Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Genre Karya

Sebelum ini, ana cuma memfokuskan pada satu genre sahaja setiap kali menulis. Karya novel yang dalam pembikinan pun cuma satu sahaja, Sekudus Nur Hidayah. Sekarang ana sendiri bolak-balik, mampukah karya ini bertahan. Melihat persaingan di website www.penulisan2u.my, nampaknya novel itu kurang berjaya.

Apabila diteliti kesemua cerita yang ada, terutamanya yang popular, memang hampir semuanya kisah cinta belaka. Maksud ana, cinta romantis atau cinta kelakar. Susah hendak jumpa cinta agama yang mampu bertahan di pasak yang kukuh. Sekiranya nama-nama yang sudah berpengalaman novelnya diambil oleh Kaki Novel dari website ini untuk diterbitkan, baru mungkin mendapat sambutan. Ana sedar ana hanya novelis picisan yang belum ada pengalaman.

Genre yang ana pilih mungkin kurang sesuai. Tidak, bukan ana mahu berhenti dari menyelitkan konsep dakwah dalam karya. Ana cuma mahu memilih langkah awal yang lebih selamat.

  1. Langkah pertama ana ialah cipta sebuah cerita yang bertepatan dengan syara' tetapi masih memiliki ciri keindahan sebuah novel yang diharapkan oleh pembaca.
  2. Publishkan cerita yang dirasakan mampu untuk mendapat sambutan.
  3. Setelah mula mendapat tempat, baru ambil cerita yang lebih ekstrem dengan unsur dakwah.
Sekali lagi ana tekankan, ana memang gila menulis, tetapi ana mahu menulis jadi ibadat untuk ana. Sebab itu ana akan pilih cerita yang selari dengan nilai Islam, ana tidak mahu mendapat dosa percuma kerana menulis perkara lagha. Ana mahu cerita ana sebagai satu wasilah dakwah.

Sekarang, ana masih membuat sambungan Sekudus Nur Hidayah yang di blog ini sudahpun mencapai siri ke 22. Di website www.penulisan2u.my pula ana baru hantar siri ke 8. Maklumlah, di website banyak giliran kena beratur. Walaubagaimanapun seperti yang ana kata, ana mahu buat suatu percubaan. Ana memilih untuk menulis dua manuskrip serentak.Hasil buah fikiran yang Allah ilhamkan secara tiba-tiba malam tadi, terimalah..

Komplot Kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment