Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Appreciate

Saya rasa bosan sampai naik emosi. Serius.

Abah dialisis 3x seminggu. Kami tak boleh pergi bercuti banyak hari. Jealous tengok orang pergi bercuti. Kalau ke pulau mana-mana lagilah jangan harap, yang tu dah bertahun-tahun tak boleh. Sebab feri.

Ok orang akan cakap kenalah terima dah takdir hang macam tu. Tu ayah hang. Blablabla.

Tapi hati mesti ada gak rasa boring, sedih segala kan??

Aku just...bosan. Bosan sampai nangis.

Tau tak, aku sangat super duper rindu masa pergi MSSK 2011 dan MSSK 2009. 2011 aku dapat enjoy jalan-jalan di Langkawi dengan kawan2! 2009 terlalu banyak ertinya dalam hidup aku. Ya Allah, rindu sangat waktu tu.

Aku bukan orang hebat dalam catur. Sampai di MSSK dan dapat 3poin dari 6 adalah yang terbaik pun. Itu saja. Tapi aku terlalu hargai nikmat dengan kawan-kawan yang aku dapat daripada chess.

They are irreplaceable.

Don't mess up dengan bahas k. Bahas satu lagi cerita.

Sudahlah. Nanti hilanglah rasa emo ini. Abaikan :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blackberry For Formal Work And Social Life :)

Alhamdulillah, rezeki.
Dapat Blackberry Curve 9320 hasil memujuk mama. Setakat ini guna dalam sebulan lebih.

Dan saya akan recommend kepada semua yang memerlukan sistem komunikasi yang efisien. Untuk penulis dan blogger, I'd say bravo, this is for you!

Kenapa Blackberry?

1.Kerana BBM. Rasanya semua pun tahu fasal ini. Apa ya beza BBM dgn instant messaging yang lain?
*Orang tak boleh add sembarangan melainkan kita bagi dia PIN kita. Privacy.
*Boleh send fail dgn cepat. Tak kira apa jenis fail. Yang ni agak penting untuk saya.
*Terus terang, bagi saya BBM tak terlalu makan bateri, berbanding dengan yang lain, hatta Facebook Chat.

2. Kerana sistem e-mel yang sangat mudah dan efisien.
*Boleh buat e-mel secara pantas di telefon dan terus hantar.
*Penerimaan e-mel pun cepat. InsyaAllah memang tidak miss e-mel urusan penting.
*Ha, to bloggers, bolehlah update blog dengan guna e-mel BB.
Setakat ini saya berurusan dengan e-mel sepenuhnya melalui BB. Jarang guna yang lain melainkan ada masalah sedikit, itu pun kerana saya tidak faham thread e-mel waktu itu -.-

3. Urusan menulis jadi lebih senang. Serius. Dengan aplikasi Documents To Go yang sudah sedia ada dalam BB, boleh terus buat dokumen manuskrip dan sebagainya. Excel dan Powerpoint pun boleh tetapi saya tak guna. Format dan setting pun agak mudah. Sekejap sahaja sudah boleh cekap. :)

4.Internet speed sangat baik. Saya cadangkan, jika tidak mampu dapatkan yg ada 3G, yang 2G pun sudah baik. Kelajuannya boleh diterima. Kalau compare dengan 2G pada model lain, memang ada beza.

5.Jimat. Serius, bayar rm25 paling murah sebulan untuk Celcom, dan saya bebas hantar e-mel, browsing, download, guna BB App World, dan kuota browsing ialah 250MB. Jangan risau, compression data BB sangat baik. 250MB dah lebih dari cukup sebenarnya. Saya rasa kuota saya belum pernah habis. Kawan saya yang dah lama guna BB pun cakap belum pernah habis 250MB itu. Dan percayalah, once dah guna BIS, penggunaan kredit kurang. Hmm, install Viber dan Whatsapp untuk contact non-BB user kerana Viber untuk BB tak boleh buat call :(. But remember ya, whatsapp is free only for one year. Still, viber is in progress of enabling free call for BB. Itu apa yang dikatakan kalau ikut maklumat di BB App World.

Oh ya! FB, Twitter dan BBM is unlimited untuk pakej celcom sebulan rm25 ini.

Tetapi, biasalah, kekurangan ada pada setiap handphone. Tak ada yang perfect.

*Kaki Game-lupakanlah. Merana nanti apabila tak dapat main game kegemaran. Melainkan kalau anda ada PSP atau any other device yang boleh guna untuk main game. Anyway, game Word Mole dalam BB best!
*User interface dalam browser kurang memuaskan sedikit. Agak old fashion terutama Facebook. Ok mungkin hanya untuk sesetengah sahaja, kerana saya guna model Curve. Saya tak tahu bagaimana dengan model Bold.
*BB akan mula hang apabila Facebook anda banyak rakan, banyak apps dan aplikasi banyak buka serentak. Ok ini normal, tetapi bagi Facebook dalam BB saya agak bermasalah. Entah. Mungkin model saya saja, mungkin yang lain juga.
Saya masih kurang mahir guna Facebook dalam BB =="

Saya rasa untuk pengguna yang serius dengan e-mel, dokumen, dan banyak guna BB untuk urusan penting, ada baiknya guna BB siri Bold. Kalau saya, saya akan tunggu Blackberry 10, tetapi tetap memilih yang ada keyboard. Trust me, keyboard memudahkan kerja untuk e-mel dan sebagainya. Keyboard pada BB sangat berguna untuk macam-macam shortcut yang sangat susah didapati pada touchscreen! Anyway, it still depend on preferences and needs. Mungkin BB touchscreen memudahkan gaming kan? Up to you :)

Ok sudah panjang berleter daripada pengguna baru Blackberry. Saya beri 7/10 kalau disuruh buat rating. Sebenarnya saya belum betul-betul faham cara memaksimumkan penggunaan BB. Jadi akan adalah soalan yang saya kemukakan di blog ini dan hebahkan nanti. Terima kasih :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Palestin, Cinta dan Kita

"Ya rabbi, budak ni! Duduk diam-diam boleh tak? Aku nak baca buku pun susah. Asyik bersilat sana-sini,terjerit-jerit pula,"tengking Haris mematikan kebisingan suara adik lelakinya, Adli. Dia paling pantang jika ada yang buat bising semasa dia membaca buku, biarpun yang dibacanya saat itu cuma komik.

Adli yang masih mentah fikirannya itu kelihatan takut-takut. Dia tahu abangnya sudah marah. Dia cuma mahu berlatih. Salahkah?

"Abang marah Adli berlatih silat?"Adli menyoal perlahan. Pandangannya tidak tentu arah. Sekejap memandang Haris dan sekejap lagi menekur lantai.

"Silat gaya apa kau buat tadi? Terjerit-jerit. Tok belum ajar kau silat, solat pun tak betul lagi. Tok ajar Kak Leha dan Abang Zaid adalah,"marah Haris nampaknya belum reda. Cuma nada suaranya sahaja tidak setinggi tadi.

"Itu sebab Adli belum cukup handal. Adli nak latih lagi. Adli nak jadi kuat, macam tok. Adli nak pergi Palastin, Adli nak bunuh orang jahat yang bunuh kawan-kawan Adli. Adli nak jerit kuat-kuat, biar musuh takut. Adli kena latih lagi, baru Adli boleh pergi sana. Adli nak lawan Yahudi,"petah Adli berbicara. Menyebut Palestin pun masih salah, tetapi semangat juangnya sudah tinggi. Sejak menonton berita bersama datuk semalam, Adli begitu bersemangat mahu menjadi kuat.

"Abang tak mahu lawan juga?" Haris terkedu. Wajah Adli dipandangnya lama- lama. Suci dan bersih wajah itu membayangkan kejernihan hati tanpa noda.

Anak kecil berusia lima tahun itu kelihatan takut apabila abangnya membisu, malah memerhatikannya begitu. Air matanya mula bergenang. Esakannya mula kedengaran. Dia takut Haris akan memarahi dan memukulnya.

Haris serba-salah. Ibu tiada di rumah untuk memujuk Adli. Dia pula memang gagal kalau bab-bab memujuk. Mujur subjek Memujuk tiada dalam silibus SPM yang akan didudukinya tidak lama lagi. Kalau tidak rasanya dia orang pertama yang diumumkan tidak lulus subjek tersebut.

Akhirnya, Haris mendekati Adli dan duduk di hadapan anak kecil itu. Kedua-dua tangannya memegang bahu Adli.

"Aik, tadi kata nak musuh takut? Musuh nak takut bagaimana kalau Adli asyik menangis? Nanti mereka ingat Adli takut akan mereka. Pejuang Islam mana boleh menangis begini. Hero Islam kena kuat,"pujuk Haris. Mati kutu dia dibuatnya. Tidak tahu merangka ayat memujuk, itu memang kelemahan. Adik aku ni patut beri siren tiga jam lebih awal kalau mahu merajuk supaya sempat aku hendak drafkan skrip memujuk,fikir Haris.

Laju sahaja tangisan Adli terhenti. Segera anak kecil itu mengesat air matanya dengan telapak tangan sendiri, agak kasar perlakuannya itu. Nampak benar dia sedang bertegas dengan diri sendiri. Pesan Abang Haris tersemat kemas di dada. Hero Islam kena kuat!

Bagi Adli, Abang Haris ialah heronya yang mengajarnya semangat untuk kuat. Abang Haris orang yang kuat. Dia sayang dan kagum akan Abang Haris.

Namun bagi Haris, adiknya itulah sebenarnya hero. Adiknya itulah sebenarnya pejuang. Adiknya itulah yang patut dikagumi. Biarpun usianya terlalu muda, tubuhnya kecil dan fikirannya masih mentah, namun semangat juangnya terlalu tinggi.

'Ya Allah, moga aku dapat jadi sekuat, malah lebih kuat daripada adikku itu, agar aku mampu menjadi contoh untuknya dan keluargaku. Berikan kepadaku dan dirinya syahid di jalan-Mu.'

*********

"Umi, kenapa Adli kena baca buku? Ajarlah Adli lawan-lawan. Adli nak jadi kuat macam tok,"rungut Adli semasa Puan Zarina mengajarnya membaca. Riak wajahnya jelas menggambarkan kebosanan.

Puan Zarina memahami perangai anak bongsunya itu. Anak-anak kecil seusia Adli sememangnya gemar bermain. Agak sukar hendak mengumpan mereka untuk menjadi ulat buku, apatah lagi anak lelaki. Dia perlu bijak dalam menawan hati si kecil itu.

"Adli, kenapa Adli nak jadi kuat?"

"Adli nak pergi Palastin. Adli nak lawan orang jahat. Adli tak ada senapang. Adli kena pandai silat!"

Puan Zarina tersenyum. Kepala anak kecil itu diusapnya perlahan. Dia bangga akan semangat si kecil itu. Dia faham, Adli mewarisi semangat perjuangan daripada Tok Ki, datuknya yang merupakan guru silat. Teringat dia akan kata-kata Tok Ki,

"Ina, aku ini guru silat, tapi aku tak dapat buat apa-apa untuk Islam. Aku orang kampung, tak dapat ke Palestin. Jangankan Paslestin, KLIA pun aku tak sampai. Aku tak dapat berjuang sedangkan di sana, budak kecil pun sudah syahid. Ina, kalau aku ini tak dapat syahid aku harap sangat cucu aku mencapai syahid!"

"Adli, kalau mahu jadi kuat tak semestinya dengan bersilat. Baca buku pun boleh jadi kuat juga,"umpan Puan Zarina. Anak kecil itu ditarik, dibawa duduk di atas ribanya.

"Baca buku boleh jadi kuat?"

"Ya, baca buku,"wanita berusia 38 tahun itu mengangguk. Dia suka apabila anaknya bertanya dan melopong kehairanan. Itu tandanya ada sifat inkuiri yang mendalam.

"Hmm, Adli teringin hendak guna senapang sebab boleh jadi kuat kan?"

Adli mengangguk beberapa kali. Bersungguh-sungguh benar anak kecil itu.

"Kalau boleh jadi kuat kerana guna senapang, maknanya senapang itu hebat. Betul?"

Angguk lagi. Tidak sabar-sabar Adli nampaknya.

"Jika senapang hebat, orang yang cipta senapang tentu lebih hebat kan?"

Kali ini Adli diam agak lama sebelum mengangguk lagi.

"Yalah kan? Orang pandai yang cipta senapang. Kalau tak pandai mesti senapang itu sudah meletup dan musnahkan muka dia dulu. Betul tak,ibu?"

Jawapan lurus Adli membuatkan Puan Zarina tergelak. Kelakar juga imaginasi anak aku ini, bisik hatinya.

"Pandai pun anak ibu. Sayang Adli,"kucupan mesra dihadiahkan untuk Adli. Adli mengukir senyuman lebar. Seronok benar dia apabila ibu mengatakannya pandai.

"Jadi, Adli pun kena jadi pandai. Barulah Adli boleh cipta macam-macam benda untuk bantu orang Palestin. Adli boleh kan?"

"Boleh!"Adli laju menjawab. Wajahnya yang tadi nampak bosan sudah berubah. Kini semangatnya berkobar-kobar.

"Hmm, walaupun Adli sudah pandai nanti, Adli kena ingat, jika manusia pandai, Pencipta manusia mesti lagi pandai. Siapakah yang cipta manusia?"

"Allah!"


******

Lima belas tahun berlalu, kini Adli dan Haris sudah dewasa. Haris kini bekerja sebagai seorang pensyarah, sudahpun berkahwin dan memiliki dua cahaya mata sementara Adli kini masih belajar di politeknik. Mereka berjihad di jalan masing-masing.

Tok Ki telah lama meninggal dunia, namun sempat mengajarkan semua ilmu persilatannya kepada Adli dan Haris. Dia selalu berpesan kepada dua beradik itu agar menjadi orang-orang yang cinta akan mati syahid.

Puan Zurina dan suaminya pula kini telah tua. Tubuh mereka bongkok dimamah usia. Suaminya kini lumpuh. Adli yang masih belajar tidak tinggal di asrama politeknik kerana ingin membantu ibu bapanya itu.

Pada suatu pagi Jumaat, Haris menerima sebuah e-mel daripada rakan pensyarahnya. E-mel itu merupakan undangan untuk menyertai misi penyelamat di Gaza, Palestin. Bersama e-mel itu disertakan beberapa gambar realiti kekejaman Israel di sana. Foto yang menyayat hati malah mengerikan itu meruntun jiwa Haris. Menitis air mata lelakinya.

Dia makan pizza, burger, hot dog, mi, nasi dan pasta. Boleh dikatakan semua makanan pernah dia cuba. Kanak-kanak di sana entah cukup makan entahkan tidak.

Dia keluar bercuti saban bulan. Masih ada waktu untuk dia pulang menjenguk ibu bapa. Anak-anak di sana menyambut cuti dengan bunyi letupan bom yang menusuk pendengaran. Anak-anak di sana melihat sendiri kematian tragis ibu bapa malah meratap di tepi mayat ibu bapa sedangkan kadangkala mereka belum pun faham, apakah makna mati?

Dia di sini menghabiskan masa bersembang dan menonton bola sepak. Anak-anak di sana? Hidup dan mati menjadi bualan.

Enggan membuang masa, Haris mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Adli. Peluang hebat itu mahu dikhabarkan kepada adiknya. Sejak kecil Adli terlalu cinta akan perjuangan di Palestin. Inilah peluang untuk menggapai impian itu!

"Assalamualaikum, Adli. Abang ada hantar e-mel kepada kau. Bacalah. Jika kau mahu, beritahu abang. Abang akan daftarkan nama kau sekali,"ujar Haris sebelum mereka menamatkan perbualan. Azan zuhur sudah berkumandang. Seruan Ilahi perlu disahut.

******

"Maaf, abang. Saya rasa lebih baik abang sahaja yang menyertai misi penyelamat itu. Saya tidak mahu,"

Terdiam Haris mendengar jawapan itu. Adli sudah berubah fikiran,begitu sangkaannya Haris.

"Biar betul kau ni, Adli. Kau sudah berubah fikiran ya? Jangan lari dari perjuangan, Adli. Islam perlukan kita. Kau nak jadi pejuang kan? Kau nak memburu syahid kan? Kau sudah lupa semua itu?"

Kedengaran desah nafas Adli di hujung talian. Adik lelaki Haris itu sedang mengumpul kekuatan untuk menyuarakan isi hatinya. Impian tetap impian. Hatinya tiada berubah.

Adli bukanlah seperti lalang, terumbang-ambing ditiup angin. Namun Adli bukannya kerikil, keras tidak dapat dilentur.

"Abang, ibu dan ayah sudah tua. Mereka bergantung harap pada kita berdua. Andai ditakdirkan kita ke sana, dengan siapa hendak Adli tinggalkan mereka? Itu belum dikira sekiranya kita meninggal dunia di sana. Ibu dan ayah hendak tinggal di mana dan dengan siapa?"

"Adli, soal hidup dan mati bukan urusan kita. Ajal maut ini urusan Allah. Kau jangan berundur kerana takut mati, Adli. Mati berjuang di sana insya-Allah husnul khatimah,"pujuk Haris namun suaranya agak meninggi. Dia tidak suka adiknya berundur sebelum berjuang. Ini bukan Adli yang dahulu!

"Ya. Adli faham. Namun pada zaman Rasulullah dahulu pun, baginda pernah melarang seorang pemuda yang ingin ke medan perang kerana pemuda itu mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan bergantung kepadanya pula. Dalam kondisi Adli, ibu dan ayah, maaf, Adli rasa belum masanya Adli keluar berjihad. Abang pergilah. Adli ikut dengan doa. Semasa abang bermusafir dan berjihad nanti, Adli harap abang sudi doakan Adli. Mudah-mudahan ada lagi peluang untuk Adli berjihad nanti,"jelas penyampaian Adli.

Jujur, ini bukanlah pengorbanan yang senang untuknya. Ke Palestin hajatnya. Memburu syahid impian hati. Sejak dia pandai menunaikan solat, sentiasa dia berdoa selepas solat, mudah-mudahan dia dapat ke Palestin dan syahid di sana.

Cemburunya tidak terkira mendengar perkhabaran saudara seislam yang syahid. Mungkin orang lain simpati, namun seksa itu hanya di dunia. Syurga yang menanti kekal sampai bila-bila.

"Adli, kau memang anak yang baik. Sejak kecil, kau selalu buat abang berfikir panjang. Benar kata kau. Abang pentingkan diri sendiri, padahal abang anak ibu dan ayah juga. Malah abang ada anak dan isteri. Abang tidak patut terburu-buru. Kak Zah kau pun belum tahu sebenarnya perihal misi penyelamat ini,"

"Abang, janganlah kerana Adli cakap begini, abang hendak batalkan hasrat murni abang itu. Tidak ada salahnya abang hendak berjihad. Adli mampu menjaga ayah dan ibu, insya-Allah. Adli anak lelaki, hero Islam. Abang kan pernah berkata, hero Islam kena kuat? Abang perlu kuatkan hati untuk berjihad dan Adli di sini kuatkan hati dan diri untuk menjalankan tanggungjawab Adli sebagai seorang anak."

Haris terkejut. Tidak sangka kata-katanya itu masih melekat di ingatan Adli. Dia hanya berkata begitu kerana mahu adik kecilnya berhenti menangis. Langsung dia tidak menduga pesanannya itu tersemat kemas di dada adiknya hingga dewasa.

Selepas menamatkan perbualan, Haris menyambung tugasnya. Namun, hatinya tidak sabar-sabar menunggu waktu untuk pulang ke rumah. Dia mahu menceritakan segala yang diajar oleh adiknya kepadanya untuk pendengar setia di rumahnya, isteri solehah bernama Faizah.

******

"Abang pergilah. Zah akan tunggu dan doakan Abang di sini bersama anak-anak. Zah hendak juga dapat pahala perjuangan itu walau tak sebanyak orang-orang yang pergi sendiri. Mudah-mudahan rezeki kita bertambah berkat,"jawapan itu yang diberikan oleh Faizah sebaik sahaja suaminya selesai bercerita. Tidak kelihatan riak marah di wajah itu.


Faizah bukanlah wanita cantik yang mampu menarik hati sejuta lelaki. Wajahnya hitam manis tetapi agak berjerawat. Dia bernikah agak lewat, itupun Harislah lelaki pertama yang menyuntingnya atas pertolongan seorang ustaz yang ingin menyelamatkan nasibnya daripada bergelar anak dara tua.

Sehingga kini, dia terlalu bersyukur akan jodohnya. Hanya satu doanya, semoga dia akan dapat menjadi isteri yang menyenangkan suaminya dan menjadi pendorong utama suaminya untuk berjihad malah memburu syahid.

"Zah benar-benar tak kisah abang pergi? Jika abang tak pulang lagi, bagaimana? Zah betul-betul tidak akan rasa sedih?"Haris menyoal memohon kepastian.

"Kalau ditakdirkan abang tak pulang, Zah doakan semoga abang syahid di sana. Zah akui, Zah pasti sedih andai kehilangan abang tetapi Zah meredhainya. Hajat Zah sejak dahulu lagi, mahu membantu suami memburu syahid. Cuma Zah ada sedikit permintaan,"Faizah tersenyum biarpun air matanya bergenang. Sedih memang sedih, tetapi biarlah banyak menangis di dunia, jangan di akhirat.

"Apa?"

"Pertama, abang mohonlah restu ibu dan ayah abang. Ibu abang lebih utama daripada Zah. Kita pulang ke kampung esok ya?"

Tersentak Haris mendengar bicara itu. Dia terlupa berkenaan perkara penting itu. Anak lelaki sepatutnya mengutamakan ibu biarpun setelah berumahtangga. Anak perempuan yang perlu mengutamakan suami setelah bersuami.

"Kedua, abang ampunkanlah semua kesalahan Zah dan halalkanlah segala makan-minum Zah. Andai abang ditakdirkan syahid di sana, Zah takut tidak sempat mohon keampunan abang."

Haris mengangguk. Sayu hatinya mendengar bicara itu. Faizah tidak berdosa sama sekali dengannya. Jika ada pun tidak sampai kemarahannya mengatasi kasih sayang dan keredhaannya pada Faizah. Susah senangnya Faizah ada bersama.

Syukur,Allah kirimkan untuknya bidadari yang kurang indah rupanya di dunia namun terlalu indah pekertinya. Haris tidak pernah berasa ralat menerima pilihan ustaznya. Di akhirat kelak, pasti Faizah dijadikan ketua bidadari yang paling indah rupanya. Itupun sekiranya dia sendiri cukup amal untuk menjejaki syurga dan mendapat layanan bidadari itu.

******

"Ibu betul-betul pasti hendak relakan Haris pergi? Mungkin Haris pergi tidak kembali. Ibu sanggup hadapinya?"

Menitis air mata Puan Zarina. Ya, dia rela dan redha anaknya keluar berjihad. Namun hati ibu mana yang tidak sedih memikirkan kemungkinan akan kehilangan anak selamanya? Terasa baru semalam dia mendukung bayi sulungnya yang baru lahir dan dimaklumkan bahawa bayi itu bayi lelaki. Kini dia mungkin akan kehilangan anak itu buat selamanya.

"Sudahlah. Jangan tanya banyak lagi, Haris. Ayah hendak kau pergi. Ibu pun sama. Kau doakanlah kami sihat walafiat di sini. Jangan fikir banyak. Ayah tidak mahu kau buang masa menangis di sini,"keras suara Encik Kassim. Terkejut Haris mendengarnya tetapi dia akur. Dia tahu, jika ayahnya bersuara keras seperti itu dia perlu menurut.

Jauh di sudut hati,sebenarnya Encik Kassim hanya mahu memastikan Haris tidak menarik balik keputusannya. Dia tahu Haris lemah jika melihat Puan Zarina menangis. Biarpun suaranya keras, sebenarnya Pak Kassim turut merasakan kesedihan isterinya.

Sebelum melangkah pulang ke rumah, Haris meninggalkan sepucuk surat untuk Adli. Di hadapan sampul surat itu ada tertulis,

"Jangan baca surat ini hingga abang tiba di sana, insya-Allah."

******

Selesai sudah kenduri kahwin Adli dan Faizah. Ramai yang gembira, tidak kurang juga yang mengeji. Malah ada yang tertanya-tanya, mengapa lelaki setampan Adli yang belum pun tamat pengajian, sanggup menikahi Faizah, janda beranak dua yang sudah hampir 40 tahun usianya?

Ya, Haris telah mencapai hajatnya, syahid di Palestin. Isi suratnya dahulu meminta Adli menikahi Faizah jika dia syahid, kerana mahu memelihara kebajikan isteri dan anaknya. Biarpun acapkali Faizah bertanya punca Adli sanggup menikahinya,isi surat itu tetap dirahsiakan demi menjaga hati Faizah.

"Biarlah orang mengeji, asalkan saya cinta dan redha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Sudah Dapat Kerja! ^^

Alhamdulillah, sudah dapat kerja untuk mengisi cuti panjang ini.

Agak-agak kerja apa?

*Budak yang tak pandai dukung baby pun.
*Budak yang boleh dikatakan sentiasa bagi baby nangis sebab keras semacam bila dukung (menurut seorang makcik)
*Budak yang kasar, keras kedekang
*Budak yang tak ada pengalaman langsung bab-bab jaga baby
*Dan budak ini akhirnya dapat kerja sebagai GURU TASKA :D

Saya dapat kerja sebagai guru taska di Kulim Utama. Entahlah, mungkin rezeki di sini. Saya pun tak percaya sebenarnya.

Tugas saya:

1. Mengasuh bayi kecik. Setakat ni bayi 3 bulan, 2 bulan, dengan sebulan. Kira setakat ni tahap bayi yang kalau dukung perlu sokong kepalanya sebab tengkuk belum kuat.

2. Jaga budak-budak. Umur yang ada setakat ni bawah 4 tahun semuanya. Ada seorang tu namanya Alif, kacak! Masalahnya nakal teramat. Haha.

3. Ajar budak-budak nombor dan huruf. Belum mula lagi tugas ketiga kerana belum ada jadual dan kekurangan kakitangan.

4. Berurusan dengan ibu bapa yang hendak daftar anak. Belum juga, kata majikan saya perlu dilatih dulu.

Kesimpulannya, kedengaran macam empat tugas tapi sebenarnya, sangatlah sibuk. Rehat bergantung kepada sikap budak-budak dan bayi kecil yang tak tahupun pengasuhnya letih atau tidak. -.-

Apa-apapun, bagus juga dapat kerja di sini. Saya rasa mungkin gaji yang ditawarkan biasa-biasa tetapi kebaikannya banyak insya-Allah. Ajar asas huruf dan nombor, bukankah saham akhirat namanya itu? Insya-Allah.

Waktu solat saya tidak terganggu sangat. Hanya perlu tunggu budak-budak senyap. Lagipun majikan saya bantu. Memang ada kesempatan masa untuk solat. Tempat itu bersih, jadi tidak ada masalah untuk solat.

Pekerja lelaki tidak ada dan memang majikan saya tidak mahu. Jadi soal aurat dan ikhtilat alhamdulillah selamat insya-Allah. Boleh buka tudung atau berlengan pendek di dalam rumah. Ya, taska ini di kawasan perumahan.

Nanti kalau sempat saya masukkan gambar budak-budak itu di blog atau Facebook. Saya sempat main telefon bimbit semasa budak-budak itu tidur. Hehe.

Gembira! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tinggal Kenangan

Tak lama lagi awak akan duduki satu peperiksaan penting.
Saya sedang menduduki peperiksaan penting.

Harap saya ada dalam doa awak, walaupun awak tak kata apa-apa.

Awak dan dia, harap bahagia.

Saya tak menyesali 28 Februari 2009.

Saya harapkan yang terbaik. Ya sudahlah, biarkan tinggal kenangan. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meski Tak Sempurna

Lafaz itu wajarnya sakinah, mengapa harus ada yang terluka?
        Dhiya memandang ke sekeliling. Langit luas terbentang, saujana mata memandang. Kehijauan pohon menghiasi bumi yang tua. Subhanallah, meskipun sudah terlalu lama bumi ini menjadi persinggahan, serinya masih ada biarpun kian kelam.
        "Wuhuuuuu!"Suara pemuda yang sedang menunggang motosikal bersama rakannya menusuk gegendang telinga Dhiya. Wajah mereka agak mencerminkan kenakalan. Jelas itu bukannya adab muslim yang sejati, yang wajar menghormati  anak dara orang. Astaghfirullahalazim, hanya itu yang mampu Dhiya lafazkan dalam hatinya. Tidak lama kemudian, Dhiya ternampak pula bekas rakan sekelasnya, Yana yang sedang menunggang motosikal bersama rakannya. Rambut ikal mayangnya dibiarkan bebas ditiup angin dan dibakar terik mentari. Hakikatnya, dia menyeksa rambut sendiri. Di dunia rambut itu dibakar terik mentari, nanti di akhirat pula menjadi bahan bakar api neraka.
        Dhiya tidak tahu cara untuk menegur rakan-rakan sekampungnya sendiri. Dia kurang bergaul dengan mereka. Keluarganya lebih banyak mengurus hal sendiri berbanding bersosial di luar. Dhiya tidak keluar rumah melainkan dengan ibunya, kecuali atas dasar program anjuran sekolah.
        Dulu, Dhiya benci diperlakukan sedemikian. Kini, dia besyukur dia dibesarkan dengan cara begitu.
                  
                 ******  

       "Ada orang tu kan, saya nampak dia buka tudung dalam kereta,"sindir Maria semasa berbual dengan Shahira.
           Dhiya yang sedang membaca meletakkan bukunya di atas meja tanpa menutup buku tersebut. Dia tahu Maria bercakap tentang dirinya.  
           "Kau nampak aku ya semalam?"Soal Dhiya. Rasanya soalan itu tidak perlu ditanya kerana cara Maria bercakap pun sudah jelas membuktikannya.       
         "Ya. Aku nampak kau semalam atas kereta, tak pakai tudung. Kereta kau di tepi jalan waktu itu,"ujar Maria tanpa perasaan bersalah. Buat apa dia rasa bersalah sedangkan dia membicarakan kenyataan? Boleh jadi Maria terlupa, aib Dhiya tidak patut didedahkan sewenang-wenangnya.
       "Aku pakai tudunglah masa keluar semalam,"nafi Dhiya. Dia tidak berbohong. Dia keluar semalam dengan mengenakan tudung.
         "Ala,katalah apa-apa sahaja kau nak kata. Aku nampak. Kalau kau nak tipu, suka hatilah. Allah pun nampak,"selamba Maria menjawab. Langsung tidak mahu menerima sebarang penjelasan.
         "Aku pakai tudung masa keluar semalam. Aku buka tudung selepas mandi sungai. Tudung aku basah, sebab itu aku buka. Kami sekeluarga berhenti di tepi jalan, jadi aku bukalah sekejap tudung aku yang basah itu," ujar Dhiya serba-salah. Baginya dia tidaklah melakukan sesuatu yang jijik. Dia hanya membuka tudung, bukannya berkepit dengan lelaki. Keluarnya pun bertemankan ibu-bapa. Tahulah dia menjaga diri. Lagipun dia baru darjah lima. Keluarganya tidak terlalu menitikberatkan soal agama terhadapnya.
        "Mana boleh buat begitu. Kau di dalam kereta pun, orang masih boleh nampaklah. Aurat kena tutup. Basah ke apa, tudung tetap kena pakai,"terus Maria menyambung kata-katanya. Memandangkan Dhiya sudah mengaku, elok sahaja dia terus bersuara. Shahira di sebelahnya cuma diam, sekali-sekala mengangguk. Baginya, anak kota bernama Dhiya itu memang perlu diajar.

       Dhiya panas baran. Dhiya mempunyai mulut yang berbisa. Dhiya sombong orangnya. Segala yang negatif ada tempiasnya pada Dhiya. Dhiya memang kaya, tetapi miskin budi.
        Di sebalik semua itu, siapa yang peduli tentang hidup Dhiya? Siapakah yang kisah pada air mata yang disorok Dhiya? Siapakah yang kisah fasal kesunyian hidup Dhiya? Siapakah yang peduli kalau Dhiya hanya minta diajar, dididik menjadi dewasa? Dan siapa pula yang sudi menyelami hati Dhiya ...
       Dhiya tidak solat. Itu sebuah hakikat. Dhiya baru bertatih hendak membiasakan diri dengan bertudung. Sejak darjah tiga Dhiya diajar bertudung, tetapi belum mampu istiqamah. Kadangkala Dhiya buka juga tudungnya. Dahulu, Dhiya bersekolah di sebuah sekolah kampung. Dhiya tidak banyak diasuh tentang agama di sekolah itu. Dhiya diajar fasal agama, tetapi jiwanya tidak dididik. Pembangunan mindanya mantap, tetapi spiritualnya lemah. Lebih kasihan, Dhiya baligh seawal usia sepuluh tahun. Sudah perlu menanggung dosa sendiri.
         Ya, Dhiya tidak banyak ambil kisah perihal agama. Semuanya dianggap hal kecil. Baginya, akademik ialah hal paling mustahak. Mendapat nombor satu ialah matlamat.
         Masuk ke sekolah baru di ceruk felda ini, Dhiya mencari perhatian. Dia tidak mahu sendirian. Oleh sebab itu, dia mengada-adakan cerita berkenaan masa lalunya. Kononnya dia gadis teraniaya yang dicari oleh rakan-rakan lama bagi mencari kemaafan. Semuanya supaya kawan-kawan menganggap Dhiya gadis yang sangat baik. Dhiya hanya mencari perhatian! Kehidupannya sebagai anak tunggal terlalu sunyi hinggakan Dhiya melakukan apa-apa sahaja demi sebuah perhatian.
         Maria salah seorang rakan Dhiya yang tertipu. Niat Maria sama ada baik ataupun jahat, hanya Allah yang tahu. Dia sentiasa menegur Dhiya atas segala kesalahan baik yang paling kecil hingga yang paling besar selepas penipuan Dhiya terbongkar. Namun Dhiya tidak tahan dengan mulutnya. Mungkin mesej Maria baik, tetapi cara penyampaiannya silap. Setelah penipuan Dhiya terbongkar, Dhiya banyak meminta maaf dengan rakan sekelas. Adakalanya perangai panas barannya datang juga, tetapi Dhiya banyak mengalah. Kadangkala ada yang mengambil kesempatan atas sikap mengalah Dhiya. Dhiya turutkan nasihat Maria dan rakan-rakan. Kerap kali Dhiya terluka dengan cara Maria mendekatkannya kepada agama, tetapi dia cuba mengikut ajaran itu.

         Tarbiah bukan paksaan. Tarbiah bukan soal memaksa orang, menghalal dan mengharamkan semata-mata. Tarbiah ini soal didikan. Didikan terhadap manusia yang pastinya memerlukan sentuhan terhadap manusia itu sendiri. Biar jiwa manusia itu lembut sehingga dapat menerima syariat halal dan haram dengan baik.
        Benar,didikan mampu dipaksakan. Alah bisa tegal biasa. Tetapi, sukakah kamu kalau sahabat menghadiahkan minyak wangi, tetapi dilempar ke mukamu hingga pecah botolnya dan berdarah pula wajahmu? Adakah mungkin kamu dapat memakai minyak wangi itu dengan wajah yang ceria, atau minyak wangi itu sendiri telah tumpah di jalanan seawal pemberian?
            
          "Kalau mak aku, tentulah mak aku tekankan pembelajaran agama. Bukan setakat subjek UPSR macam yang kau kata,"ujar Maria kepada Dhiya  semasa berbual dengan rakan-rakan sekelas.
            "Yalah, mesti tekankan agama. Takkanlah nanti dalam kubur malaikat hendak soal kita, satu tambah satu dapat berapa, kan?"Sahut Widya. Dia memang seronok kalau dapat mengenakan Dhiya. Baginya, Dhiya sentiasa lebih daripada semua orang dalam bab-bab pelajaran, biarlah Dhiya sedar diri, dia pun ada kekurangan!
        "Bukannya mak aku tak ajar langsung fasal agama, mak aku ajar juga. Memanglah agama ditekankan, tetapi subjek teras pun ada penekanan juga." Dhiya cuba membela diri, namun nampaknya penjelasannya tidak dilayan
.              'Tak apalah. Mereka ini orang-orang yang berilmu dalam agama. Mereka pergi sekolah petang. Aku ini apa yang ada?' Dhiya bermonolog sendiri. Kalau bertingkah bab agama, awal-awal Dhiya tewas. Namun Dhiya tidak kisah. Hanya tinggal sebulan dua lagi waktu Dhiya di sini. Selepas ini Dhiya akan bebas daripada belenggu 'orang kuat agama' di sekolah ini.

                                            *******         
               "Dhiya, sebut lafaz  takbiratul ihram,"arah Ustazah Zakiah. Dhiya terdiam. Pelajar kelas 6A itu tidak kenal, atau mungkin lupa fasal lafaz itu. Dhiya hanya dapat membisu.
               "Nurul? Kelas, tolong sebut lafaz takbiratul ihram. Tolong kawan kita,"arah Ustazah Zakiah. Laju sahaja lafaz 'Allahuakbar' bergema di kelas tersebut. Dhiya terasa malu. Adakah episod di sekolah lama akan berulang?
                  Di sekolah lama ada Maria, di sini ada Athiya. Dhiya diaibkan juga pada awal persekolahannya di tempat baru ini. Dhiya pernah ditohmah, 'Memanglah hang boleh dapat 5A, tetapi Pendidikan Islam? Gagal!' Jujur Dhiya malu. Dia mendapat markah kedua terendah dalam kelasnya untuk subjek tersebut, kerana dia memang tidak menghafal ayat-ayat Al-Quran dalam buku teks. Hukum tajwid pun tunggang-langgang biarpun dia sudah pernah khatam Al-Quran.
                
                Itulah Dhiya. Perkara yang disogokkan ke mindanya di sekolah lama dahulu terasa seperti racun. Namun di sini, setidak-tidaknya Dhiya kenal Hazwani. Dhiya ada Farah. Dhiya ada Nabila. Dhiya berkawan dengan pelajar biasa-biasa. Di kelas itu, mereka adalah antara yang tercorot dalam pelajaran. Dari segi latar belakang keluarga pula, mereka bukan berasal dari keluarga yang hidup mewah. Mereka bukan juga perempuan cantik. Mereka dan Dhiya jauh berbeza.                   Mereka tidak pandai tetapi mereka belajar bersama Dhiya. Mereka tidak kaya tetapi mereka menemani Dhiya. Mereka tidak terlalu tinggi pengetahuan agama tetapi mereka tidak mencaci Dhiya. Merekalah insan mulia yang menerima Dhiya seadanya.
               Bersama mereka, Dhiya mengenali erti kesederhanaan. Kadang-kadang Dhiya bertanya pada diri, mengapa orang yang tinggi pengetahuan agama mencaci dirinya yang serba jahil? Mengapakah dia dididik teman sebaya dengan sindiran? Kalau benarlah orang kuat agama itu orang yang baik, kenapa mereka ini yang lebih cetek ilmu agama yang menerima dia seadanya? Kalau benarlah orang kuat agama itu orang yang hebat, mengapa tidak tunjukkan dia jalan menjadi hebat? Ataukah dunia ini memang ada kasta, yang kuat agama dengan kelompok mereka dan yang lemah sepertinya di kelompok bawahan, menunggu di lurah neraka dan tak ada tangan untuk menarik mereka ke syurga?

              Inikah Islam?
              Dhiya tak mengerti.        

                                               *****
          Masa berlalu pantas. Dhiya lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan berjaya memasuki SMK Sultan Badlishah, salah sebuah sekolah terbaik di daerahnya. Dhiya yang kini berbeza dengan yang dulu.
             Sepanjang cuti sekolah selepas keputusan UPSR diumumkan, Dhiya mula memuhasabah diri. Dia belajar agama secara perlahan. Dhiya cuba istiqamah dengan solat dan jilbabnya. Dhiya belajar mengatasi sikap panas barannya. Dhiya belajar menjadi muslimah.
             Maka di sekolah ini, niat Dhiya cuma satu. Dhiya ingin menjadi lebih baik. Biarlah orang kenal betapa jahilpun Dhiya,dia rela. Asalkan Dhiya tidak terus jahil di akhirat.
             Di sekolah ini, pertama kali Dhiya belajar solat berjemaah dengan betul. Dhiya belajar menjadi makmum yang masbuk, iaitu makmum yang menyertai solat berjemaah ketika imam sudah solat separuh jalan. Sebelum ini Dhiya tidak tahu. Hakikatnya Dhiya tidak pernah pun solat berjemaah di rumah. Mujurlah dalam program orientasi sekolah, para ustaz dan ustazah memberi tunjuk ajar formal, siap dengan demonstrasinya sekali. Bagi Dhiya, hal ini agak luar biasa. Sekolah ini bukan sekolah agama tetapi sekolah sains, namun perihal agama cukup ditekankan.
             Di sekolah ini, setiap pelajar sesi petang diwajibkan solat zuhur dan asar berjemaah. Terdapat pemantauan daripada semua guru. Memang ada pelajar perempuan yang berpura-pura uzur, lantas guru-guru mengambil langkah proaktif dengan menyuruh wakil kelas mencatat kehadiran pelajar dalam solat berjemaah. Dhiya sendiri pernah gagal untuk istiqamah dalam solat berjemaah. Dia pernah sahaja menyertai kawan-kawannya untuk ponteng solat. Walaupun dia kenal erti dosa, tetapi manusia fitrahnya alpa.

           "Dhiya, kau masih cuti lagikah?"Soal Baniah, rakan sepermainan Dhiya di pusat latihan catur daerah. Dhiya terkedu. Dhiya sudah suci dari haid, tetapi belum menyucikan diri dengan mandi hadas.
            "Aku sudah suci, tetapi belum mandi hadas." Dhiya menjawab jujur. Hendak berdalih Dhiya tidak tahu mahu pusing ke mana lagi. Lebih kurang tiga minggu lepas Dhiya bertemu dengan Baniah semasa pertandingan dan Dhiya sedang uzur waktu itu. Dhiya yang temankan Baniah ke surau untuk melaksanakan sujud syukur kerana Baniah sudah berada dalam posisi selamat untuk bergelar juara selepas seri pusingan akhir. Dhiya sendiri berada dalam posisi selamat, iaitu di tempat ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat negeri.
         Tidak mungkinlah tidak sampai tiga minggu, Dhiya sudah uzur semula? Agak-agaklah kalau hendak tipu pun,getus Dhiya dalam hatinya.
         "Maknanya sudah tiga minggu kau tak mandi hadas dan kau tak solat?" Baniah bersuara sedikit terkejut. Baniah merupakan pelajar sekolah berasrama penuh. Di asrama, lazimnya pendidikan agama memang ditekankan kerana adanya peranan Badan Dakwah dan Rohani atau singkatannya BADAR. Tidak hairanlah jika dia terkejut dengan kelakuan Dhiya.
           Dhiya hanya mengangguk. Baniah menghela nafas. Dia kemudian menegur perlahan, "Tak baik begitu,tahu tak?" Dhiya akur dengan teguran itu. Cara Baniah bertutur jelas tidak menunjukkan bahawa gadis itu mahu mengaibkan sesiapa. Baniah juga ada menyuruh Dhiya menarik sedikit pakaiannya yang agak ketat dan dan singkat agar melepasi paras pinggul. Dhiya akur. Bukannya dia degil sangat jika ditegur dengan cara baik.
             

           Di pusat latihan ini, Dhiya mengenali kakak-kakak senior yang jauh lebih baik berbanding dirinya. Ada Kak Qirah, Kak Najah, Kak Anis dan Kak Fa'in. MSSK 2009 telah menemukannya dengan ramai insan baik yang mengenalkannya kepada fikrah agama. Dhiya berasa sedikit terkongkong. Kesalahannya sering ditegur. Itu tidak kena dan ini pun tidak kena. Memang teguran mereka benar dan Dhiya akur.
         Namun di sini Dhiya lebih kenal erti hidup beragama. Mujurlah Allah temukan Dhiya dengan rakan-rakan yang baik. Apa-apa sahaja persoalan Dhiya, selalu ada yang sudi menjawabnya. Ironinya, di sini Dhiya tidak pula kelihatan jahil. Rakan-rakan tidak mengaibkannya biarpun mereka sebenarnya terkejut dengan keadaan Dhiya yang amat cetek agama. Dhiya banyak belajar dengan mereka.

                                                         *******

           Dhiya gembira berada di sekolah ini. Kalau Dhiya tidak menjejak SMK Sultan Badlishah, mungkin Dhiya tidak menjejak MSSK 2009. Kehidupan Dhiya banyak berubah di sini. Dhiya sedar, rakan-rakannya sudah cukup baik dengan asas agama sedangkan dia baru bertatih. Adakalanya Dhiya terjatuh dan gagal istiqamah dengan hijrahnya. Namun, Dhiya terlalu bersyukur kerana jalan untuknya berubah sentiasa ditunjukkan.
         Telah banyak dugaan yang Dhiya tempuh untuk berhijrah. Bukan sedikit air mata yang pernah tumpah. Mungkin dia belum cukup baik dan tidak akan pernah cukup baik, namun dia berharap agar Allah memandang usahanya.

          Hari ini, sudah lima tahun sejak Dhiya meninggalkan sekolah feldanya. Dhiya baru sahaja menghantar sahabat baiknya, Mira pulang ke rumah. Kini Dhiya berteleku di ruang tamu rumahnya.
        Segalanya sudah berbeza. Maria sudah banyak berubah. Rakan-rakan lama yang banyak mengajarnya dulu semua sudah berubah. Dhiya mendengar macam-macam khabar tentang mereka.
        'Maria, kenapa kau buat semua ini? Dulu kan kau marah aku kerana berbohong pada kamu semua, kenapa hari ini kau tipu keluarga kau? Dulu kau ajar aku fasal agama, kenapa hari ini kau yang suka bertabarruj? Dulu kau ajar aku fasal aurat kan?' Dhiya kusut mencari jawapan.
           Dulu, di tempat itu Dhiya dimarahi kerana agama. Hari ini, Dhiya seperti menjejak dunia yang berbeza. Dulu, dia menjadi bahan umpatan kerana ceteknya ilmu agama. Kini, kenapa semua yang mereka marahkan dia, mereka sendiri yang buat? Kenapa?
            Dhiya hanya mahu mencari jawapan. Niat Dhiya dahulu seperti tercapai. Dhiya ingin membuktikan dia juga mampu menjadi lebih baik. Dhiya ingin buktikan, orang yang pandai ilmu dunia tak semestinya jahil perihal agama. Niat Dhiya tercapai. Semua orang yang memandang rendah dirinya dulu kini menjadi cermin terhadap kelakuannya dulu, malah lebih dahsyat.
          Hari ini Dhiya antara pelajar yang belum terjebak dengan gejala sosial. Kesucian Dhiya masih terjaga. Setidak-tidaknya Dhiya tidak merempit dengan lelaki. Dhiya masih mengekalkan jilbab dan solat. Inilah gadis yang pernah dihina ramai dulu.
         
           Tapi Dhiya tak gembira!

           Bukan ini dakwah yang kakak-kakak ajar dulu, dakwah bukan perihal siapa lebih baik dan  dendam siapa yang terbalas. Air mata Dhiya terus menitik.  

            Meski tak sempurna caranya, di felda itulah tempat aku mula diasuh,titik awal aku kenal makna sakinah, bisik hati Dhiya sendirian.

                                                                                             ******TAMAT*******

  #Maaf atas kualiti cerpen yang kurang memuaskan. Jujur otak dah karat.
Namun mesejnya jangan putus asa andai dididik dengan cara yang salah.
Kita punya akal untuk menentukan sendiri siapa kita ingin jadi. Iman bukannya harta warisan.
Biarpun yang menegur tak kena gaya, kita pandang pada mesejnya.
Soal kelakuan dia dan niatnya, itu urusan dia dengan Tuhannya. Jangan kita hukum.
Kita kalau hendak mendidik, biarlah berhati-hati. Cara yang silap mungkin menariknya jauh daripada dakwah kita.   Salam Maal Hijrah ^_^  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jahil Bukan Tak Boleh Hijrah Kan? :')

Rasa malu,tapi bersyukur.
Selama ni aku pun tak tau yang ada kesilapan dalam solat aku.
Alhamdulillah, akhirnya nampak.
Ada saudara Islam yang tunjukkan.

Memang syukur sebab at least, Allah tunjuk before my last breath.
Masih ada lagi ruang dan peluang nak belajar solat dengan betul.

Betul-betul terasa jahil.
Benda basic yakni tiang agama pun tak betul lagi.

Ok, pesan untuk diri.
Jangan gatal nak menikah awal, nak kapel dengan level agama mcm ni.
Nanti apa benda kau nak ajar anak ?

Kena belajar lagi.

Jahil pun tak bermakna takda peluang nak hijrah dah kan?
Allah sayang itu pasal Allah tunjuk :')

#Nak kena cari husband ustaz dah gamaknya besar nanti, takpun biar yang arif pasal agama.Tak yang jauh ke dalam, arif bab ibadah wajib pun jadilah. Yang pastinya diri sendiri pun kena dalami ilmu. Bukan gedik nak zauj alim, tapi bakal zaujah satu habuk tak nak belajar. Kahwin dengan mufti pun tak guna kalau mcm tu. Buat berat dosa suami ja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebodohan

Telah aku saksi sebuah cerita
Antara hati-hati yang tak sekata
Manusia yang berbeza

Aku saksikan dia
Dia orang biasa
Tak punya apa-apa
Ingin hampiri dunia
Keluar dari kempompongnya
Walau ada kecacatan,
Keterbatasan dia.

Tapi,
Aku juga saksikan manusia-manusia lain
Aku saksikan sebuah kebodohan.

Kau nampak dia membisu.
Kau nampak dia terdiam.
Hanya memandang kosong,
Malah tak tersenyum.

Cukup memandang kamu tanpa bicara.

Bodoh manusia itu!

Kau tinggalkan dia tanpa kata
Tanda tak peduli
Tinggalkan dia sendiri
Seperti dia bukan manusia.

Sedang matanya merayu,
Ingin tetap di sisi kalian!

Bila kau menjauh dia akur,
Selagi terdaya dia mencuba,
Sayang,
Kau tak nampak cubaan itu.

Yang kau lihat,
Hanya ketidaksempurnaannya,
Kesalahannya,
Masa lalunya.

Sedang dia di situ,
Menanti maaf daripadamu,
Menanti kau menjemputnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pusat Hemodialisis Seroja - First Experience

Lebih kurang 3 minggu sudah sejak abah mula buat hemodialisis.
Dah keluar wad,syukur alhamdulillah semuanya selamat. Lebih awal keluar daripada jangkaan.
Benarlah,kita merancang Allah tentukan. :)

Asal rancang hendak transfer ke Penang untuk rawatan jantung, tetapi perancangan berubah.
Abah akan berada di hospital tempat dia biasa menerima rawatan berkala untuk jantung,
Institut Jantung Negara, IJN pada 17.10.2012, Rabu. Mungkin saya tak ke sekolah rasanya dalam pada waktu tersebut.

Hari ini,hari pertama buat dialisis di pusat haemodialisis panel, Pusat Haemodialisis Seroja. Alhamdulillah, first impression terhadap tempat ini agak menarik.

Bab kebersihan memang perlu dipuji. Kawasan rawatan memang steriled. Kena jalan pakai selipar yang disediakan dalam kawasan itu. Lantai, memang bersih betul. Di tempat rawatan ada dua televisyen besar,boleh ditonton oleh semua pesakit. Memang perlu, hampir semua tempat rawatan hemodialisis menyediakan TV kerana tempoh rawatan yang panjang-2hingga 4 jam.

Yang saya suka, tempat solat di tingkat atas itu memang sangat bersih. Tandas pun memang bersih. Pendek kata kebersihan tempat ini boleh bagi A+ ! Hmm, waktu maghrib,semua jururawat Islam lesap ke tingkat atas untuk solat. Hanya ada jururawat non muslim menguruskan pesakit waktu itu.

Yang sedihnya saya bawa kerja sekolah,tetapi tak jumpa walaupun satu meja yang boleh gunakan untuk buat kerja. Maknanya,kalau masa ikut abah datang sini, say sayonara to homework,maka sekarang saya sedang blogging.hehe

*Berfikir: seminggu 3kali x 4jam. Dua kali seminggu kena stay di sekolah sampai pukul 6 petang.huhu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Targetted Student : Pro and Con

Rasanya semua pelajar sedia maklum tentang adanya sasaran dalam kalangan pelajar sekolah. Memang setiap tahun ada perkara begini.

Setiap perkara mesti ada pro and con. Normal lah kan :)

Pro
*Sekolah dapat kenalpasti orang yang terserlah potensi untuk dimantapkan.
*Guru boleh bantu mereka ni untuk dimantapkan,selain itu boleh beri lebih tumpuan kepada pelajar lemah,contohnya program mentor menti dan sebagainya.
*Pelajar yang dalam senarai target akan rasa lebih berkeyakinan dan lebih semangat hendak capai target,insyaAllah.
*Pihak sekolah bolehlah nak buat sebarang program sesuai dengan tahap pelajar, contohnya modul untuk pelajar lemah mungkin tak sama aras kesukaran dengan pelajar lain
*Memberi pengiktirafan atas usaha dan kejayaan pelajar yang berusaha sampai ke tahap yang telah mereka capai

Con
*Tanyalah pelajar mana pun, bila dah dalam senarai target ni, memang jadi muka highlighted semacam, orang expect agak tinggi dari mereka,especially guru dan ibu bapa
*Menimbulkan sedikit jurang antara pelajar. Tak dinafikan,bukan semua pelajar yang tinggi tahapnya itu sombong,taknak kongsi ilmu dan sebagainya. Setakat ni,alhamdulillah kawan yang pandai boleh dikatakan amat sabar dalam handle saya yang agak slow nak faham ni :) Cuma, kesian pada pelajar yang tidak tersenarai. Bukan sekali kita dengar pelajar yang biasa-biasa,muncul pelajar straight A dalam SPM! Maknanya,mereka boleh,cuma potensi lambat sedikit nak terserlah. Kadang-kadang kesian lihat kawan saya yang luahkan pada saya, sedih dan rasa down sebab tak tersenarai,macam tak berpotensi dapat straight A. Sedangkan potensi semua orang sebenarnya ada. Saya percaya ini bukan auta , tapi fakta yang dah terbukti =))
*Pelajar targetted kadang-kadang boleh jadi terlebih confident. Selesa dengan kedudukan sendiri, akhirnya kecundang pada perlawanan akhir,iaitu peperiksaan sebenar. Itu yang kalau boleh kita nak elak.
*Tekanan untuk pelajar target ialah, kadang-kadang orang lain buat kesalahan,tak apa. Budak target buat kesalahan,kena. Something like that. Kalau orang tak buat homework cikgu tak perasan, kadang-kadang mereka ini cikgu check sampai habis. Ini memang masalah negara bagi student yang suka lepak =="
*Kadang-kadang boleh saja timbul dengki mendengki,seolah-olah adanya hierarki pelajar dalam sekolah.

Pro dan con sentiasa ada,terpulanglah cara mengimbangkannya.
Saya percaya,kalau saya tidak tersenarai,maka itu cabaran untuk saya buktikan kemampuan saya melakukan di luar jangkaan semua.
Kalau saya tersenarai,maka itu sumber keyakinan dan juga ujian kepada saya agar tak terlalu yakin.

Allah tentukan kita di mana. Kalau tersenarai,maka yang terbaik bagi kita ialah tersenarai.
Kalau tak tersenarai, tak tersenarai itulah yang terbaik kita.

Allah knows best! =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Beauty Of Hardship

Hospital, tempat manusia menggunakan hak berikhtiar menyelamat nyawa sebelum Allah memberi kata putus.

Percayakah,di sini juga punya keindahan tersendiri? Sukar difahami,mungkin. Saya berada di sini agak lama,dan kerap pula datang. Sepanjang waktu ini saya dapati sebuah nilai.

Di sini, saya nampak waris pesakit-pesakit saling berkongsi rasa dan cerita. Saling bantu membantu. Mungkin kerana susun atur wad biasa ini macam dorm asrama. Semua di sini macam senasib,itu yang mendekatkan jarak,mungkin.

Di sini manusia berperang dengan emosi. Risiko yang tinggi,keadaan yang menyayat hati,kerenah yang menguji sabar. Segalanya ada.

Dan di sini semuanya saling memerlukan. Kadangkala jururawat pun tak menang tangan, 4 jururawat 80 pesakit. Jadi,kadangkala jiran sebelah katil turut membantu sekadarnya. :)

Beauty of hardship. Kesederhanaan yang menyatukan semua,insyaAllah. Dan nyata, tak terbeli dengan harta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Won A Part Of The Battle, Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, hari ni keadaan abah sedikit stabil.
Minor operation iaitu tracheosomy sudah selesai lebih kurang jam sembilan malam. 
Masuk dewan bedah lebih kurang jam lapan setengah.

Apa itu tracheosomy

Rasanya pernah Cikgu Rohana sebut dalam kelas masa form 4,
sebab tu waktu doktor sebut ayah perlukan benda tu, 
saya tak terlalu panik. 

Minor operation yang dijalankan untuk membantu pernafasan seseorang pesakit yang tak mampu bernafas sendiri mengikut saluran pernafasan biasa, mulut dan hidung. 
Satu bukaan akan dibuat di bahagian kulit leher, 
dan satu tiub kecil akan dimasukkan di bahagian tersebut. 
Kalau tak salah, dengan cara itu kiranya kita bernafas melalui trachea terus. 

Kenapa tracheosomy diperlukan?

Pesakit yang bermasalah dengan pernafasan lazimnya dapat bantuan pernafasan,
cuma jenis alat yang digunakan berbeza-beza.
Kes ayah saya boleh dikatakan sangat serius, sebab memerlukan 100% oxygen supply. 
Tiub terus dimasukkan melalui mulut ke dalam trachea.
Bagi orang yang sedar, memang sakit. Boleh bayangkan perasaan mulut tak boleh tutup, dan ada paip dalam tekak sampai ke dada??

Tapi, itu bukan penyelesai muktamad masalah pesakit. 

Kelengkapan itu hanya ada di ICU. Tetapi, takkanlah doktor nak simpan pesakit di ICU selamanya? Selagi pesakit tak boleh bernafas, dia tak boleh tanggalkan tiub itu langsung! 

Pertama, seksa pesakit.
Kedua, pesakit tak akan bertambah baik, malah risiko untuk pesakit jadi dependent on the oxygen supply is quite high, which means dia lemah dan terlalu harapkan oxygen supply. 
Ketiga, risiko untuk dapat infection agak tinggi apabila terlalu lama ditempatkan di hospital, sebab ada macam-macam infection sebenarnya dalam wad. Yalah, semua orang di situ sakit teruk, kalau x tak perlulah masuk ICU ==". Lagipun, tiub tu alat pernafasan artificial. Plastik lagi. Kalau terlalu lama dalam badan memang boleh dapat infection. 

Atas segala keperluan di atas, mama sign consent form a.k.a borang kebenaran waris dalam bahasa budak sekolah.
Actually, this is minor operation because only one sign is required.
For high risk operation, they will need two people to signature. 
Doktor ambil tandatangan hanya untuk precaution, just for minor risks. 

Pertama, manalah tahu kalau terkena infection dalam proses pembedahan. 
Kedua, manalah tahu kalau berlaku sebarang pendarahan dan sebagainya.

Syukur alhamdulillah, they did very well.Allah help my dad a lot. Blood pressure dia pada paras normal selepas operation.

However, as I said, won A PART of the battle. 

Bila stabil nanti, transfer ke Penang Hospital untuk another operation. Kali ni pembedahan jantung. Not a minor operation. 

Tapi doktor cakap, pembedahan yang kurang berisiko. 
Namun secara amnya, ayah saya dah buat koleksi pelbagai penyakit daripada diabetes hingga ke buah pinggang. Jadi risiko, ada. 

Minta doakan beliau. Saya tak dapat bayar setiap orang untuk satu doa, tetapi tuhan akan bayarkan, insyaAllah. :)


Something like this before the operation, but this tube is like, XXS and my dad got XXL one =="

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percubaan Dan Cubaan

Alhamdulillah... keputusan percubaan...


STRAIGHT A'S :'))

Syukur alhamdulillah. Sungguh tak terjangka. Saya terlalu gembira.
4A+... jauh banyak dari biasa. 

Syukur alhamdulillah :)

Namun, cubaan . Saya belum berkesempatan cakap dengan ayah tentang result kerana dia masih di ICU. Ya, masuk hspital lagi. 

Saya tak mahu cerita panjang, tapi mohon doakan dia. Sayang dia. 

Abah kuat dan Nurul Kuat.  Kita kuat. FIGHT!! :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sederhana

Aku temukan dari mereka sesuatu yang bernama kesederhanaan. 
Sesuatu yang Allah ingin tunjuk kepada aku. 

Sederhana itu indah. 
Kecantikan yang tak perlu pada perhiasan.
Kecukupan yang tak perlu pada kemewahan.

Sederhana itu memang menyejukkan mata dan hati, 
Tinggal soalan, berapa ramaikah yang sanggup hidup di dalamnya?

Tak hairan mengapa tak sedikit yang hidupnya dalam mewah, 
jatuh cinta pada anak nelayan yang tak punya apa-apa.
Tak hairan mengapa tak jarang si rambut perang warga metropolitan,
terkejar-kejarkan anak dara kampung berbaju kurung, berkain batik.
Tak hairan mengapa jutawan hartawan juga karyawan,
ada yang memilih pulang ke desa pada usia emasnya. 

Sebab tak semua perkara, 
dapat dibeli dengan harta, 
ditebus dengan perhiasan,
dipajak dengan kecantikan. 

Pada akhir cerita, yang indah itu tak terbeli. 

Sebuah kecukupan yang mententeramkan nurani :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa Apa Ini? :'(

Ya Allah, aku stress sangatkah?
Sampai dah masuk dua hari, air mata aku tak boleh kering.
Marah, tapi sedih tu jauh lagi dalam.
Aku rasa bodoh sedih sebab benda tu.
Takpalah.
Selama ni, betullah kata akal, tak guna kalau ada rasa dengannya pun.
Aku tak macam 'dia'.
Mungkin aku bodoh, sebab menduga dia akan ingat aku.
Tapi, yang terjadi sebaliknya.
Sambil tulis post ini pun aku masih nangis.
Dia mesti puas hati hari ni.
Takpalah.
Ini cara Allah menjaga aku,
Dan mungkin cara untuk dia gembira.
Kalau nanti dia akan nampak, sukahatilah.
Biar, sebab Allah tahu yang terbaik.
Allah paling sayang aku,
Dia tahu apa aku rasa dan apa aku lalui.
Dia tahu setiap yang aku luah dan setiap yang aku simpan.
Semua yang aku tahan,pun dia tahu. Dia jaga aku :')

Aku janji tak kacau kau lagi, k? Aku takkan bodoh lagi :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thanks :)

Syukur alhamdulillah,on this beautiful ramadhan, aku dah dapat kemaafan yang aku harapkan.
Lama aku diam,tak berani suarakan. Dua tiga bulan lepas aku guna orang tengah, tapi tiap kali berdepan tiap kali tulah aku takut.
Aku cari alasan nak bercakap dengan dia, harapan aku kalau dia boleh senyum atau bersuara. Tapi aku tak berani sampaikan maksud sebenar aku.

Ya aku pengecut.

Finally,masa nak datang majlis berbuka puasa, dah seminggu aku berfikir nak sampaikan kata maaf secara berdepan,tapi aku tak berani. Aku nak menangis dengan diri sendiri atas ketakutan sendiri. Tapi waktu tunggu mak aku untuk balik, aku tak boleh tahan rasa berat yang aku pendam. Aku nampak dia masuk bilik makan,dan aku tau tak ada siapa dah kat dalam.

Aku masuk,mulanya aku cari alasan lagi. Tapi aku taktau bila datangnya kekuatan tu, dan aku cuma boleh sua tangan,bila dia dah salam baru aku cakap, aku nak minta maaf. And she said okay. That was enough.

Ya Allah syukur ramadhan ini hilangkan rasa berat yang aku tahan selama ni.

Masa di kem elit, aku sampai termimpi pasal dia. Several times sebenarnya aku mimpi. Tapi paling jelas masa di kem elit tu.

Benar, ego harus ke tepi.

Macam dalam komik yang aku baca, Magis Manis Coklat-Creamy Sugar. Pembuat coklat itu ambil ego pelanggannya untuk tenangkan hati pelanggan tu, dan pelanggannya berjaya selesaikan semua masalah.

Semoga lepas ini aku akan lebih fokus belajar dengan perkara baik ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trial Coming, Do Pray For Me :)

Sekarang modem broadband di rumah rosak,hanya dapat update blog melalui android yang dimasukkan sim broadband. Agak tak best sebab susah sikit nak edit warna dan sebagainya, tapi memadailah untuk merepek sikit.hehe

Seperti tajuk di atas, percubaan SPM saya akan bermula pada 26.8.2012. Jujur tak bersedia sangat. Saya berserah sebab saya memilih berusaha sekadar termampu. Ini pun saya agak memaksa diri sampai baru-baru ini demam seminggu, kemudian migrain seharian tempoh hari. -,-

Mungkin kapasiti otak ini jenis tak boleh masuk banyak-banyak. Sederhana saja. Terima apa adanya :)

Baru-baru ini, terutamanya sejak sebulan dua nak percubaan ni, memang saya agak tertekan, dan boleh jadi saya banyak sakiti hati orang sekeliling. Saya mengaku. Tapi maaf, saya tak mampu nak imbas kembali satu-satu apa saya buat. Maaf sangat.

Syukur sebab saya dah mampu fokus belajar,syukur Allah tolong. Di sebalik semua masalah yang datang, pertolongan-Nya tak tertinggal juga. Cuma, dalam fokus belajar, banyak yang saya tak sempat perhatikan. Termasuk kesihatan dan perasaan sendiri, apalagi perasaan orang. Bukan pentingkan diri sendiri,sumpah tak sengaja.

Ada hikmah juga tak ada steady person waktu macam ni, kalau tak silap-silap masalah menunggu. Sungguh, kita dengan sibuk memanjang. Haha. Tidur saya ikut suka, selalu buat perangai mesej orang lepas tu diri sendiri yang tertidur. Nasiblah yang terkena. Maaf,tak sengaja juga :|

Saya teringat hal lama. Saya dah tenang sebenarnya, cuma saya tak sepenuhnya lega tanpa kata maaf daripada dia. Jujur, tanpa kata maaf itu saya akan terus rasa bersalah dan simpan tekanan tu dalam hati. Dia bukan kawan rapat, tapi jujur saya masih tak boleh lupakan. Cuma saya masih ingat, saya mimpi dia maafkan saya, senyum dengan saya. Semoga benar.

Sekarang, elak fikir banyak-banyak. Cuba fokus percubaan. Siang study betul-betul sampai awal malam. Pukul 9 solat isyak lepas tu mula kerja lain dah, tak mampu nak sambung tengok buku. Sebelum tidur kemas buku barulah jeling-jeling ingat yang termampu.

Terima kasih banyak pada semua yang banyak beri sokongan. Result tak tahu lagi,tapi jasa semua memang tetap di hati. Sir yang hilangkan rasa bersalah dalam hati saya. Najwa yang sentiasa lepak study. Sahabat kesayangan yang sentiasa berkirim doa walaupun seorang perpustakaan seorang bawah pokok,insyaAllah.hehe. Fida study partner terbaik dalam kelas. 5sc3 members,antaranya Izzat cikgu sebarang subjek berkaitan nombor. Afif alien pandai yang selalu bagi tips sambil berleter suruh jaga kesihatan. Farah Solhi kawan tusyen yang sering kongsi motivasi serta ilmu.

InsyaAllah, jasa baik hampa semua kami tak sia-siakan. Cek doakan kita semua berjaya dalam lapangan kita masing-masing noh. Ameen ^_^

Gambate!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesawanankah Ini?

.cAku tak tahu kalau ini digelar sawan atau gedik, tapi jujur aku memang terdetik dalam hati ini bila tengok orang pergi tawarikh sekeluarga, satu harapan.

Aku harap apabila aku dewasa kelak, yang menjadi imam aku ialah dia yang akan membawa keluargaku ke masjid bertawarikh, dan andainya tak dapat pergi, bertawarikh di rumah dengan dia sebagai imamnya.

Say it,mungkin pemikiran aku agak klise. Drama spektra, mungkin? Tapi aku sejujurnya tak berimpian yang bukan-bukan hanya sekadar untuk sebuah fanatisicm semata-mata tapi kerana sesuatu yang rasional.

Demi Allah, andai seorang gadis itu tergedik-gedik nakkan yang kacak dan baik dan apa-apa saja hanya untuk menggedik tanpa sedar untuk buat persediaan membaiki diri, aku lebih dulu tolong cop gedik untuknya dalam hati aku.

Sweet love ain't everything, tapi Allah beri pada manusia, mengapa? Pandangan aku, sebagai ganjaran,bahkan ujian. Ganjaran bagi mereka yang mendidik nafsu sebaiknya untuk yang halal semata, dan ujian bagi yang masih mengekang nafsu.

Kerana tak dapatnya mengekang rasa hati yang mahukan kemanisan itulah, munculnya pelbagai maksiat,bahkan masalah. Kerana tak dapatnya mengekang semua itu, datangnya benci dan cemburu alhasil dari melihat manisnya bahagia orang lain.

Segala fitrah dalam diri adalah untuk dikawal. Bukanlah dilayan sampai jadi kesawanan. Yang dinamakan sawan itu adalah apabila tergedik-gedik melihat kemanisan orang lain tapi tak pula terasa hendak renungkan, kenapa Allah beri kemanisan halal itu untuknya? Kenapa Allah berikan manis pada sweet couple yang terlebih gula? Kenapa tidak pada yang ingin bercinta dalam batasan? Tidakkah itu tanda pemeliharaan dari segala maksiat?

Ah, manusia suka menyempitkan akal sendiri dari merenungi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sahabat ... Jom Recheck !

Kadang-kadang kita rasa kita dah beribadat dengan sempurna.
TAPI, ada sesetengah lompang yang kita tak sedar. 
Benar, Allah tak hukum kita atas sesuatu yang kita tak sengaja.
Tapi, salah kita juga kalau kita tak ambil teliti perkara yang patut diteliti.


Muslimah, sebelum keluar rumah, cuba suruh sesiapa tengok kamu dari belakang.
Terutama tudung bawal dan shawl. Fabriknya jarang. Percuma dapat dosa. :(
Solution : inner tudung yang sampai paras tengkuk dah banyak di pasaran. Tak panas pun fabriknya. Cari yang kain licin sikit. Kat pasar malam atau market rm5 dah boleh dapat :)


Dan dari depan, perhatikan sendiri pemakaian tudung. Nampak dada tak ?
Fabrik tudung tertentu memang melekap di tubuh pemakai, macam tudung ariani a.k.a tudung yg ada pengeras tu. 
Bukan semua melekap, check siap-siap masa nak beli. Rugilah kalau tudung lepas paras dada tapi melekap sampai menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya :)




Stokin, ini selalu kita lupa perhati. Sayang sangat kalau guna stokin berfabrik nipis yang nampak warna kulit apabila berjalan. Memang selesa, tapi ... tujuan kita pakai kan untuk tutup aurat kaki :) Tak lupa juga, pemakaian stokin berwarna kulit perempuan. Sebab syarat pemakaian stokin ialah tidak menyerupai warna kulit perempuan. 


Kemudian, waktu solat. Cuba perhati telekung. Disebabkan warna putih, kebanyakan telekung masih menampakkan warna kulit pemakainya. Kalau telekung jarang, pakai inner dan baju lengan panjang. Kain pun sama, eloknya kalau beli telekung pilih yang kain berwarna hitam atau gelap, supaya tak kelihatan warna kulit kaki. Kalau yang sedia ada jarang, pakai stokin. Tak sah solat kalau warna kulit aurat kelihatan.


Lastly, inner dan handsock. Kedua-dua ini memang selalu kita pakai untuk tutup lengan, tapi mohon jangan dipakai terus bersama baju lengan pendek melainkan memang handsock dan inner anda luas dan tak membentuk lengan. Kita tutup aurat bukan bungkus aurat. Pakai handsock/inner cuma di dalam baju sebab nk melindungi bila lengan baju tersingkap. Tempoh hari ada kakak senior beritahu, ada sekarang handsock yg tak membentuk lengan. Itu bolehlah pakai. :)




Muslim, tak banyak hendak diperkatakan sebab aurat memang pusat ke lutut, tapi mohon seluar ke paras betis kerana apabila duduk atau bersukan memang akan tersingkap sampai aurat anda. 


Rokok, sekadar peringatan, haram kerana memudaratkan diri sendiri sedangkan Allah berfirman melarang kita sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan, malah setahu saya tak ada pula tanda halal pada kotak rokok, malah pernah dikhabarkan terdapat kandungan ARAK dalam rokok. Ada pengesahan atau tidak, kira syubhah.


Ya, memang jarang kes perempuan cabul lelaki. Tetapi, tak payah tunggu kena cabul baru hendak tutup aurat. Perintah itu ditujukan Allah kepada sekalian manusia termasuk lelaki dan perempuan. :) 






Berlapang dadalah dalam menerima teguran, kerana yang menegur tak semestinya baik tetapi dia perlu melakukannya kerana itu kewajipannya amar makruf nahi mungkar. Juga kerana sayangnya pada saudaranya. :)


Yang menegur, tegur dengan iman, jaga perasaan. Take a bit of your mad'u plate, taste, chew, swallow, then only you judge and talk. Allah suruh dai'e dakwah bukan hukum. 


Teguran untuk diri seadanya~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Kenal Diakah ? Haha -,-

Apa rasa agaknya kalau pukul 2,3 pagi pendrive hilang, dan kamu terpaksa taip semula semua kerja kursus plus minus 20 m/s, sedangkan deadline pukul 7/7.30 pagi?

Haha. Itulah pengalaman aku baru-baru ini. Masa tu kepala pusing, klik senarai rakan FB yang online, dan tup-tup nampak mangsa ini online.


Yang tengah, pakai cermin mata. 

Kenapa tajuk entri seperti di atas? 
Sebab aku TAK PERNAH kenal dia dalam dunia realiti. 
Aku kenal dia melalui Kak Nadira rasanya. Mukabukulah ceritanya. 

Disebabkan kejahatan yang berleluasa, awal-awal dah cakap dengan dia nak tulis teruk-teruk punya. Haha. Bertuah kan budak ni ? Orang dah tolong lagi nak kutuk. 

Nak kutuk banyak-banyak , tak kenal dalam realiti. 
Nak puji banyak-banyak , pun tak kenal dalam realiti. 

Kalau mudahnya, aku pernah baca blog dia beberapa kali dulu sebelum kes kerja kursus ni, tapi tak adalah banyak sangat aku baca.
Berdasarkan pandangan aku, aku rasa dia orang yang emosi jugak sebenarnya, samada dia tunjuk atau tak. 
And mungkin ada benda yang dia pendam, tak cakap dengan sesiapa atau mungkin dengan orang tertentu saja benda tu dia cakap. Mungkin sesuatu yang berat, itu aku tak tahu. Psychologically burdened.Tafsiran peribadi sahaja. Maaf kalau tersilap :)

Bila aku dah tulis semua ni, memanglah aku takkan bagi link blog dia kat sini. Eh pakcik, jahat2 aku pun aku hormat jugak privasi hang k :p

Aku ada baca post dia pasal 'teman' yang dia kata skandal, dan menurut formula mamat fizik seorang ni, SKANDAL=GOSIP. Apakah ? Haha. Tapi disebabkan aku pun tak berapa nak faham sangat maksud skandal dalam erti kata yang sebenarnya, dan aku pernah dengar orang lain cakap skandal macam gosip, jadi aku pun gelak je lah. Yang kelakarnya, dia SENDIRI pun TAKTAU definisi skandal yang sebenar-benarnya. =="



Nah, ambik hang. Haha. Aku ada cakap nak buat post kontrovesi kan pasal hang kedink oi. 

Aku taktau tinggi hang yang sebenar-benarnya, tapi aku setuju jugak hang ni kedink kalau based on gambar ni. Haha. Kejahatan berleluasa. 

Kenapa aku susah-susah kaitkan dengan gambar ni? Sebab dalam cerita ni di blog dia, aku boleh nampak dia ni tak keras mana. :p okey, macam pak ngah aku rasanya. Stail cakap macam legend keras hati jugak, tapi bila dia cerita kesedihan dia nak tinggal kolej lama dia kat blog, aku cakap, ok fine, he has his own soft spot :D 

Mungkin hang rasa hang tak peduli hal orang, padahal hang peduli. 
Kalau tak for what hang study just untuk ajar orang ? Haha. 
Kalau tak aku tak rasa hang ajaq chess dekat budak2 dan adik hang. 
Bagi aku la, seorang yang gila-gila tak peduli hal orang, egoistik dan cuma kira diri sendiri takkan buat semua tu. 
Dan, hang takkan buat kerja kursus aku (walaupun upah), pastu komplen kat twitter keesokan harinya kata hang pening lalat sebab semalaman tak tidur pasal kerja aku :(

Dan aku rasa dia jumpak turning point dia and on his way towards the better. Aku tau dia bukan tersedia alim warak, tapi aku rasa dia ada something yang jadi turning point. Mudah cakap, moderate. Aku yang kadang-kadang malu. Apa guna kita jadi orang banyak ilmu yang tak usaha pertingkatkan diri, malah boleh jadi yang sederhana tapi nak tingkatkan diri lebih baik dari kita?

Harap hang maintain sebab a-level=overseas.
Satgi balik Malaysia rambut karat, aku pos cat kaler hitam pi rumah hang bagi adik2 hang cat rambut hang hitam pekat. :p

Aku taktau nak kata, tapi dari cerita yang aku cakap dia ni muka legend hati soft spot ni, aku rasa nak kenai dia. Haha. Pelik dak ? Sebab aku ada satu ciri pelik. 

Aku tak suka tengok pemendam. Aku rasa bersalah. Walaupun hakikatnya mungkin orang tu cuma satu sekolah dengan aku tanpa pernah bercakap walau sepatah dan aku cuma tengok dari jauh, no aku tak sampai hati tengok. Mungkin bukan pemendam yang sebenar,tapi kalau mata aku nampak memendam, honestly aku kesian.

I have felt what it is to be alone. 
I have felt what it is to have nobody around that cares for you when all you need is a shoulder to cry on.
I have felt what it is to be something that everyone wants to eliminate.
I have felt what it is to be left out. 

I felt a lot, much and maybe too much. 

Semua pengalaman tu ajar aku untuk lebih kuat. Semua tu ubah aku. 
Aku taknak ada orang jadi macam aku. I hate to see someone alone like what I had feel. 

Maybe hang tak alone pun. Maybe aku silap. Tapi as I said, my own view. :)

Hey pakcik, nah, baca dua di bawah. And a video aku rembat kat youtube khas untuk berleter kat hang. Haha




Lagu ni merupakan lagu yang bukak mata aku, masa aku bermasalah dengan orang sekeliling aku, which I wont mention here what happened to me. Dan lagu nilah jugak yang liriknya ketuk kepala aku untuk sedar, betapa ruginya aku kalau aku tak rapat dengan siblings aku, which is cousins since aku anak tunggal. So I hope you will get some help from the lyrics. Ni adalah berdasarkan something yang aku baca dekat blog hang yang aku ingat-ingat lupa. DAN ni bukannya lagu aku cakap kat hang semua benda ni pulak. Salah faham kang naya aku. 

Enjoy listening ;)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things I Really Miss :')





I miss the people who used to be there.
Kepada yang tak naik form 5 lagi, belum jadi junior lagi, 
kalau ada senior yang care pasal awak2 sekalian syukur tau. 

Aku rindu masa dulu. 
Masa tu kalau buat salah, nak mula hanyut walaupun sikit,
mesti ada orang marah. 

Ingat lagi, Kak Syahidah marah :( 
Sebab lipat tudung macam gaya budak perempuan nakal. 
Setiap kali dia nampak mesti kenalah!

Ingat lagi, senior tegur kalau buat perangai.
Ingat lagi, dulu masa form 1 kena tegur dengan geng Kakfiqah, Kak Sa, Kak Una kalau mula nak buat hal.

Ingat lagi, masa pergi MSSK chess 2009. 
Kak Saqirah Kak Najah Kak Fa'in dengan Kak Fazwanis ada. 
Sempat belajar dari nasihat dan teguran mereka. 

Okey, bagi sesetengah orang tu merimaskan. 

Tapi tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang KISAH? 
Dan tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang BERUSAHA nak awak jadi yang terbaik? 
Tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang SAYANG?

Dan masa tu aku ada panduan yang jelas. 
Aku tak mudah tersasar. 
Aku ada spiritual yang agak kuat. 

Sekarang masa dah berlalu.
Aku dah jadi senior form five.

Hanyut atau tidak, atas diri sendiri. :)
Lihat rakan sebaya, ada je yang dah hanyut pun. 
Perkara normal bila dah jadi budak form five. 

Still, I miss those moments. 
Rindu waktu yang terarah macam dulu. 
Sekarang, aku rasa macam aku ni dah jadi budak bermasalah je kat sekolah tu. 

I feel like jerangkung hidup walking around the school. 
Trying to hold myself up. Hakikatnya aku down. 
Aku rasa aku tak fokus belajar macam dulu. 

Bila sahabat jauh tanya khabar, aku akan sentiasa cakap aku okey. 
Sebab aku taknak mengada-ngada buat orang risau.

Dan aku taknak masuk senarai pelajar bermasalah a.k.a wanted a.k.a perlukan kaunseling di sekolah. 

Semua rasa ni aku tak tau nak cakap macam mana, maka jadilah perkara yang terpendam :|

People I miss, really miss. 
The board, the debate file, the cake, kamar syura, MSSK, bilik robotik, everything. 
Things I really miss. :')


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS