Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Komplot Kita (1)

"Aku harap kau selesa dengan apa yang aku sediakan untuk kau. Kita sendiri pun tahu apa tujuan kita buat semua ini. Aku tidak fikir semua ini akan mengambil masa yang lama," mukadimah itu juga khatimah. Tidak banyak yang ingin disampaikan Amirul. Semuanya sudah jelas sejak awal.

Darwina diam. Dia hanya mampu bersetuju. Semua itu memang rancangan mereka sejak awal. Sebagai rakan subahat, apa sekalipun dia tetap perlu sanggup menerima natijahnya. Pilihannya untuk menjadi isteri Amirul mungkin sesuatu yang amat bodoh,tetapi semua itu dilakukan dengan kerelaannya. Biarlah Amirul anggap dia sekadar berkomplot, jauh di hati memang tersimpan keikhlasan.

"Kau okey tak?" Pertanyaan Amirul membawa Darwina ke dunia nyata. Darwina memandangnya sambil tersenyum. Sekadar senyuman palsu untuk meyakinkan Amirul, dia tidak apa-apa.

"Tentulah okey. Macamlah engkau tak kenal aku. Jangan risau, aku akan tolong engkau sampailah rancangan ini berjaya," dusta! Darwina memang berbohong. Hatinya sudah lama tergugat mendengar suara Amirul setiap kali dia bersuara penuh prihatin.

"Okay, girl. I knew it earlier, I can always put my trust on you. Aku tahu, kawan aku ni walaupun tubuh kecil molek macam 'Seven Dwarfs', tetapi semangatnya macam Wonder Woman!" Ya, Amirul terperdaya dengan lakonan itu. Dia benar-benar fikir Darwina seorang yang steady and heartless.

"Well, you know me. Kalau aku tak kuat, takkanlah aku rela hati nak jadi isteri Professor Klon macam kau! Walaupun sekadar komplot, tetapi kau tetap lelaki paling jual mahal di kampus. In fact, aku tak larat nak kira berapa ramai perempuan dah menangis sebab engkau. Now I wonder, how can this type of guy is now staying in the same room with me with the title as my 'husband'?"

Amirul dan Darwina sama-sama ketawa. Sekali pandang, mereka mungkin kelihatan seperti pasangan happy go lucky yang masih seronok menjalani masa indah sebagai pengantin baru. Hakikatnya, mereka cuma kawan baik yang sekadar memegang status suami isteri bersandarkan akad nikah. Hati dan perasaan mereka masih lagi kekal dengan status lama. Single and available. Hubungan mereka pun sekadar kawan baik. Zahirnya sahaja mereka suami isteri.

"Boleh aku tanya, berapa bulan masa yang engkau peruntukkan untuk rancangan kita ni?" Amirul sudah tahu jawapannya, sengaja dia ingin menduga. Dia sedar masa mereka terhad. Hanya beberapa bulan sebelum mereka kembali kepada yang lebih berhak.

"Maybe around six month, not more." Mudah jawapan Darwina. Enam bulan lagi, dia akan bebas dari kempompong rumah tangganya bersama Amirul. Waktu itu, dengan rela hatinya dia akan mengembalikan Amirul kepada yang selayaknya.

"Masa berlalu dengan pantas. Nanti, pejam celik pejam celik,  tempoh dah tamat. Pejam celik pejam celik, aku akan dapat kad jemputan engkau dengan Syukri. Tidak lama kemudian, engkau pula dapat kad jemputan aku dengan Qistina. Tak sabar aku nak tunggu masanya semua ni selesai," kata-kata Amirul jelas memberitahu Darwina, dia tidak mengharapkan pernikahan itu berkekalan langsung. Kadang-kadang Darwina berfikir sendiri, mereka kahwin kontrakkah? Sahkah pernikahan itu?

Darwina diam lagi.

"Helo, aku bercakap dengan kaulah," Darwina memandang Amirul tanda dia sedang mendengar.

"Kenapa ni, Wynn? Kau teringatkan Syukri ya? Tak perlulah risau, kau sendiri pun tahu perkahwinan ini sementara saja. Selepas ni, ke mana lagi engkau hendak pergi kalau tak pulang ke pangkuan pengarang jantung kau tu. Kau sabar enam bulan saja, Wynn," tanpa dipinta, Amirul memujuk Darwina. Tangannya berani memegang tangan Darwina kerana dia tahu itu halal baginya. Yang pasti, dia tidak akan berlebih-lebihan.

"Em. Entahlah. Aku memang rindu dia. Hai, lepas ni payahlah aku nak keluar date! Dah ada Incridible Hulk jadi pengawal peribadi aku,"celoteh Darwina buat Amirul ketawa.

"Kau hilang akal nak suruh aku jadi security guard kau? Hei, kita tetap kita yang dululah! Even though we both hold the title 'husband' and 'wife', it's just title, not more than that, and will never be more," Amirul seolah-olah bersumpah setia. Dia berjanji kepada dirinya sendiri, pernikahan itu bukan bermaksud dia mengongkong kebebasan Darwina.

"Okey, tak perlulah nak serius sangat. Aku sendiri pun dah faham. Aku pun tak berminat nak jadikan kau bodyguard aku. Nanti merajuk pula Syukri kalau kau masih berkepit dengan aku," Amirul ketawa mendengarnya.

"Aku tutup lampu ya? Takkanlah nak buka lampu sampai pagi. Jangan risau, engkau selamat dengan aku. Aku gerenti aku tak akan buat apa-apa," dengan kata-kata itu, lampu bilik ditutup. Amirul tidur membelakangkan Darwina, begitu juga Darwina.

Di sebalik selimut yang membaluti diri, Darwina bergelut dengan perasaan sendiri. Kadangkala dia rasa sungguh bersalah kerana menyembunyikan hal sebenar daripada Amirul. Sampai bila dia akan berselindung begitu?

"Argh.." bisikan stres Darwina mencecah telinga Amirul. Lelaki itu pantas berpaling ke arahnya.

"Kenapa, Wynn? Tak boleh tidurkah?"

'Alamak! Mamat ni tak tidur lagi ke?' Sudahnya dia berpura-pura lena dan mengeluarkan dengkuran halus. Amirul kembali menyambung tidurnya, dia fikir mungkin Darwina cuma mengigau.

'Myrul, tolonglah jangan care sangat dengan aku! Seksa aku kalau engkau buat perangai macam ni! Layan ajelah macam engkau tak ada sebarang hubungan dengan aku. Kita pun bukannya pasangan bercinta berpuluh tahun sebelum kahwin. Depan orang, tak apalah buat lagak romantik, cover sikit. Ini berdua aje. Kalau aku tergoda nanti, nahas engkau aku kerjakan!' Ugutan itu cuma bersuara dalam hati sahaja.

'Eh, apasal aku nak melatah? Dia bukannya buat apa-apapun. Aduhai, nasib! Mak, tolong Wynn!'

'Mak nak tolong? Kalau mak tahu hal sebenar pernikahan kami ni, mampus kami dikerjakan! Myrul mungkin tak teruk sebab anak orang. Aku ni? Silap-silap masuk ICU aku dibuatnya. Alamatnya waktu tu, tak pasal-pasal suami palsu aku ni terpaksa jaga aku.' Darwina hampir tergelak dengan monolognya sendiri.

Pernikahan itu bukannya berlaku atas dasar suka sama suka. Amirul memerlukan pertolongan Darwina untuk melepaskan diri daripada desakan ibu yang tidak sudah-sudah membebel, sedangkan keluarga Qistina enggan membenarkan Qistina berkahwin semasa belajar. Lebih tepat lagi, sebenarnya keluarga itu sudah mempunyai calon untuk Qistina. Keluarga Amirul pula tidak habis-habis menyatakan bahawa mereka berkenan hendak bermenantukan Darwina.

Darwina pula menikahi Amirul sekadar untuk menolong. Dia mengatakan bahawa dia memerlukan pertolongan untuk melepaskan diri daripada fitnah bahawa dia berlaku sumbang dengan teman lelakinya, Syukri. Hakikatnya, semua itu telah selesai. Keluarganya memang hendak sangat dia bernikah dengan Amirul, tetapi dia masih boleh menolak. Dia yang memilih untuk menerima. Tujuannya memang untuk menolong Amirul.

Menurut rancangan, sampai masanya ikatan mereka itu akan terlerai. Tidak akan lama. Tidak mungkin mencecah usia setahun. Lagi sepuluh bulan, Qistina akan tamat belajar dan Amirul akan menceraikan Darwina. Darwina pun sudah rela sejak mula. Tujuan pernikahan itu sejak awal adalah untuk membuktikan kepada ibu bapa Amirul bahawa cintanya cuma untuk Qistina. Dia tidak mungkin akan berpaling, hatta dalam keadaan dia sudah bernikah sekalipun. Qistina sendiri pun sudah lama faham.

'Would I be happy with this kind of marriage? No, this is not a marriage, this is just a plan. Now, I really hope that I will never fall for him.' Getus hati Darwina.

Sudah acapkali dia mendengar cerita orang yang mengatakan perkahwinan, walaupun didirikan atas dasar paksa pada awalnya, seringkali membuahkan cinta yang mendalam. Kata orang, cinta selepas kahwin.

Dia tidak boleh begitu! Pasti dia akan berjuang sedaya upaya untuk melawan segala bentuk godaan. Aja aja fighting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment