
Jangan berdebat dengan takdir. 
Tunggulah hikmah yang mendatang. 

Yang pasti, kalau tak di dunia nanti di akhirat. 

Asal kita ikhlas. 
Maafkanlah masa lalu, dan cerita dengan mereka yang melukakan. 
Cerita mereka yang meninggalkan.
Cerita mereka yang membenci. 
Cerita caci-maki mereka. 

Maafkan. Relakan. 

Sehingga nanti kau bisa merasakan jiwamu tenang dan aman. 
Sebab kamu tahu, dunia ini tempat ujian. 

Syukur dan sabar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perempuan Itu: Suatu Cerita Di Mata Aku

Yang menulis ini perempuan.
Maka jangan kau kata aku ini tidak memahami.
Aku sama sepertimu,aku bukan lelaki.

Aku tertanya-tanya.
Kenapa perlu kita berlemah-lembut dan termalu-malu di depan lelaki?
Tersipu-situ. Tahu tak,kau buat diri kau nampak lagi ayu?

Aku tak kisah kita berbicara dari balik hijab jika itu lebih menjaga.
Tapi suaramu kenapa perlu rendah sampai sukar nak didengar?
Tidakkah itu menyukarkan urusan?

Lebih mudah saja kalau kau berbicara tegas.
Alhamdulillah setakat percubaan seorang saaudari kita,katanya jujurnya aku tidak ada rekod rakan seorganisasi jatuh cinta.
Tak ada rekod orang mengurat dalam tugasan projek.

Di FB sekalipun hidup dia tak diganggu. Jarang jumpa lelaki nak komen dengannya.

Tapi orang mengenal hasil kerjanya.

*****

Kita perempuan perlu jadi waja.
Perlu tahu berdikari walau ada sunyi.

Tak siapa tahu kalau suamimu ditakdirkan jatuh sakit dan lumpuh.. Naudzubillahiminzalik.

Itu berlaku pada ibu aku.
Dan aku anak tunggalnya.

Kami harus mampu berdikari.
Hal ehwal peribadi dan sekolah kami kena pandai-Pandai hidup.
Hatta kerja kudrat yang sedikit susah pun kami perlu laksanakan di samping uruskan arwah ayah.

Sebab itu, cukup apa yang ada.

Pernah merasa tidur di tempat tak berjeriji, rumah tak siap.
Tidur dalam kereta sepanjang malam.
Mandi guna bekalan air yang dikutip entah dari mana.

Sudah-sudahlah duduk dalam khayal.

Minta itu ini. Makeup lima inci. Kerja tak mahu.
Susah sedikit cabut lari. Kena sedikit dah menangis.

Kita belajar jadi wanita besi.

Di Akhirnya kau perlu telan realiti, kau Bukan pendamping yang cuma gantung pada suami, tapi kau wajib bantu perjuangannya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Moga Tak Jadi 3K

Assalamualaikum.
Lama tak update blog ini.

Sejujurnya dihambat kesibukan, dan diuji kesulitan.
Ujian 'sakit' luaran dan dalaman.
Tak mudah, memang tak mudah.
Bila namanya ujian, memanglah terasa susah.

Sejujurnya terasa lemah dan rebah juga

Tapi alhamdulillah bertemu pelbagai hikmah pastinya.
Tak terduga begini jalannya.
Allah Maha Tahu sebaik-baik jalan.

Aku bukan manusia sempurna dan bukan manusia hebat.
Ada ketika aku pun meroyan juga. Haha.

Tapi kena ada rasa nak bangun semula.
Dan jangan berputus asa.
Anggaplah jatuhmu sementara.
Dan Allah akan bangunkan kamu.

Allah tak uji, kalau kamu tak mampu. :)

Sibuk, memang sangat sibuk sekarang.
Tapi aku percaya Allah ada.
Allah sebaik-baik penolong.

Sekurangnya ia bantu aku jaga diri.
Sekurangnya aku belajar terlalu banyak benda baru.
Pengalaman pelbagai.

Aku enggan jadi mahasiswa kafe, kelas, Katil.

Kalau benar mahu berbakti,manakan bisa lenang?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amanah Baru


Belum selesai dengan amanah-amanah sedia ada,
diberikan amanah baru.

Aku, redha terima amanah ini meskipun yang paling berat itu amanah.
Sebab kalau Allah dah pilih maknanya aku mampu.
Andai tidak, nescaya telah Allah singkirkan aku dari jalan ini.
Dan ini yang terbaik bagi aku.

Allah dah mudahkan benda yang sukar.
Benda yang mustahil pada awalnya dah dilapangkan lorongnya.
Benda yang sakit sudah dilegakan.
Kalau aku tak bersyukur lagi, entah apa perangai namanya ni.

Maka biarlah sedikit susah, atau mungkin banyak.
Asalkan buat yang terbaik dalam apa jua.

Sebagai tanda syukur, wajib aku berbakti. InshaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Challenge, Take It Positive

Bismillah.

Semester ini memang menyaksikan sangat banyak perkara yang aku perlu hadapi dalam satu masa.
Jujurnya memang banyak benda yang sedang berselirat dalam otak.

Padanlah Allah hantar masuk KPSM.
Padanlah Allah beri kesembuhan.

Rupanya Allah sedang mempersiapkan diri ini untuk memikul amanah yang lagi, lagi, lagi berat.

Subhanallah.
Cantik percaturan Allah.
Jujur, jika aku dalam keadaan lama, aku tidak rasa aku mampu memikul sebanyak ini.
Alhamdulillah.

Allah tahu semuanya.
Aku tahu pasti ada sebabnya Allah pilih aku untuk berada di sini.
Aku tahu ada sebab Allah beri aku kesibukan.

Aku bersyukur dengan kesibukan yang aku alami.
Sebab ia mengurangkan waktu untuk aku sibuk dengan benda bukan-bukan.

Semoga ia membantu aku menjaga diri.
Dan semoga Allah beri kekuatan untuk aku menyeimbangkannya dengan tugas sebagai pelajar dan khalifah Allah di muka bumi.
Semoga Allah kuatkan aku.

Apapun cabaran, pasti saja ada yang menyakitkan tetapi ... take it positive.
Challenge grows you into a more matured person. InshaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semester Dua - Permulaan Baru

Bismillah ... 


Permulaan semester baru. Pastinya banyak perkara baru. 
Pada hari pertama kuliah, tertarik dengan satu kenyataan pensyarah. 

"University is a process." 

Perfect. 
Can't agree more. 

Aku mula semester ini dengan kesyukuran dan semangat alhamdulillah. 
Walaupun minggu pertama lagi dah kena hadapi macam-macam benda. 
Hati kena kuat, dan sentiasa percaya akan ada esok yang lebih baik. 

Semester ini, ada subjek yang lebih berat. 
Ada lebih banyak program. 
Ada lebih banyak cabaran. 

Tetapi yang menggembirakan aku ialah permulaan ini aku nampak lebih positif. 
Especially alhamdulillah on social life. 
Aku dapat lihat impak positif KPSM dalam diri aku. 
Malah kawan rapat ada yang perasan perubahan yang lebih baik. 

Walaupun ada benda yang menyakitkan hati, kena kuat untuk buat lebih baik. 

Belajar, dan terus belajar. 
Memang perlu susah tetapi jiwa yang kuat akan mampu mengatasinya. 
Jiwa yang besar ialah jiwa yang ada Allah. 

Bersangka baiklah dengan Allah. 
Setiap masa.
Sangka baik yang Allah akan hadirkan kegembiraan. 
Sangka baik yang Allah akan beri esok yang lebih baik. 
Sangka baik yang Allah ada dengan kita.
Kita usaha. 
Dengan keyakinan yang Allah itu Maha Pemurah.

InshaAllah, Allah menurut sangkaan hamba-Nya. 

Terus. Jangan henti. Tetaplah usaha untuk tersenyum.
Anggaplah ujian itu kecil,bahkan lebih kecil berbanding kemampuan kita. 

Stay strong. InshaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Azam

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku tahu hari ini sudah 10 Februari dan bukan 1 Januari.
Namun rasanya tak terlewat untuk pasang azam.

Kerana diri terasa seperti dilahirkan semula.

Sihat pinjaman Allah, sakit pinjaman Allah.
Pun begitu, jarang kita syukur nikmat sihat.
Nikmat sihat dan masa lapang itu kita selalu lalai kepadanya.

Berusaha, berdoa dan jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Kita tak pernah tahu di mana rahmat Allah @ miracle itu ada.
Bila-bila saja ... di mana-mana titik kehidupan ... jangan henti berharap.

Setelah kira-kira setahun menjalani hidup ala-ala mayat hidup.
Separuh jiwa rasa melayang.
Setengah tubuh rasa menghilang.
Sakit yang meragut keberanian dan sebahagian kecergasan fizikal.

Memang bukanlah aku ini sembuh sepenuhnya.
Tapi boleh jalani hidup normal setidaknya.

Maaf, walaupun pada yang rapat, aku simpan cerita kesakitan.
Atas rasa hormat dan kebaikan semua aku tak boleh bercerita.

Cukup kita sama tahu aku ini manusia yang pernah diuji dan kemudian sedar baiknya Tuhan. :)

Baiknya Allah ... sebab biar aku merasa sakit yang sementara.
Baiknya Allah ... temukan aku dengan orang-orang yang nak didik orang lain.
Baiknya Allah ... sebab buka hati aku untuk terima kewujudan orang lain.
Baiknya Allah ... tiup dalam mata aku kesanggupan untuk menangis insaf.
Baiknya Allah ... sebab pinjamkan aku ilham untuk bersyukur.

Pada hamba-hamba Allah yang telah membantu aku tanpa mereka sendiri sedar,
mungkin, aku tetap berterima kasih.
Moga Allah rahmati hidup kalian.
Doakan aku dapat hati sebaik kalian untuk bantu orang lain.

Azamku untuk membantu dan mengajak.

Sebab aku tahu berharganya rasa bangkit dari jatuh.
Sebab aku tahu rasanya sakit.
Sebab aku tahu macam mana rasa tercari-cari jalan nak berubah,
tapi yang dapat ialah hentaman dan rasa terpinggir.

Dan aku akan ingat rasa itu.
Kadang kenangan harus ditelan, supaya terlerai dendam dan sayu.
Maafkan diri dan mereka, terimalah diri pun ada celanya.

Aku pun, masih dalam proses belajar dan berubah.
Aku minta maaf untuk masa lalu aku.

Pembelajaran itu kan sepanjang hayat ? :)

******

Seindah Biasa - Dato' Siti Nurhaliza

Jangan pernah takut ku tinggalkan 
Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin 
Hingga pagi tak seindah biasanya 

Takkan mungkin kita bertahan 
Hidup dalam bersendirian 
Panas terit hujan badai 
Kita lalui bersama 

Saat hilang arah tujuan 
Kau tahu ke mana berjalan 
Meski terang meski gelap 
Kita lalui bersama 

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi 
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik 
Agar kita tak pernah menjadi jauh 
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh 

Pernah kita jatuh 
Mencuba berdiri 
Menahan sakit dan menangis 
Tapi erti hidup lebih dari itu 
Dan kita mencuba melawan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Time To Apply, Indeed ?

Sebelum ni, aku isi borang KPSM bukan kerana aku cari borang tu. 
Aku diberi borang tu oleh senior.
Aku isi kerana nakkan ilmu, dan aku nak tambah baik nak tingkatkan prestasi aku dalam kelab yang aku sertai sekarang ni. 

Masa temuduga pun, aku telah cakap, tujuan aku bukan nak jadi MTM. 
Aku nak belajar ... dan tambahbaik pelaksanaan tugas aku dalam kelab. 
Itu apa yang aku target. 

Jadi bila aku dah terlepas temuduga tu dan terpilih masuk KPSM, 
dan alhamdulillah telah menyelesaikan KPSM ...
kata-kata tu masih lagi terpikul atas bahu ini sebagai amanah. 

Ilmu tanpa amal itu kan namanya sia-sia.

Maka dua tiga hari ini aku berusaha work on something to do with the club. 
Cz it stays in my mind how I did work it out on MPP. 
Dengan ilmu yang alhamdulillah semakin dicedok, kenapa aku mesti mengelak daripada tanggungjawab untuk membangunkan kelab?

Ya, aku akui, ada sedikit salah faham awalnya, dan salah faham itu puncanya aku juga. 

Tapi alhamdulillah, apabila kita memang nekad nak buat, kita pun tak dapat duga bila waktunya rahmat Allah boleh tiba-tiba datang. 
Kita cuma perlu yakin dan tetap usaha. 
Aku sendiri tak sangka cubaan aku untuk membuat draf program bertukar menjadi draf penambahbaikan kepada program terdekat, yang mana setakat ini diterima baik oleh semua orang dan inshaAllah aku sudah dipertanggungjawabkan untuk uruskan kertas kerja. 

Sejujurnya aku gementar juga untuk terus ke fasa seterusnya iaitu fasa pelaksanaan. 
Namun bila dah sampai ke tahap ini takkan aku nak patah balik. 
Yalah, aku sudah hampir setahun tidak menguruskan program sejak lepaskan jawatan MPP di Kolej MARA Kulim. 

Mereka belum putuskan pengarah, timbalan dan segalanya tetapi disebabkan aku yang mengeluarkan idea ... kalau ikut plan asal mereka kata tuan punya idea yang kena uruskan projek ini. 
Aku kali ini jujurnya akan terima saja tugas itu kalaupun diberi kepada aku, tujuannya untuk membuktikan bahawa perkara ini boleh dilaksanakan. Juga untuk mengusahakan contoh supaya kempen-kempen akan datang mereka boleh laksanakan, malah mungkin lebih baik daripada apa yang aku buat untuk kali pertama ini. 

Aku mahu percaya yang aku mampu melakukannya. 
InshaAllah aku yakin aku boleh. 
Selama Allah mengizinkannya, inshaAllah aku akan dapat menjayakannya. 

Aku harap projek ini dapat tambah baik keyakinan diri. 
Aku harap projek ini dapat tambah baik kelab. 
Aku harap niat aku terjaga. 

Kempen Anti Valentine , semoga Allah redha. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KPSM K5 UPM : No Details As Promised





Assalamualaikum. 

Currently in hometown, Kulim, Kedah. 

Baru menamatkan kursus yang tertera di atas, pada 19hb Januari 2014 iaitu Majlis Perasmian Penutupan KPSM 2014. 
Sekadar ingin catatkan kerana kursus ini besar maknanya untuk aku. 

Pertama, aku takkan cerita detail kerana terikat dengan amanah. 
Memang peserta KPSM tak boleh cerita detail kepada orang luar tentang apa kami lalui. 
Macam rare je bunyi, kan?

Yes, it is. 

Memang rare dan berbaloi pergi. 
Sangat-sangat berbaloi. 

Cuma, kuncinya ialah sejauh mana kita sendiri nak buka hati dan minda.

Secara peribadinya, aku mula-mula tengok notis memang ada sedikit gerak hati nak pergi.
Tapi aku masih teguh pada pendirian yang aku takkan tawarkan diri aku untuk menjadi pemimpin di sesuatu kawasan. 
Sebab aku ingat lagi hadis yang aku baca ,

Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu (Riwayat Bukhari Muslim)

Memanglah pergi KPSM tak bermakna akan jadi MTM, tapi kemungkinan tu dah lagi cerah berbanding orang-orang yang tak pergi.
Pada masa yang sama, aku memang betul-betul nak cari ilmu. 
Nak sangat-sangat cari ilmu untuk survive 4 tahun di UPM ni. 

Jadi akhirnya aku pasang niat, kalaulah memang ni rezeki aku, 
aku harap akan ada yang datang suruh aku isi borang tu.

And it turns out real. 

Sepertimana masa aku tak nak dulu, tapi ada calon MPP yang dah buat pengenalan calon pun, datang berjumpa aku bagi borang,beriya minta aku gantikan dia. 
Kali ini, itu yang jadi pada aku dengan asbab yang berbeza. 

Kak Ummi dan Kak Izni yang bagi borang. 
Dan aku hantar masa hari tarikh tutup. 
Sebab aku berat hati tapi pada masa yang sama dahaga pada ilmu. 

Aku memang nak berubah. 
Allah Maha Tahu. 

Ya, aku memang ada sikap buruk aku.
Sebab nak buang sikap buruklah aku datang ke mari.
Ya, aku memang ada kelemahan. 
Sebab nak baiki kelemahanlah aku datang ke mari. 
Ya, aku memang ada masa silam. 
Sebab nak mengatasi masa silamlah aku datang ke mari. 

Alhamdulillah, dengan sedaya upaya aku usahakan untuk buka minda dan fikiran. 
Honestly, I expected this to be a regime-like-camp. 
Jadinya, aku sediakan mental dan fizikal. 
Aku tahu aku akan susah dan aku perlu susah dan aku yang cari susah. 

Tapi takde la rejim mana pun. Seriously. 
Aku kenal siapa fasi aku walaupun dari jauh. 
Aku tahu diorang ni semua nak yang baik-baik untuk kami. 
Dan aku percaya diorang. 
Aku yakin dengan bond K5. 
Tengok muka diorang pun aku tahu, sini tempat aku. 
Aku tak salah memilih. 
Bahkan mustahil untuk Allah silap memilih aku di sini.

Ada orang kata, sendiri cari susah, orang cuti kau datang. 
Tapi aku tahu kesanggupan aku.

Kenapa?

Sebab setiap hijrah itu ada harganya. Ia perlu pada pengorbanan. 

Kalau tak nak susah kau takkan senang. 
Itu apa yang aku pegang. 
Biar aku rasa susah asalkan aku boleh berubah. 

Susah tu, boleh kata susahlah. 
Sediakan fizikal dan mental. 
Tapi aku berani cakap yang ia akan berbaloi. 

Aku pernah je sertai kursus kepimpinan bagai dari sekolah sampai matrik sampai sini. 
Tapi tak sama dengan apa aku lalui di sini. 
Betul apa felo aku janji dulu,dia berani janji kursus ni kau takkan dapat di tempat lain. 
Impaknya pada peribadi kau memang ada. 

Syaratnya : nawaitu dan kesanggupan. 

Secara peribadi, aku rasa macam aku jadi someone else pun ada sejak balik dari sana. 
A better one. 
Biarlah orang lain mungkin tidak mengiktiraf atau merasainya, tapi aku sedar objektif dalam diri itu tercapai barang sedikit atau banyak.
Sampai aku bersujud syukur selepas kem itu tamat. 
Bukan sebab seronok nak balik, tapi sebab bersyukur dengan apa aku jumpa kat sini. 

Disebabkan aku ni loqlaq, aku ada jatuh longkang masa explorace. 
Dan kaki aku tercucuk dekat besi dan kaki berlubang, plus bengkak lebam sini sana. 
Tapi, kerana berharganya ilmu dan keinginan nak berubah, aku teruskan semua slot fizikal. 
Walaupun ada masanya aku lari memang slow dan ada masa aku jalan pun tak berapa betul tapi setidaknya aku ada usaha sebesar zarah sekalipun dan aku merasai nikmatnya.
At the end, jujur cakap, sepanjang buat aktiviti outdoor hampir tak terasa sakit. 
Your mind power, of course, when Allah wills, but first you have to strive.

Kadang manusia perlu berdepan sukar,
supaya kita merobek sempadan diri.
Kadang manusia perlu rebah, 
supaya tahu menghargai tempat kita berpaut. 

Harapan : semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat daripada KPSM. Totally worth it :)


OBJEKTIF ASAL 
1. Nak pecahkan sempadan fizikal (outdoor) - alhamdulillah 
2. Nak berubah menjadi lebih pantas - alhamdulillah walaupun tak 100% berjaya
3. Nak positifkan otak dan lepaskan sejarah silam - alhamdulillah
4. Nak kurangkan kecenderungan debat - alhamdulillah walaupun tak 100% berjaya
5. Nak lawan 'sakit dalaman' - alhamdulillah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SONY XPERIA M2 DUAL - Personal User Experience

Assalamualaikum. 
2015 ni aku buka dengan entri review pulak memanjang. 
Bukan nak cerita azam baru bagai, boleh pula review lagu, dan sekarang nak pula review handphone yang diguna. 

Bukan apa, aku rasa tak salah pun kalau kita review handphone berdasarkan pengalaman kita sendiri memandangkan pengalaman kita tu boleh jadi berguna untuk orang lain.

Aku beli handphone ni lebih kurang 6 bulan lebih yang lepas di SONY Centre Giant.
Sejujurnya ini bukan telefon SONY aku yang pertama. 
Sebelum ini aku pernah guna beberapa smartphone, sebelum guna M2 Dual aku guna SONY Xperia L. 

Alasan aku bertukar pilihan ialah kerana aku mahu menggunakan data tanpa bergantung kepada akses wi-fi dan data yang dibeli. Sebabnya aku sudah mempunyai broadband Celcom yang alhamdulillah, walaupun orang kata lembab, setiap hari aku boleh akses youtube dgn 3G di Kulim, Kedah mahupun sampai ke Serdang, Selangor. Di kawasan kampung yang memang pendalaman, kanan lombong depan bukit belakang kelapa sawit, seperti Kampung Terap, memadai untuk aku buka Facebook tanpa membaling sebarang objek, kira jadilah tu, kan ? :) 

Yes, I am a loyal user of Celcom. 

Jadi, aku selalu juga keluarkan SIM broadband dari modem dan masukkan dalam handphone and it works. That was why I decided to use dual sim model. Kalau tidak, kuota 4/5GB (tak ingat mana satu sebab mama yg daftar n uruskan bil) selalunya tak habis pun. Rugilah bayar RM60 tapi guna tak sampai 2GB ya tak?

Kali pertama jatuh cinta dengan SONY ialah semasa guna Sony Ericsson C903 Cybershot.
Handphone tersebut, masyaAllah seriously sampai sekarang I still can't find a comparable camera, even digital camera cannot beat my old C903.

Dah tu kenapa tukar? Sebab hilang sayangku. Puas ku cari tiada berjumpa. 
Hilang di luar semasa pergi klinik sebab kena sengat lebah. Tengah sakit macam tu apa pun boleh lupa.

Yang paling geram apabila handphone tersebut ialah handphone Cybershot terakhir dikeluarkan Sony Ericsson. Ok nak menangis. 

Cut off the crap boleh, Rashidah?

Baik ... baik.

******

Honestly, skrin handphone aku membesar secara berperingkat. Aku mula dengan handphone yang skrin 3.7inch Sony Ericsson Xperia Neo which I love soooo much. So, bila pertama kali guna M2 Dual, memang rasa skrinnya besarlah untuk aku. Tapi setelah lama guna, aku semakin faham kenapa orang suka handphone berskrin besar. Kalau anda suka menaip dengan banyak dan surfing internet dengan banyak ... main game banyak dan pendek kata handphone dan anda susah dipisahkan, a large screen will do good for your eyes. Bagi aku, paparannya selesa dengan aku, cuma UI (user interfe SONY bagi aku, boleh diperbesarkan lagi ikon dan font. Mungkin boleh adjust cuma aku yang tak tahu. 



******

Bagi aku, walaupun skrinnya bukan skrin HD atau FULL HD, kecantikannya tak mengecewakan pun. Jelas dan warnanya masih nampak menarik. Walaupun aku selalu set low brightness untuk menjimatkan bateri, masih memuaskan. Selalunya 25, 30 peratus pun dah cantik sebenarnya. Cuma kalau nak rasa macam pakai phone beribu, set full brightness. 

******

Bateri, non removable 2300mAh itu bukan sekadar retorik. Chewwah. Betul. 

Aku boleh dikatakan sentiasa on 3G dan biasanya boleh bertahan dari pagi sampai senja or even malam. Kalau guna surfing dan main FB, whatsapp semua tu boleh bertahan dari pagi sampai petang. Provided aku terkadang lupa nak off brightness, jadi bagi aku prestasi baterinya bagus. 

Bateri akan drain cepat sikit kalau upload video dan gambar, main game dan sebagainya. Tapi tak adalah cepat sangat pun. Nice. 

Kalau tanya cara aku guna bateri, jujurnya aku taklah jaga sangat pun. Main aci guna pun. Selalu juga aku guna sampai habis terus. Kadangkala caj sekejap dah cabut. 
Tapi alhamdulillah, bateri ni cukup lasak untuk bertahan dengan tuannya yang tak berapa lembut ni. :)

******

Hang dan Crash jarang berlaku untuk aku. Tambah pula aku ni jenis manusia yang jarang restart phone melainkan sebab bateri habis langsung. Jadi persoalan, kalau phone hang nak restart macamana sedangkan baterinya tak boleh nak dibuka, aku tak pula fikir. Sebab handphone aku belum pernah lagi hang sampai tak boleh buat apa langsung. Paling teruk pun, aku tekan lock button dan unlock balik. Main game pun tak ada hang. Tapi aku taklah main game yang hebat-hebat sangat. Heavy duty tu taklah.

Tapi, kalau touchscreennya tak jalan aku pun tak tahu apa nak buat. 

Dulu, touchscreen Xperia L aku pernah rosak sampai tak boleh guna. Nak off pun tak boleh sebab lepas tekan button, kena sahkan off melalui touchscreen tu juga. Jadi aku biarkan saja sampai phone tu habis bateri dengan sendirinya. Sampai sekarang aku belum repair. Tapi serius, selepas handphone tu diupdate, kameranya sangat cantik. Honestly, even better than M2 Dual. 

******

Kamera. Bagi aku very nice. Using automatic mode, you can already have good shots. 
Aku cerewet fasal kamera dan so far, kamera yang boleh memuaskan hati aku memang SONY jawapannya. Aku belum guna lagi Oppo dan Huawei jadi aku tak tahulah macamana. Masa aku beli M2 Dual ni, Cuma aku pernah tengok kamera Oppo 13mp dan Huawei P6 memang cantik. Seriously. 

Document mode seriously sangat jelas dan boleh dibaca dengan mudah. Bagi aku yang selalu snap document ni, sesuailah. Again , kalau nak compare dengan brand lain aku tak tahulah nak cakap sebab aku tak guna. 

Cuma, kamera depan agak menghampakan. Gelap, aku tak tahu kenapa. Dan kualiti memang tak memuaskan, bagi akulah. Memandangkan aku jarang selfie, aku taklah kisah sangat. Aku memang lebih suka gambar candid berbanding selfie. 

******

Music pun memuaskan taste aku yang boleh dikatakan cerewet ni. Best part apabila guna earphone. agi aku terbaiklah. Speaker pun sebenarnya best, cuma sebab aku punya speaker net, terkoyak, masalahlah sikit. Tapi still boleh diterima lagi musicnya. Cuma jangan kuat sangat nanti sound pecah. 

******

Overall. Aku puas hati dengan performance handphone ni. 
Even aku ada bercadang nak tukar atas sebab tertentu,
 tapi tak tukar-tukar lagi sebab sayang. 
Takut terbeli handphone yang lagi low performance daripada yang sedia ada. 
Untuk bajet aku yang masa tu RM850, berbaloilah. 
Aku beli 7 bulan lepas. 

Sesiapa yang perlukan dual sim dengan performance yang baik. 
Go for it :)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Song With Great Message - Terbang Tunduk Review

Assalamualaikum. 
I have posted few songs on this blog. 
And yes, I admit I am somewhat a fan of songs with beautiful lyrics. 
But this is my first post with the title - REVIEW. 

Padahal selama ni pun memang aku pernah buat entri berunsurkan review, cuma aku tak pernah pun tulis 'REVIEW' pada tajuk ataupun isinya. 
Well, I love lyrics and poem. 


*****

Terbang Tunduk - Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


*****
  • Ceritanya, pada fahaman aku, mengajar kita untuk tetap merendah diri walaupun sedar diri kita sedang berada di tahap yang tinggi. 
  • Ya, kita perlu tahu dan sedar kita di tahap mana, perlu untuk ada keyakinan diri. Dalam pada itu, hanya dengan sedar kita di tahap mana kita akan dapat memberi komitmen sesuai dengan tahap yang kita ada. 
  • Ia memberi satu perasaan nikmat tersangat, apabila sampai satu tahap setelah jerih berusaha, kita buka mata dan lihat setinggi apa kita telah terbang dan sejauh mana kita sudah sampai. 
  • Walaupun kita berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dulu, pasti ada juga sesuatu yang cuba menjatuhkan. Cabaran yang tak terduga. Namun, buanglah kesedihan dan dendam pada perkara itu dan biarkan ia sebagai masa lalu. Lepaskan masa lalumu, demi hari muka yang gemilang, inshaAllah. 
  • Sekalipun kita hebat, kita kuat, atau di tahap apa sahaja kita berada, pohonkan pada tuhan, agar jangan kita meninggi diri, apatah lagi lupa diri. Kekallah merendah diri dan sedarlah diri kita ini tetap memijak bumi. Ingat pada tuhan. Kekallah tunduk pada Ilahi. Tetaplah rukuk dan sujud. Taat pada Dia, dan pilihlah untuk menjadi hati yang dicintai Dia.
*****

               Overall, honestly I found this song 5 star. Haha. I found that the lyrics is sooooo Masha'Allah inspiring seriously. It reminds me a lot about how I should be down to earth. I found the music is some kind of energizing. Well, I do hope to be a successful and well-mannered person somewhere someday. 
               Till then, please guide and always advice me on what I should do in my life.

P/S : berangan nak ada orang dedicate this song to me boleh tak. kbai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS