Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

UPM Story : After 14 Weeks

Alhamdulillah, I have safely completed my 14 weeks of lecture weeks in UPM for my first semester. 
I see that out of  10 chats, it will be around 8 to 9 asking me quite same question, how is my life in UPM. 

Jawapan : No pain no gain. 

Indeed.

Universiti dan matrikulasi bezanya memang jauh, dengan sekolah apatah lagi. 
Jujurnya aku sangat mensyukuri apa sahaja pengalaman yang aku ada sebelum masuk ke universiti ini walau sekecil apapun pengalaman itu. 


******

Pertama, kejutan budaya. 

Semasa di matrikulasi, MPP ialah keluarga aku. 
Dorm Zuhud keluarga aku. 
MKPM A keluarga aku. 
Mentee Cikgu Bahar keluarga aku. 
Geng Surau keluarga aku. 

Di sini aku sedang berusaha 'mencari' keluarga itu. 
Rakan seperjuangan untuk temani aku dalam perjuangan empat tahun ini setidaknya. 
Bahkan kalau boleh selamanya. 
Sepertimana persahabatan aku dengan teman rapat Badlishah mahupun KMK. 

Memang sakit apabila usaha kita kadangkala tidak bersambut. 

Boleh sahaja aku nak membenci terus tapi aku memilih tidak. 
Aku tidak akan buat begitu kerana aku takut Allah. 
Aku tidak mahu dipersoalkan kerana terlalu mudah berhenti menyambung silaturrahim. 
Walaupun di mata manusia aku kelihatan terhegeh-hegeh. 

Tak mengapa. 

Tidak akan aku buang kasih sayang yang tersisa walaupun marah itu ada.
Dulu hingga kini itulah aku. 



Walaupun bunyinya pelik, tapi aku optimis yang suatu masa nanti inshaAllah, usaha dan kesabaran aku itu akan mendapat pertolongan Allah. 
Hati orang yang kita sayang milik Allah. 


******

Kedua, perkembangan pelajaran. 

Alhamdulillah selepas 14 minggu ini aku sudah boleh menyatakan, aku suka dan minat kursus yang aku ambil ini. 
I fell in love with this course. 

Betullah Allah itu Maha Mengetahui. 

Aku tidak pernah tahu bahawa kursus ini akan begitu cocok dengan minat yang aku ada.
Aku jumpa pun sebab Google kursus double degree. 
Lalu aku rasa macam ok, dan aku pun tekan sebagai pilihan terakhir untuk pilihan kursus dalam 'Research University'.
Tiba-tiba memang ini yang aku dapat, dan aku datang sini kerana rayuan aku untuk ke USM Pulau Pinang gagal. 
Kalau difikirkan pelik juga aku tak dapat kursus TESL dengan kelayakan yang aku ada, bukan untuk dibangga tetapi itu yang terjadi. 
Ketika itu ada beberapa kursus yang digalakkan untuk merayu dan TESL salah satunya namun mungkin sudah tertulis tiada rezeki maka macam-macamlah jadinya. :)

Walaupun kursus ini bukan kursus Human Resource Development (aku pernah menulisnya dalam entri sebelum ini) ataupun Islamic Banking tetapi alhamdulillah aku mampu menerima. 
Aku suka belajar Pengantar Pembangunan Manusia. 
Aku suka belajar Kenegaraan Malaysia.
Aku suka belajar Demografi Sosial ... pendek kata semua subjek semester ini aku minat. 

Sometimes, indeed, I am worried about what's coming next since I am a social science student which is always facing various kinds of community sentiment. 

Tak kurang juga yang hairan kenapa aku pilih berada di sini ... kata mereka macam tak padan dengan apa yang aku ada.
Aku tak apa ... jujur aku boleh menerima sebab aku bahagia dengan apa yang aku ada. 
Aku suka apa yang aku belajar, aku suka struktur program aku. 

I am a social science student and I am happy about it.

Teringat kata Abang Raja Shamri, setiap batang tubuh kita ini, Allah dah tahu apa yang layak dengan diri kita.
Sebab itu kalau letak sekumpulan doktor anda akan dapati sama saja (lebih kurang) karakternya. Jururawat dan lain-lain pun sama. 
Allah nak bagi, dia dah tengok siap batang tubuh kita.

******

Ketiga, cerita tentang debat. 
Debate is still my thing, indeed. 
Apabila sampai ke sini aku semakin nampak betapa pentingnya ilmu debat dan betapa beruntungnya aku kerana pernah berusaha mendalami ilmu ini betul-betul.
Ketika kawan-kawan aku masih terkial-kial dalam research, segan-silu dalam presentation, belum dapat mengatur ayat untuk assignment report ... alhamdulillah aku ada sedikit kebolehan untuk membantu mereka. 
Tinggal saja aku mahu menggunakan kebolehan itu sejauh mana. 

Datang ke sini membuatkan aku terpaksa menguburkan my former position, third speaker. 

Sayang sebenarnya, sangat sayang. 
Malah aku rasa tak yakin sekarang apabila aku sedar prestasi aku tidak sebaik semasa aku menjadi seorang third speaker. 
Orang nampak baik sebab aku berada di kalangan orang-orang yang junior sesama junior. 
Kalau letak aku di pertandingan pun, aku tidaklah jumpa sangat dengan garuda. 

I have lost a little bit of my identity. 

Aku agak 'sesat' semester ini sebab aku tak tahu siapa patut aku contohi untuk menjadi second speaker mahupun first speaker yang baik. 
Aku tak jumpa karakter aku, menyebabkan aku mula mencedok karakter orang lain dan akhirnya menyebabkan otak aku tak berfungsi.
Aku terperangkap dalam zon 'siapa saya harus jadi' menyebabkan otak lari fokus. 

Dahulu, aku pernah lawan dengan SMK Ibrahim (3rd National Rank) dan SM Jitra (Jaguh Kedah), malah UTP (jaguh DTH) tetapi aku tidak pula rasa seperti sekarang. 

Namun taklah pula aku membenci orang kerana mengubah aku. 
Mulanya memang aku memberontak tapi yang pasti, aku jenis orang yang marah pada isu bukan pada orang. 
Marah aku, marah pada perbuatan bukan marah pada orangnya. 
Never. I know my roots.

Indeed aku bersyukur dengan ilmu berhujah yang aku dapat. 
Ilmu itu sebenarnya sangat berguna apabila aku buat pembentangan dengan dapat meminimumkan bunyi debat dalam nada suara. 
Bukan untuk aku riak ujub takabbur wana'uzubillahiminzalik, tetapi bersyukur apabila pembentangan aku dikatakan jelas oleh pensyarah dan mendapat markah penuh :)

Satu benda yang pasti, aku kena adaptasi dengan perubahan. 

I can still remember my concept and indeed KMK and MPP concept. 
MPP kalau tak puas hati sesama MPP sila jumpa depan dan settle baik - Presiden.
KMKu - bermusuhan jarang melebihi tiga hari, dan sentiasa jujur sopan dalam berdakwah.
Me - kalau ada masalah, face it and solve it ... bukan melarikan diri dari masalah.

Jujurnya, aku tidak pun rasa konsep-konsep kehidupan ini perlu dikorbankan.

It is all about maturity. 
Aku suka berkawan dengan orang yang lebih tua, lebih senior.
Aku suka berbual dengan orang-orang yang ilmu kepimpinannya tinggi atau apa-apa sahaja ilmu lain.
Aku belajar problem solving daripada orang-orang ini, orang yang sudah dewasa pemikirannya. 
I learnt from the grown up to do it in a matured way.

Semua lebih senang face to face. Itu yang jelas. 

Yang pasti walau apa ceritanya aku tidak mahu membuang pahala aku dengan tidak bertegur sapa melebihi tiga hari. Biar ego aku kalah sebab aku tahu pahala aku taklah banyak mana, dan aku bukanlah solehah mana berani memberi ruang untuk nabi tak mengaku aku umatnya. 

Pun begitu, nasihat demi nasihat, aku simpan semuanya.
Ada yang aku ambil, ada yang tidak. 
Apa-apapun, jujur aku sangat menghargainya. 

*****

Keempat, personal life. 

Aku masih belum ada komitmen perhubungan, itu yang pasti. 
Aku tidak pula jatuh hati di sini. 
Minat sehari dua itu biasa, tarikan fitrah tetapi taklah sampai kepada cinta. 

Namun yang pasti berada di sini buat aku lebih menghargai sesiapa yang aku temui sebelum di sini. 

Aku mula kenal dunia, kenal macam-macam orang dan ia buat aku jadi sangat mlienghargai sesiapa yang aku ada. 
Dan aku mula faham kenapa mama aku beriya nak menantu orang Kedah.
Aku rasa secara peribadi, aku pun hanya boleh masuk dengan karakter orang Utara. 

Mai sini chek nak bagi sebab kenapa chek senang dengan orang Utara. 

1. Orang Utara sifatnya jujur dalam berkata. Tak kisahlah lembut ke kasar, yang penting jujur Terkadang ada yang suka memendam, tetapi inshaAllah pujuk sedikit pun dia dah sudi bercerita. Setakat ini jarang aku gagal 'korek' dengan orang Utara. Jarang, bukan sentiasa. Hashtag aku bukan cangkul. 

2. Orang Utara sifatnya mengotakan apa yang dikata dan bertanggungjawab terhadapnya. Aku lihat ini jelas apabila berada dalam organisasi. Apabila memikul amanah dalam organisasi, walaupun mereka ini kadangkala garang tetapi mereka berusaha laksanakan tugas dengan sebaiknya. Mereka pikul tugas mereka.

3. Orang Utara sifatnya mudah memaafkan dan mudah bertolak ansur sebenarnya. Percayalah walaupun di mulut dia tegas atau paksa tetapi banyaknya marah-marah sayang. Marahnya sebab sayang, kadangkala bencinya pun sebab sayang. Malah, inshaAllah sukar untuk menapakkan dendam dalam hati orang-orang ini. 

Aku taklah pula buat generalisasi mudah mengatakan semua orang Kedah bagus orang lain semua jahat. Tak. Sesiapa pun kalau ikut akhlak Nabi inshaAllah baik semuanya :)

Kesimpulan awal : InshaAllah nak bawa balik menantu Utara untuk mama. Hahaha

Dan yang pasti, aku memerlukan orang yang LEBIH matang daripada aku. 


******

Keempat, cerita kepimpinan. 

Cerita tentang kepimpinan aku sedar yang aku ini manusia yang tidak boleh dicampak terus ke zon selesa begitu sahaja. 
Aku jenis manusia yang perlukan kesibukan. Sebabnya apabila aku tidak sibuk dengan kebaikan aku mula menyempat nak sibuk dengan perkara yang tak ada faedah pun sebenarnya. Retorik semuanya apabila kata nak fokus belajar.

Aku pula melihat kepada keadaan semasa yang memerlukan aku untuk kembali ke medan kepimpinan dan pengurusan nampak gayanya.

Aku diperlukan untuk menguruskan dan menambahbaik kelab yang aku pegang sekarang. 
Jujur aku boleh analisis pun semua masalah yang ada dan kesimpulan yang aku buat, mereka memerlukan sistem pengurusan yang baru dan perlu ditambahbaik. 
Kalau ikutkan boleh untuk aku menggunakan pengalaman kepimpinan dan pengurusan yang ada sebelum ini, aku boleh nampak dengan sedikit jelas apa yang perlu dibuat dan sebagainya bermula daripada pengurusan di peringkat atas sampailah kepada isu komitmen ahli. 




Atas permintaan dan juga hasrat untuk menambahbaik diri sendiri aku memohon untuk menyertai Kursus Pembangunan Sahsiah Mahasiswa (KPSM). 

Risiko menyertai kursus ini ialah mungkin terpilih untuk jadi MTM.
Namun aku sudah fikir habis-habisan dan aku memilih untuk tetap pergi. 
Selebihnya aku serah pada takdir kerana bukan semua pun yang sertai KPSM perlu jadi MTM tetapi hanya satu per tiga peserta sahaja.
Malah kalau terpilih pun masih boleh menolak. 

******

Kelima, isu kesihatan. 
Frankly I am not yet well.

Masih mengalami 'masalah' yang belum sembuh bahkan aku tak berani pun nak pergi berubat di tempat yang aku dengar daripada senior. 
Stamina aku memanglah tidak sekuat dahulu dan aku mudah hilang fokus. 

Namun aku kena bangun. 

Sebab itu aku pergi KPSM yang penuh dengan aktiviti fizikal itu walaupun agak mencari masalah namanya. 
Kalau aku betul-betul 'out' aku akan minta pengecualian. 
Dalam borang kesihatan awal-awal aku sudahpun isi semua sakit yang aku hadapi dengan jelas dan aku masih terpilih. 

Cz I know I have to be strong. 

Aku buat ini untuk debat juga sebab aku mahu membentuk stamina untuk perlawanan debat. Aku perlukan perkara itu. Jadi aku buat. 

If you want an outstanding outcome, put an outstanding effort :)









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UPM Story : Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat

Alhamdulillah, hari ni 22 Oktober 2014, jam 4.13 pagi.

Masa berlalu cepat betul sejak 1 September 2014, tarikh pendaftaran di UPM. 

Basically, I am happy enough with this.
Aku dah boleh terima pun pilihan Allah menetapkan aku berada di UPM ni. 
Aku bersyukur untuk takdir ini sebab aku rasa ini yang terbaik. 

I'm kinda feeling happy and falling in love with my course.

Aku sebenarnya berhajat nak ambil kursus double degree.
Maksudnya umpama kau dapat dua ijazah dalam satu masa.
Apabila aku google, aku jumpa kursus ini. 

Masa itu, sungguh cakap aku menyalahfahamkan Pembangunan Manusia ialah benda yang hampir sama dengan Pembangunan Sumber Manusia. 
Tup tup yang ini dapatnya, sungguhlah jodohnya aku dengan kursus ni.

Jadi hai adik-adik akak yang mana nak memohon nanti, mohon maklum bahawa Pembangunan Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia adalah TIDAK SAMA. 

Menurut Prof. Madya Dr. Rumaya Johari, pensyarah subjek Pengantar Pembangunan Manusia, Pembangunan Sumber Manusia sebenarnya sebahagian KECIL daripada Pembangunan Manusia. 
Menurut kawan aku yang memang dah kaji dan minta kos ini dan dapat, kos Pembangunan Manusia antara lainnya untuk jadi pakar kanak-kanak.
Basically, Human Development is a course that requires you to study about human from conception till death.

Kita belajar segala aspek pembangunan manusia, termasuklah kognitif, fizikal, emosi, pembelajaran, psikologi dan sebagainya. 
Secara amnya, kita graduan bidang sains sosial tetapi hakikatnya kau dan aku dan mana-mana manusia yang ambil kos ini tetap kena belajar subjek-subjek sains.
Tak percaya ? Mohon lihat gambar di bawah. 





Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Kita belajar teori-teori sains tetapi bukan sebagai pure science student. 

Bagi aku kursus ini agak bersifat allrounder. 
Maknanya kau perlu belajar semua aspek kehidupan manusia. 
Kau jugak perlu memahami ekonomi keluarga sedikit sebanyak.
Belajar keperluan rumah tangga dari pelbagai aspek. 
Kepentingan institusi keluarga. 
Perlu juga kau belajar Sains Komputer. 
Belajar Pembangunan Manusia ini juga dalam perspektif Sains, malah Islam. 

Bulan yang pertama, aku dan kawan-kawan memanggil kelas jurusan ini sebagai
KURSUS KAHWIN.


Antara bacaan tambahan untuk menambah pengetahuan dalam silibus. 

Pengajaran dan pembelajarannya macam ala-ala membentuk ibu bapa suami isteri mithali gitu. Haha. 
Serius ... kita belajar berkenaan keperluan perkembangan awal kanak-kanak, masa bayi apa yang dia perlukan, budak-budak 5-7 tahun, akil baligh dan seterusnya.
Kita belajar perkembangan kecenderungan seksual kanak-kanak sampai besar.
Kita belajar juga psikologi pembelajaran, maksudnya kemahiran apa yang dia pelajari mengikut peringkat umur.

Pesan Dr. Rumaya, kalau tak nak anak tu membesar pelat,
masa dia bayi jangan duk gatal bercakap dengan dia 
GAYA PELAT.
Ditambah lagi, bukan nak suruh awak cakap ala-ala bahasa peguam dengan bayi. 
Nada suara memanglah ala-ala comel penuh kasih sayang gitu. 
Cuma sebutan huruf kita biar betul. 
They learn from observation. 

Ok dah, bercakap gaya kaunselor perkembangan anak-anak. 
Kalah orang anak tiga. 
Punggah di situ ya, punggah. 

Dalam kursus ni, aku belajar juga pasal perkembangan peringkat dewasa. 
As I said, from conception till death.
Keperluan manusia dalam setiap peringkat umur dan apa kesan persekitaran juga genetik pada setiap fasa perkembangan. 
Namun dalam teori ini awal-awal dah ditekankan satu perspektif. 

HUMAN DEVELOPMENT IS VARIABLE

Tak sama perkembangan individu A dan B 100%. Tak.
Semua yang dipelajari ini sebagai garis panduan apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mendidik anak, mengurus diri dan orang lain. 

Tadi kan aku ada cakap, Human Resource Development adalah sebahagian kecil dari Human Development ?
Itulah dia, dalam Pembangunan Sumber Manusia, kau nak bangunkan dia sebagai entiti manusia yang produktif ... nak lahirkan pekerja yang hebat mudah cakap. Kau menguruskan kelompok pekerja. 
Itu namanya sebahagian pembangunan manusia, cuma Pembangunan Sumber Manusia lebih spesifik dan tertumpu kepada golongan sasaran. 

Tuntasnya, ecewah ... aku ada hati nak sambung Master dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia selepas habis ijazah. May Allah ease ... Aamiin.  

Akak akak, susah tak kos ni?
Jawapan standard aku , senang saja ... belajar mana yang tak susah ?
Krik krik di situ. Haha. 

Seperti aku cakap tadi juga, kos ini ada dua major. Major kedua ialah Teknologi Maklumat @ bahasa mudah sedikit ialah Sains Komputer.
Maksudnya kau akan belajar juga segala mak datuk programming, software engineering etc. 
Cumanya kita belajar tidaklah sedalam pembelajaran pelajar pure science computer. 

Kita ada dua kemahiran , pembangunan manusia dan juga teknologi maklumat. 
Tetapi bukanlah maksudnya kau ambil dua-dua kos secara dalammmmmm sangat. 
Tapi inshaAllah, kita ada kebolehpasaran dalam kedua-dua bidang. 

Cuma, kita akan mula silibus Sains Komputer pada semester ketiga. 
Pada masa inilah ramai akan mohon tukar program kalau rasa tak sesuai. 
Contohnya tukar kepada Pembangunan Manusia dan Pengurusan atau Pembangunan Manusia. 


Nak tahu senarai subjek perlu diambil ?
http://eco1.upm.edu.my/bspmtm.php 

Nak tahu briefing lagi?
http://adrianaizat.blogspot.com/2011/07/bacelor-sains-pembangunan-manusia-dan.html
Jujurnya, selepas buka link ni lah aku isi kos ni dalam borang UPU, dan panjang betul nampaknya jodoh aku dengan kos ini. Krik krik. 

Selebihnya mohon google. :D


Yang penting bagi aku, jaga pointer dan jangan lengai sangat di kampus. 
Mohon cari bidang untuk anda aktifkan diri dalam ko-kurikulum, satu. 
Mohon sertai program pemantapan diri dan kemahiran, dua. 

That will make ur campus life more beautiful ... and future after campus life too. 

Peace yea :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jaga Dia Untukku


Teringat seminggu dua sebelum musim nak keluar result upu, kerap layan lagu OST cerita pukul tujuh.haha.

"Tuhan, jaga dia untukku. Kalaku masih jauh, bagai menghitung resah berkepingan berderaian.
Tuhan,jaga dia untukku,selamanya ku ada, cipta syurga bersama,mendampingi menyayangi dia."

Nah, kan dah kena. Target kampus utara, tuptup ke selangor ke kita. Amikkau. Nanyi lagi Nanyi. Kan dah kena. Lain kali buat lagi. (macamlah ada kena mengena)

Seakan satu petanda bila ingat balik, yang aku akan dapat kampus jauh buat pertama kalinya seumur hidup (Padahalnya tak jauh mana pun. Bajet je lebih)

Alhamdulillah ala kulli hal.
Hayya 'alal falah. :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Bertunang : Rindu Tak Tercakap

Kisah 4 Syawal :)

Selamat bertunang untuk sepupu aku.

To be honest, semasa aku membesar aku macam hilang ingatan tentang masa kecik dengan saudara sebelah mak.
Aku tak tahu macamana jadi,tapi aku tak ingat sesiapa sampailah aku sekolah menengah aku diperkenalkan balik, aku terpaksa mengenali semula setiap seorang.

Kecuali Kak Syihah.

Aku ada satu-satunya ingatan tu.
Umur 6 tahun, rumah Tok, dia ajar aku buku mengeja yang kecik comel tu.
Aku suka duk dekat dengan Kak Syihah.
Satu-satunya ingatan yang aku ada.

Walaupun sekarang aku tak reti nak sembang panjang dgn dia,aku sama ja.

Sebak pulak satu-satunya sepupu yang kita ingat dah nak jadi milik orang.

Sayang kaksyihah :)







Sepasang sayang tak terlihat.
Membawa mimpi yang tersimpan.
Jadi rintik. 
Rintik hujan.
Menciptakan... 

Cerita Takdir yang Terindah, karya Tuhan yang esa :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tulisan Untuk Kawan: Strive For The Best



Bismillahirrahmanirrahim.

Dua tiga hari lepas, kawan lama PM ... terkejut jugak aku sebab dia jarang sangat nak PM aku.
Tapi sebagai kawan aku tahu ja sikit-sikit khabar dia.

Salute dia, sebab aku boleh nampak perubahan dia.
Nampak dah matang banyakkk berbanding dulu.

Hang buat aku rasa malu, sebab aku sendiri tak tahu, aku ni macamana.
Berubah atau di takuk lama.

Dia seorang sahabat yang tengah ambil STPM.
Naaaa ... I warn you first, jangan pandang rendah orang.

Regardless of STPM, Matrik, Diploma ke apa, itu rezeki dia.
Allah kata itu terbaik untuk dia, apa hak kita nak pandang rendah rezeki dia?
Sekurang-kurangnya dia nak sambung belajar, ada dalam niat dia nak berusaha dalam medan ilmu. Jihad tau tak medan ilmu tu?

Aku sokong hang,kawan.

Ok straight to the point. Dia tanya aku cara aku belajar masa kat sekolah dulu.
Entahlah, pada awalnya aku memang terkedu tak tahu nak jawab sangat.
Sebab aku sekarang tak layak sangat nak nasihat orang pasal belajar.
Tapi sebagai menghormati hasrat seorang kawan, aku kongsi apa yang mampu.

*******

1. NAWAITU + TARGET + CONFIDENCE

Tak nafi, dulu aku belajar pun niat tak adalah betul sangat. Ada jugak unsur belajar sebab nak periksa. Aku harap orang yang baca entri ni akan lebih hebat dari aku, lebih murni niatnya.

Study because of Allah, because you want Him to love you.
Study because of Allah, because you want to be able to help His deen.
Study because of Allah, because you want to have something to be shown in front of Him.

Study too, because you want to put smiles on loved ones' faces.
Because you want to prove yourself.

Whatever reasons, back to Allah.

Selepas niat, kena ada matlamat. Apa yang kita nak capai daripada pembelajaran kita.
Contohnya,kalau di peringkat kita ni pra university, kita nak capai tempat di IPTA/IPTS dalam bidang yang kita nak.
Untuk membolehkan kita dapat benda tu, ada syarat kelayakan. Boleh saja kita jadikan itu sasaran untuk buat yang terbaik. Ala-ala benchmark.

Ok, selepas ada nawaitu dan matlamat, kena ada KEYAKINAN yang kita mampu capai apa yang kita hasratkan. Mindset needs to be correct.
Kalau tak yakin, awal-awal lagi kita dah pesimis dengan apa yang kita rancang.
Tak sempat orang pandang rendah, kita dulu dah pandang rendah diri kita sendiri.
Tak eloklah macam tu.

Sangka baik dengan Allah. Yakin dengan Allah.
Allah sayang kita, mesti dia bagi yang terbaik untuk kita.
Walaupun kadang-kadang bukan apa yang kita harap,
tapi Allah dah tahu apa yang dia bagi tu lagi baik dari apa yang kita harap walaupun nampak macam tidak buat masa sekarang.

If you are able to dream it, you are able to achieve it, inshaAllah.

2. USAHA + FOKUS

Aku tergolong dalam kalangan manusia yang sibuk dan menyibuk masa di sekolah mahupun di kolej.
Bagus juga aku ada kesibukan, kalau aku lapang pun aku lagha.
Sungguh tak tipu, nikmat sihat dan masa lapang memang payah nak elak dari disiakan.

Schedule is always packed. Selagi nama pelajar, memang itulah hakikat.

Aku selalu pegang, JANGAN menyesal dengan masa yang lalu yang kita tak belajar, tapi fokus pada masa yang berbaki.
If last minute study is what is left, just DO IT.
Boleh jadi saat-saat yang tinggal tulah kesempatan untuk kita raih rahmat Allah.

Better late then never.

Waktu belajar, belajar. Go for it. Strive for the best.

Kenal diri sendiri, kita jenis yang belajar berkumpulan atau bersendirian.
Kena belajar malam ke siang.
Kena sunyi ke bising.

Yang pasti, jangan lupa sampaikan pada orang ilmu yang kita belajar.
Ini supaya kita dapat faham lebih dan ingat lebih, pahala pun lebih :)

Jangan kalut sangat nak habis khatam satu buku tapi bangun pagi satu apa pun tak faham.
Biar lambat sikit asalkan kita betul-betul tahu apa yang kita belajar.
Sekurang-kurangnya ada bahagian yang kita boleh jawab skor cantik.

Sebab tu, jangan study lewat sangat kalau kita lambat faham.

Whatever it is, study and focus. Natijah itu milik Allah.

3. DOA + TAWAKKAL

Setelah usaha, doalah banyak-banyak. Amalan pun biar bertambah, jangan cuma kuantiti tapi kena tambah kualiti.
Kuatkan diri dengan amalan yang bertambah.
Ini pun dulu aku tak ada sangat. Aku bukan makhluk tuhan yang kuat amal.
Kualiti pun aku tahu seciput.

Aku sampaikan juga, sebab aku nak pembaca jadi lebih baik daripada aku :)

Finally, tawakkal. Ingat natijah itu milik Allah.
Semua Allah punya.
Jangan henti berharap.

Walaupun kadang kita ni dah rasa kuat usaha, ingat Kunfayakun.

It happened to me when I fall sick during my final exam second sem matriculation.
Chemistry paper, which is the core subject for Science courses.
Yes I did cry but I won't blame.

Walaupun kadang kita ni dah rasa malu sangat nak doa dengan Allah mintak kejayaan sedangkan kita tahu usaha tak cukup, ingatlah rahmat dan kasih-Nya melebihi segalanya.

It happened to me too.
Ya aku tak sihat masa peperiksaan, tetapi aku malu nak harapkan keajaiban.
Tahu kenapa?

Sebab aku rasa komitmen aku pada pembelajaran TAK CUKUP.

Banding dengan kawan-kawan aku yang dapat 3.0 ke atas, masya-Allah, aku rasa malu nak minta Allah bagi PNGK sebegitu. Hanya aku bisik dalam hati, mengharapkan sedikit rahmat.

Allah dengar bisikan itu lalu dia perkenankan. Alhamdulillah. :)

******

Aku tak perform sangat semasa di matrikulasi berbanding rakan-rakan lama terutama yang sama-sama dari SMK Sultan Badlishah.
Tapi aku tak menyesal masuk matrikulasi :)
Aku tak menyesal pilih Kolej MARA Kulim.
Aku tak malu aku bekas pelajar situ.

Kerana di situ aku belajar banyak perkara yang lebih mahal berbanding 4flat yang Allah ambil dari aku.
Aku redha keluar dari bidang sains walaupun setakat ni hanya aku pelajar matrikulasi sains SMKSB yang minta kursus yang tak ada kena mengena dengan sains sebagai pilihan-pilihan teratas UPU dan USM Pohon.

No regrets. Aku hanya fikir bagaimana nak atur masa depan aku.
Bagaimana nak bangun dari apa yang telah berlaku.
Aku harap orang yang baca entri ni pun sama.
Tak ada guna kita menyesal atas kesalahan lama kita tapi tak bergerak untuk berubah.
Tak ada guna kita menyesal atas kejatuhan kita tapi kita tak bangun pun.

Kena langkah ke depan.
Kerana orang yang bangun dari kejatuhan itu hakikatnya orang yang terpilih :)
Allah tolak kita jatuh kerana Dia tahu kita mampu bangun.
Yakin.

Kalau kamu jatuh, aku pun jatuh.
Tapi kita kena bangun.
Aku pun perlu usaha bangun.
Without prolonged depression even things go wrong in our eyes.

Sebab aku tahu ini yang terbaik :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Handling Miscommunication

Bismillahirrahmanirrahim.

I happened to miss my friend, so I checked on her FB.
What I did was scrolling down her wall, reading through, just that.

And I'm kinda touched.

I did smile for our old posts with all that tags and shares.
Though in that smile, I know that that moments are being taken away from me.

And I realized the best way to calm yourself after a fight is to let yourself cool for a while.
After that, try to look back at all the memories made.

Perhaps you will find what you had and what was lost.
Perhaps you will find that little pieces of love and miss somewhere behind.
Perhaps you will find second chance to love again if the first one was broken. :)

I don't know what's with the readers, but to me, I am not the one who easily give up on love. Love for parents, friends or whoever.

I believe in miracles.

And this is why I love Pink's hit song, Just Give Me A reason.
Because it teaches you not to give up.

But if you happen to be forced to let it go and letting go is the best, then just walk away and move on without grudge.
Be sure to make it the last choice.

Though I am not married yet, I do read articles on marriage.
I do talk with older people about marriage.

I am not in a relationship yet, but I do read about relationships.
I talk about relationships regardless of age.

And I have learnt that relationship is a bed of roses.
It may smell sweet, looks pretty, but once you decide to lie on the bed, there are thorns awaiting.

And the only reason to stay on the bed is because of LOVE :)

Naaaaa this is not only in marriage or couples, but in every habluminannas.

You will fight, you will cry.
You do mistakes, you get angry.
You might say leave, but you will miss.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengenali Insan

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." 

Al Hujurat: 13

Saling taaruf, berkenalan.

Dan aku sedar banyak perkara dalam tempoh setahun dua ini.
Banyak sangat.

Mengenali insan bererti mengenali dua sisi.
Pertama, sisi baiknya.
Kedua, sisi gelapnya.

Aku merujuk pada diri sendiri.
Dan aku kongsikan tulisan ini, sekadar supaya semua tahu aku manusia yang penuh dengan khilaf dan salah.

Tapi untuk semua yang berdosa, harapan selalu ada.

Mungkin sesetengah orang beruntung kerana aibnya dijaga Allah, sehingga terlihat sempurna
sempurna.
Mungkin sesetengah pula orang pandang hina kerana terbuka aibnya.

Semua ada cerita yang berbeza.

Cantik itu ujian.
Kaya itu ujian.
Pangkat itu ujian.
Pintar itu ujian.

Setiap kelebihan itu ujian.

Sebab hidup ini pentas ujian.

Mengenali aku bererti mungkin kamu akan mendapat sedikit manfaat atas apa-apa kelebihan Allah berikan aku. MUNGKIN. Jikalau itu rezeki kamu.

Namun mengenali aku sedalamnya juga bererti mengenali sisi gelap diri ini.

Sikap-sikap buruk.
Kelemahan fizikal.
Kekurangan emosi.

Dan segala jenis kekurangan yang mungkin tak terzahir pada awal perkenalan.

Alhamdulillah kalau redha menerimanya.

Jujur aku tak minta kamu terima sepenuhnya buta tuli.
Itu bukan sayang namanya.

Terima aku,tapi didiklah aku dengan hikmah, dengan adanya perasaan ingin mendidik, tak sanggup melihat aku terjun ke neraka.

Mengenali insan bererti kamu kenal makhluk hina yang ada kelemahan kerana di masih hamba, waima betapa islamiknya dia sekalipun.

Kata-kata islamikku bukan bermakna
aku baik.
Itu hanya kebolehanku menyampaikan.
Setidaknya kalau aku tak mampu buat semua yang aku tahu, aku dapat galakkan orang yang mampu.
Dalam beribu orang yang membaca tulisan atau post aku,kalau ada SEORANG pun yang terbuka hati, itu pun dah cukup rahmat.

Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

Setidaknya cuba berhijrah walaupun terkadang agak lambat.
Bukan tak nak berubah, tapi sering lalai.
Bukan tak nak berhijrah, tapi sedang mengatasi rintangan.
Walaupun bunyi macam cakap tak serupa bikin.

Doakanlah.

Ya aku bersalah untuk kesalahan aku.
Aku khilaf untuk kata-kata aku.
Aku silap untuk perbuatan aku.

Sungguh aku minta dimaafkan.

Kepada semua yang mengenali aku.
Maaf bila diri tak sebaik yang dikata.
Itulah aku, insan tak sempurna.

Doakanlah aku berubah.

Wallahualam.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Settlement, Mahu Mula Semula

Assalamualaikum.

Girls, yang tahu hujung pangkal,
Korang tahu siapa 'dia' yang aku maksudkan.
Aku tulis public,sebab aku tak tahu siapa yang simpan perasaan bagai,Dan berapa ramai yang terkena.

Tak perlu cemburukan aku dengannya.
Sebab aku tak ada apa dengannya sejak mula.

Tak payah bencikan aku kerananya.
Bukan aku pun yang korang patut cemburu marah benci.

Tak perlu khianat aku sebab dia.
Sebab korang tak akan dapat apa-apa.

Tak payah gunakan aku untuk tahu pasal dia atau dekatinya.
Sebab aku dah tak tahu apa-apa,contact atas urusan sekali dua, kemudian tak lagi.

About feelings?
I just don't even want to care.

Jangan berhasad dengki dengan aku.
Korang tak tahu pun apa aku simpan di sebalik kejayaan dan kegembiraan.
Aku gembira tengok korang berjaya dan ada lorong line clear untuk masa depan yang korang harapkan.
Sebab sebagai kawan aku tak akan mendengki orang,insyaAllah.

Kita letakkan akal di hadapan,
jangan emosi ya. :)
Akal kita mampu kawal 9 emosi, insyaAllah.

I just want a real friendship again.
The time when friends are siblings.
The time when betrayal is a no.

Ukhuwahfillah abadan abada, please remember it all back.

Till then, I frankly say I let everything go.

Friends, I love you.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Catatan Untuk Awak : Satu Realiti

Assalamualaikum.

Catatan ini satu luahan dan permintaan untuk saya dan awak yang belum saya tahu siapa gerangannya.
Semoga apabila awak membacanya ketika saya akan bergelar tunangan awak, kita sama-sama jelas dengan apa yang kita cari.
Semua telah terancang.

Awak,
saya yakin kalau awak berhasrat meminang saya, awak tahu saya seorang anak tunggal.
Anak tunggal yang telah kematian walinya.

Maka,
yang mama ada cuma saya.
Cuma saya.
Untuk menjaganya, untuk membanggakannya, untuk mendoakannya dan untuk membahagiakannya.
Cuma saya.

Maaf apabila bunyinya keras. 
I will never marry someone who could not make her happy.
InsyaAllah.

Arwah ayah, datuk, pakcik dan semua orang kesayangan yang telah pergi, semua berharapkan bakti saya setelah mereka pergi.
Infak dari saya.

Saya berhajat untuk bekerja bukannya kerana gilakan wang semata. Bukan pangkat semata.

Tapi saya ingin memberi untuk mama.
Saya nak mama senang di hari tua.
Biar saya support belanja mama.
Biar kesihatan mama, makan pakai mama terjaga.
Dan andai mama sakit tua nanti, saya redha untuk berhenti kerja deminya.

Tapi saya ingin memberi untuk arwah insan-insan kesayangan.
Saya nak beri saham kepada mereka.

Bahkan untuk ibu bapa awak saya sanggup memberi sekadar termampu. 
Kerana bila saya pilih awak, saya pilih semua tentang awak termasuk ibu ayah awak.

Maka,
Saya harap awak seorang yang hormat ibu ayah awak.
Saya harap awak jaga makan pakai ibu ayah awak.

Sebab saya hajat awak didik saya jadi anak yang baik seperti awak.

Awak,
memilih seorang bakal suami bererti memilih seorang imam untuk sebuah kehidupan dunia dan akhirat.
Memilih awak bererti memilih nahkoda untuk saya.

Saya berharap agar kita tidak jadi buta, hanya memikirkan diri semata-mata.
Umat Islam perlukan kita.
Saudara kita kebuluran.
Saudara kita menderita terseksa.
Ramai tak merasa nikmat kita rasa.

Saya ingin jadi sayap perjuangan awak.
Saya ingin kita berbakti pada agama.
Saya ingin kita menjadikan syahid itu matlamat.

Awak, pelihara solat.
Dekatlah dengan rumah Allah.
Jagalah semua kewajipan.
Akrablah dengan Al-Quran.

Saya tak hebat pada amal. Maka sama-samalah kita saling lengkapi

Moga dapat kita lazimi Qiamullail dan dhuha sama-sama.
Moga dapat bina sebuah keluarga Al-Quran.
Dengan ada awak di sisi, moga kita dapat melakukannya.

Awak,
pun begitu bukan saya suruh awak di tikar sejadah 24 jam.
Tidak saya kata kerjaya awak sekular. Tidak.
Saya sokong kerjaya awak.

Kerana tiap kerja yang baik itu ibadah bila niat disandarkan kepada Allah semata.

Umat Islam harus kuat untuk menguasai teknologi, ekonomi, ketenteraan dan segala bidang.
Semua ini perlukan ilmuwan.
Ekonomi perlukan usahawan.
Ketenteraan perlukan pakarnya.

Selama kerja awak baik, saya akan sokong dan setia mendoakan.
insyaAllah. 

Awak,
realiti tak sama dengan mimpi.
Hidup bukan untuk material, tetapi material masih keperluan hidup.
Kita perlu pada kecukupan agar dapat memelihara kebahagiaan dan tarbiyatul aulad.

Maka,
Samalah kita usaha menggapainya.
Kecukupan tak datang bergolek,
Tetapi selama Allah bantu, tiada yang tak mampu kita hadapi.

Awak, 
Saya punya banyak kelemahan.
Saya bukan perempuan yang trang tang tang solehah depan mata.
Saya bukan perempuan kaya ilmu agama. 
Saya bukan perempuan yang mulia akhlaknya.

Mungkin saya mampu mengajak awak meninggikan agama,
tetapi saya tetap akan hormat imam saya dan berhajat pada awak untuk setia mengislah peribadi ini.
Maka maafkanlah khilaf saya, luruskanlah saya dengan hikmah.
Kalaulah saya terlanjur menyakiti, tegur dan betulkanlah saya.

Awak,
kalau suatu hari saya mungkir pada kata-kata ini, sampaikan kembali catatan ini untuk saya.

Bila saya salah, betulkan saya tapi jangan tinggalkan saya.
Pelihara agama dan maruah saya, semoga saya mampu berbuat yang sama.

Jangan tinggalkan saya di jalan neraka, tuntun saya ke jalan syurga.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ASEAN Exploration -Prolog



4.00 pagi.
7 Jun 2014.
Dalam bas Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

Asean Exploration IPMa 2014.

Alhamdulillah Allah sudi memilih aku berada di sini,
melapangkan masa dan kesihatan untuk aku menyertai program ini.
RezekiNya melayakkan aku di sini.

Basically, this is a kind of aktviti kemasyarakatan di peringkat antarabangsa kerana melibatkan negara jiran.

Kolej MARA Kulim hantar 10 wakil.
Saya dan Shasha Wani  Mohd Shukri, dua perempuan sahaja dari kolej kami.
Lapan lelaki termasuk 4 MPP ; Izzat, Aiman, Zulhilmi dan Azizi.

Peluang merantau ke negara orang untuk merasai kehidupan di sana selama enam hari (dua hari perjalanan) suatu yang sangat berharga, bukannya senang nak dapat.

Bagi saya yang bukan anak MARA semasa zaman sekolah, dan tersumbat masuk dalam keluarga MARA kerana mengikuti program Matrikulasi di Kampus Kolej MARA Kulim, this is a bless.

Sekarang dalam perjalanan ke Johor, akan naik feri dari Jeti Stulang Laut Johor Bharu. Feri jam 5.30 pagi insyaAllah.

Sesungguhnya Allah menyeru kita untuk bermusafir dan menuntut ilmu.

Masih terkesan dengan kata-kata yang aku dapat dari Kem Dai'e Muda Matrikulasi pada 5-7 Mei 2014 di Kolej Matrikulasi Selangor.

"Kalau Allah nakkan kebaikan dalam diri seseorang tu, nescaya akan dijadikan dalam hidup dia aktiviti-aktiviti macam ni (aktiviti agama ...."

Maka bersyukur kepada Ilahi, kerana Dia membenarkan peluang kepada diri kerdil ini untuk menjalani kembara ini.
Allah boleh campak aku di mana-mana tetapi dengan rahmat-Nya aku di sini. 

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

InsyaAllah, kalau dapat capaian internet yang baik dan bateri yang comel, aku nak catatkan ala-ala jurnal tentang pengalaman lapan hari ini. Moga diizinkan-Nya. Aamin.

Doakan keselamatan perjalanan ini, mudah-mudahan. 
May Allah bless.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahmat Ilahi

Assalamualaikum, salam jumaat.


Semalam, 5 Jun 2014. 
Tarikh keramat bagi semua pelajar MKPM batch 2013/2014.
Tarikh yang aku sedikit risau tapi telah aku redhakan.

Pengumuman Keputusan PSPM II.

Firstly, I am not a 4flatter.
But to be honest I am really thankful enough with what I have got.

Allah tahu saya macamana waktu exam final itu.
Sungguh, Allah saksi segalanya.
Biarpun mungkin tak ada yang faham dan percaya, saya dan Allah mengetahui.

Waktu itu lagi saya dah kata, saya redha dengan Allah.
Saya terima apapun natijah daripada exam itu.
Bahkan saya hanya berdoa supaya tak perlu mengulang, sebab saya sedar banyak yang perlu dihadapi kalau terpaksa mengulang.

Alhamdulillah.
Allah itu Maha Pengasih.
Allah itu Maha Penyayang.

DIA tahu saya tak nak kecewakan sesiapa. 
DIA tahu saya tak nak sesiapa disalahkan kerana saya.
DIA tahu saya nak pelihara maruah dan perasaan orang-orang penting dan yang saya sayang.

Apa yang saya mahu tika itu, sesuatu yang semua orang dapat redha.
Itu pun sudahlah. 

Alhamdulillah.
Allah mendengar isi hati hamba yang hidup segan mati tak mahu ni.
Amal tak banyak tapi songeh yang banyak.

PNGK 3.41.
Lulus dan tamat pengajian.

Satu yang saya pelajari, percayalah dengan rahmat Allah.
Allah ada, Allah dengar kata hatimu sayang.

Saya hantar mesej pada mentor saya,

"Assalam ckgu..sy xcheck lg result sy,check lambat sikit kot sbb kna gi berubat lg pagi ni..tapi saya tawakkal dah..sy pun dh bgtahu ckgu apa jd.skurg2nya sy hrp klau mmg xde rezeki sy nak preform exam ni un xda mana2 pihak disalahkan dkutuk, mpp ke apa..klau ada kslhn un kslhn tu dtg dari diri saya bukan org lain. Trimas ckgu sbb ajar sy :))"

Paste straight dari handphone.

Hanya Allah tahu perasaannya bila keputusan saya semak. 
Terasa Allah sayang sangat pada mama.
Mama yang amat berharap anaknya dapat 3pointer ketika anaknya tak harap apa-apa.
Hilang semua sakit saya waktu baca keputusan
Berair mata ni.

Allahuakbar.

Memang result jatuh berbanding semester 1.
TAPI saya syukur.

Kerana kalau ikutkan saya tak layak mendapatnya kalau bukan rahmat Dia.

Allah tahu.
Allah bagi apa kita perlu.
Allah bagi sebagai lorong kepada jalan seterusnya.

Yakin rahmat Dia ya :')

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).  (An-Naml : 62)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Patah Sayap

Lagu ni buat aku sebak. 
Seakan bercerita tentang semua yang berlaku dalam tempoh 2014 ini.

Tapi pada hujungnya, Allah kan ada. 
Mama ada. 
Tanggungjawab ada. 

Walaupun sekarang sukar aku percaya semua yang terjadi. 
Tapi Allah pemilik jalan keluar.


Patah Sayap : Nadia Aqilah 

Kerinduan dalam hati

Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Sumber >> Nadia Aqilah - Patah Sayap | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS